Kalau nak apa yang kena buat 3 kali sehari tu ?

Kalau nak trafik blog sehari macam air terjun lah. Kalau tak nak yer sukahati korang.

Aku kongsi tips ni sebab ada yang tanya pada aku begini “kak Sai , macamana nak naikkan trafik dekat blog macam akak ..?”

Walaupun aku rasa trafik blog aku macam biasa jer tapi bagi blogger baru mungkin diorang rasa luar biasa. Its okay gais , aku sendiri pernah berada di situasi yang sedemikian.

Aku nak ajar lebih-lebih serius aku tak pandai. So aku beri setakat yang aku tahu sahaja.

Selain dari entry yang kuat dengan SEO , rajin updet entry dalam sehari pun boleh membantu. Entry tu korang boleh buat dalam 3 kategori. Itupun kalau korang nak buat 3, kalau nak buat lebih dari 3 pun boleh.

Antara contoh kategori entry ialah :

1. Entry maklumat atau info yang memang orang nak cari. Tak semestinya perkara tu kena isu yang viral. Bagi aku isu viral hanya bertahan seketika di social media dan jarang untuk orang google mendapatkan maklumat. Nak-nak kalau isu viral tu pasal artis.

2. Entry yang lebih santai macam kisah yang lebih umum ataupun berkongsi lifestyle korang. Korang pergi bercuti , makan apa , beli apa , dengar apa dan tengok apa.

3. Entry mengenai produk. Yang ni anggap macam iklan free tapi sebenarnya sangat membantu juga. Contohnya tulis pasal produk kecantikan yang korang belum pernah cuba , pasal kereta yang baru keluar di pasaran , pasal shopping mall baru bukak atau produk yang korang beli sendiri dan baru cuba dipasaran.

Trust me gais aku sendiri dah buat dan memang amazing trafik aku pada hari tersebut.

Dan untuk jamin korang punya trafik sentiasa jalan walaupun sebulan korang tak updet pastikan penulisan korang mesra SEO dan korang mesti kena ada paling tidak 1 killer entry. Killer entry ni yang akan buatkan trafik korang sentiasa jalan biarpun korang jarang updet entry.

Tapi kalau korang still malas updet entry lama-kelamaan trafik tetap akan jatuh apabila algorithm berubah atau dikemas kini.

Walaupun aku kurang memahami bab teknikal tapi aku tahu satu, apabila trafik tinggi nila adsense juga akan ikut naik sama. Haaa so pilih sendiri nak malas atau rajin.

So itu sahaja tips tak berapa padu sangat dari aku mengenai “cara nak naikkan trafik blog” .

Selamat Mencuba !

Categorized in: