Tadi kat Facebook , aku baru up pasal nih , tujuan aku ialah supaya kita semua berhati -hati . Bila kos sara hidup semakin meningkat , ada di antara kita mudah sangat hilang pertimbangan . Menipu dan mencuri tanpa pikir akan natijahnya dikemudian hari .
Bila sekali dua buat lepas tapi bila Allah nak sedarkan dia , maka hari ini terkantoilah seorang budak di plaza tol keran menipu . Bukan percubaan yer tapi dah tipu pun . Budak ni pun muda lagi . Mungkin ada senior-senior yang ajar kot . Ataupun memang itulah niat dan tujuannya kerja kat plaza tol . Allahua’lam
Nasihat aku ialah , pasni semak baki sebelum topap , cek selepas topap dan simpan resit .
PENIPUAN BUDAK PLAZA TOL TOUCH & GO
camni citernya , abg aku petang tadi nak topap tng kat tol…
abg aku hulur duit rm50 ngan kad tng kat budak tol tu , tapi abg aku kata budak tol tu macam ambik masa sikit dia nak topap , kejap2 budak tol tu dia tengok abg aku .
tapi abg aku tak kisahlah…
pastu selesai topap dia touch kad tng tu dan nampaklah baki kat display tu tulis rm63
bila abg aku nak gerak dia baru perasan yg budak tol tu tak bagi resit …so abg aku pun mintak resit …suku perjalanan abg aku tengok resit dia jadi pelik kenapa baki kat resit tu rm12 jer walhal tadi elok jer ada baki ada rm63
abg aku berenti tepi dan tanya kat budak tol tu apsal kat resit jadi rm12 padahal baru topap rm50 ?
last2 kemuncaknya baru tahu ….budak tol tu sebenarnya tak topapkan langsung rm50 yang abg aku bagi kat dia …baki sebenar dalam kad tng tu pulak memang rm63 dan kalau tambah ngan yg abg aku bagi rm50 sepatutnya baki akan ada rm113 ….
dan resit awal yg dia bagi itulah punca kantoi yang budak tol tu sebenarnya tak topapkan langsung tng abg aku …walhal abg aku pun tak tahu baki kad tu ada berapa …
dia rasa ada banyak tapi dah display kat situ tulis rm63 so abg aku pikir dia yg silap …rupa2nya ada udang disebalik mee….
dia bagi kat abg aku resit org yg sebelum ni topap sebab dia bajet abg aku tak cek ..sekali allah nak tunjuk …tu diaaaaa….
sudahnya abg aku buat report….
entah ini first time dia buat atau dah pernah buat banyak kali cuma kali ni baru kantoi …
so pasni mohon korang dan kita semua hati2 dan lebih prihatin untuk periksa baki sebelum topap dan jangan lupa mintak resit dan periksa resit untuk pastikan jumlah yg korang topap tu betul ….
yang biasa topap sekali banyak memang tak perasan tapi yg ni dia songlap rm50 dan bagi resit tipu …
ada setengah budak tol dia ambik rm10 atau rm20 dari nilai yg di topap..contoh kita mintak topap rm30 tapi dia topapkan rm20 ….
so nasihat abg aku berhati-hatilah …zaman ni rm10 pun bernilai …
**resit sebelah kiri tu yg first dia bagi ada baki rm12 padahal baru topap rm50
**resit sebelah kanan tu yg baki dari baki rm63 bila tambah rm50 setelah dimarah barulah jadi rm113

Macam – macam sekarang nie ya, fikir senang depa ja..ish..ish..
yup kak ….bila kita terleka maka si penipu pun bemaharajalela
Ni dah kira kurang ajar nih. Report juga pada pihak pengurusan tol skali.
yup abg dah report hari tu jugak….
ada jugak buat kerja mcm ni..haih kekdg kita punya lah nak cepat..xsempt nak cek bagai..huhuhu
yanieyusuf recently posted…Kenapa aku pilih TYZARA
itulah diorang ambik kesempatan kat situ
Tak tau nak salah kan siapa..mendapat la budak tu..agaknya dah berapa banyak dia dapat…
Suria Amanda recently posted…Bab Mengenakan Orang Bagi Kat Dia…
benda ni semua atas kejujuran diri sendiri jer …dia menipu salahkan dia
Pernah terjadi sekali. Masa tu dari tol jalan duta exit kuala kangsar. Tol Rm30.. tgk2 skali kne cas smpi Rm40++
Call plus, ckp teknikal issue.. mcm harem..
itulah kan…sukahati jer…..kalau takder yg atas buat hal mesti yg bawah buat hal
Hampeh tul budak tu..plaza tol mna ni
Untuk pekerjaan di kaunter, tol, pasaraya, stesen minyak, kalau short duit memang kena tolak gaji la. Sebab dianggap kecuaian pekerja.
Tapi kalau terbukti pekerja seleweng duit dan customer pula yang report, memang botia berenti serta merta la.