Assalamualaikum ,
Diam tak diam esok aku dah nak berangkat ke tanah suci mekah untuk menunaikan ibadah umrah . Yer , inilah umrahku yang pertama .
Pada mulanya aku plan nak tulis lepas aku balik dari sana ( InsyaAllah kalau panjang umur ) , tapi aku risau dengan penyakit mudah lupa aku bercampur dengan penyakit insomnia aku .

akhirnya ….semoga kita berdua berpeluang mengerjakan ibadah haji bersama-sama , InsyaAllah
Pastu aku sebenarnya tak bercadang pun nak tulis dan kongsi dengan orang tentang ibadah umrah aku . Risau orang kata “elehh pergi umrah jer pun nak kecoh ! itupun nak tulis dalam blog ! buat ibadah kenalah sorok2 tak payah tayang2 ! “ dan macam2 lagi spekulasi orang boleh cakap .

kursus umrah FREE di MFS Holiday
Tapi , semua tu bergantung pada niat . Aku pikir macam ni . Kalau aku sorok2 tak bagitahu tak kongsi indahnya umrah ( walaupun baru persediaan ) camner aku nak berdakwah ? camner aku nak ajak orang lain untuk buat ibadah umrah ni ? camner nak terangkan dan galakkan orang pergi umrah wajib sekali seumur hidup ?
Kan ….?
Sebab aku dulu pun bila dengar umrah / haji mesti ada perasaan takut . Takut kena hukum dengan Allah SWT semasa kat sana akibat terlalu banyaknya dosa .

Encik Zaim ( MFS Holiday ) , Ustaz Syaiful ( Mutawwif ) , Ustaz Khairuddin & Ustaz Rashid
Sampai dulu aku pernah pikir , orang yang layak pergi umrah dan haji ni kategori orang alim sahaja . Yang STJ ( status tak jelas ) macam aku ni mungkin kena tunggu tua baru layak jejak kaki kesana .
Rupanya salah !
Ternyata orang yang semakin dia rasa bersalah dan sentiasa rasa berdosa , dialah yang selayaknya menjejakkan kaki ke Baitullah memohon ampun dan maaf atas segala dosa dan kesalahan .
Namun berapa ramai yang mampu fikir kearah itu ?
Sejak mind set aku dah tukar ke arah yang lebih jelas apa tujuan umrah , sejak tu aku menyimpan hasrat , impian dan duit untuk menjejakkan kaki ke sana .
Mungkin ayat dan perbuatan aku terlihat sedikit poyo pada pandangan mata korang . Tapi begitulah hidup . Kadang kita tak akan dapat apa yang kita suka dan nak tak nak kita kena suka dengan apa yang kita dapat .
“wamakaru wamakarrallah , wallahu’khairun makirin”
Akhir kata , aku dengan rasa rendah diri dan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan aku dengan korang jika ada . Tak kiralah samada salah aku tu secara sengaja atau pun tidak aku mohon korang ampunkan aku .
Aku hanya manusia biasa yang tak pernah lepas dari melakukan dosa .
Begitu juga aku seikhlasnya memaafkan segala kesalahan orang lain terhadap aku jika ada .
Panjang umur kita berjumpa lagi .
InsyaAllah .
Smoga peroleh umrah yg mabrur
Alhamdulillah..semoga pulang membawa umrah yg mabrur..
Rindunya nak jejak sana lagi. Selamat beribadah 🙂
Semoga selamat pergi dan selamat pulang kak.. doakan ai pula ada peluang ke sana nanti..
Semoga Allah permudahkan segala urusan ibadah dan umrah akak serta suami di sana.
Doakan yang terbaik untuk kami di sini juga.
Selamat menunaikan ibadah murah kak…doakan untuk ema sekeluarga juga..
Semoga selamat pergi dan pulang.. beroleh segala kebaikan dan keberkatan.. hugs
Umrah sgt menyeronokkan…juju dh pi tahun 2010…semoga peroleh umrah baik2 disana ye kak long dan suami. Take care
semoga dipermudahkan urusan di sana ya dila.. doakan rezeki buat kami di sini jugak ya..
betul! saya setuju dengan kak long.. kita share untuk memberi motivasi kepada orang lain supaya turut sama berusaha mengerjakan ibadat dan berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelum ni.. apa pun, selamat mengerjakan umrah wahai kak long, semoga segala urusan akak dipermudahkan di sana kelak. amiin
Selamat menunaikan Umrah kak
BEtul kak. Yang penting adalah niat. Niat untuk berkongsi pengalaman dan berdakwah. InsyaAllah, banyak manfaat untuk para pembaca.