D’laila Bubur Nasi Berlauk
Akhirnya rindu kepada bubur nasi kak laila beserta lauk-lauk’nya terubat setelah kak laila memutuskan menyewa sebuah kedai lagi dalam MMA Santai Corner di Nilai semata untuk menghidangkan bubur nasi berlauk yang sangat dirindui oleh semua pelanggan-pelanggan setia kak laila termasuk aku dan akhirnya wujudlah kedai D’laila Bubur Nasi Berlauk.
Lama dulu kak laila ada buat tapi hanya sekali jer aku dapat rasa sebab kak laila kekurangan kaki tangan untuk menguruskan .
Pada hari pertama pembukaan D’laila Bubur Nasi Berlauk , aku dan blogger Najeeb berkejaran kesana untuk menikmati kesedapan dan ke’enak’kan bubur nasi bersama lauk-lauknya yang bagi aku semuanya cukup sedap . Paling best bubur Kak Laila ni , walaupun bubur yang biasa tetap ada Shitake
Antara lauk favourite aku adalah Ikan Bilis Goreng Asam Jawa , dan aku mesti ambik lebih sebab walaupun bubur dah habis aku masih boleh meratah lauknya . Penangan dlaila bubur nasi berlauk memang akan buat korang rasa hari-hari nak repeat makan.
Pelbagai Jenis Bubur Dan Lauk
Oh yerr…selain beraneka jenis lauk , kedai bubur Kak Laila juga ada sediakan Bubur Herba Ikan Haruan , Bubur Herba Ayam Organik dan Bubur Seafood…..mana tahu kot ada yang tengah sakit-sakit macam pantang bersalin atau demam atau tak selera makan nasi ketul-ketul ker ….boleh segera dapatkan bubur yang korang perlukan kat sini….contohnya seperti aku….
Aku duduk Puchong….satu malam tu mak aku tak sihat dan nak makan bubur…..aku gagah drive ke Nilai kurang lebih pergi balik ambik masa 2 jam , tapi demi mak…jauh tolak tepi , bagi aku puchong dan nilai adalah berjiran….dan bila nampak mak aku makan Bubur Herba Ayam Organik tu dengan selera , hati aku rasa senang sangat….sampai rasanya aku sanggup pergi lagi malam tu jugak kalau mak nak makan lagi….
Amacam…..??? best kannn….?? sedap kannnn…?? kalau korang yang memang dah tahu kedai kak laila tu kat mana so takder hal sangat….tapi aku akan bagi lokasi jugak pada yang tak tahu…..
Paling senang nak kesana gunakan WAZE … search MMA Santai Corner atau pergi terus ke Facebook Norlaila Dlaila Dlaila atau hubungi nombor telefon beliau untuk sebarang tempahan 011-23136081
Sambil-sambil tu korang juga boleh baca pendapat Abam Korie yang dah pernah kesana…..
wah, dah ada balik, baguslah lagipun bubur nampak menyelerakn. Semoga perniagaan Kak laila terus maju kehadapan.
yup….memang teruja sangat…..lauk pelbagai ada…..semoga perniagaan kak laila maju dan berjaya selalu…
saidiladotcom recently posted…Colantotte Medical Device : Cara Terbaru Cegah Kecederaan Dalaman
Wahhh, mcm terliur pulak tengok ni 😛