Siapa yang tak suka bila masalah kulit yang aku hadapi setiap kali tiba bulan puasa berjaya diselesaikan dengan mandian tanah liat dari Azyma Care.
Lama dah aku perati kawan aku tu tunjuk banyak testimoni kat media sosial yang masalah-masalah kulit dia hilang sejak dia menggunakan mandian dari Azyma Care.
Aku punya nak cuba nak cuba nak cuba tapi asik tak kesampaian. Follow tu dah lama tapi aku tunggu apa pun tak tahu. Sampailah satu hari tu aku tengok FB Page diorang ada buat Live. Ikutkan memang aku rajin tengok live diorang sebab nak tahu info dan nak dengar testimoni dari orang lain yang dah menggunakannya.
Walaupun aku tak join lucky draw tapi aku tahu if HQ Azyma Care ni buat live mesti nanti ada offer yang best-best. Macam hari tu sapa yang dengar live boleh beli Azyma Care dengan harga istimewa. 2 botol Rm100. Kalau tidak harganya 1 botol Rm69. Kan jimat dah tu.
So aku pun nekad nak beli masa offer dalam live tu. Tiba-tiba diorang umum nak bagi hadiah special dekat yang join live dengan syarat bagi komen kenapa nak dengan ayat-ayat yang kreatif.
Aku ni taklah pandai nak buat komen kreatif tapi hati aku kata cuba jerlah. Ada rezeki yer adalah. Takder pun takper. Rezeki masing-masing kan. So ramailah viewver komen dengan ayat-ayat yang best. Aku komen macam biasa juga tapi last minit dapat idea terus tambah ending kat komen tu dan send.

Dalam menanti pemilihan pemenang tiba-tiba duta Azyma Care baca komen aku dan dia suka. Setelah bertanya pada juri-juri lain semua sepakat memilih aku menjadi pemenang.
Allahuakbar, kalau boleh lompat bintang aku dah buat dah. Tapi kang mak aku kata “ekau dah kenapo…?” Walaupun mak aku bukan orang nismilan. Ehehehe
Yang penting hari tu aku rasa happy sangat sebab akhirnya aku dapat jugak nak cuba sendiri mandian tanah liat Azyma Care. Aku cuma berharap ianya sesuai dengan aku dan walaupun tak dapat pulihkan masalah kulit aku sepenuhnya at least dapat rawat sikit dan beri kelegaan sewaktu aku sangat memerlukan pun jadilah.
Apa Masalah Kulit Aku ?
Korang mungkin nak tahu apa masalah kulit aku kan sebab nampak macam tak ada masalah.
Kulit aku ada masalah mudah jadi gatal-gatal disebabkan perubahan suhu terutamanya bila suhu panas. Kalau aku salah pegang sabun basuh pinggan pun kena jugak. Disebabkan pemakanan pun yer . Walaupun pemakanan didalam tapi bila elergik tu datang kulit aku akan mula panas dan bengkak-bengkak dan akhirnya jadi gatal-gatal. Biasanya aku akan mandi dengan air panas dan pakai sabun antibakteria.

Masalahnya sabun yang aku gunakan akan membuatkan kulit aku jadi kering. Bila kering mudah jadi gatal balik. Bila aku sapu dengan losyen untuk melembabkan tapi disebabkan kulit aku alah dengan bahan pewangi maka selepas sapu losyen kulit akan lembab tapi masih gatal-gatal.
Akhirnya aku kena masuk bilik bukak baju dan sejukkan diri dengan aircond. Bila guna ekon terlalu lama pun kulit aku akan jadi kering.
Haaa begitulah kisah masalah kulit aku. Walaupun ada beberapa produk yang aku cuba sebelum ni ok untuk aku tapi aku rasa kita sentiasa kena ada option.
So malam tu aku collect sendiri hadiah kemenangan aku dari Ben Ashaari. Itupun sebab dia call aku suh aku ambik jer dekat dia dan kebetulan malam tu juga malam last sebelum PKP berkuatkuasa dan aku juga dapat call kena ambik anak-anak aku dekat asrama malam tu jugak. Lagipun sekolah asrama anak-anak aku memang dekat dengan rumah dia. Jadi kita sekali harunglah ambik anak ambik hadiah.

Esok siang aku terus ambik sebotol letak dalam bilik air dan guna. Aduhai bestnya. Bau dan tekstur dia aku suka sangat. Walaupun aku elergik dengan pewangi tapi aku rasa pewangi yang digunakan dalam Azyma Care ni sangat natural dan rasa mild dekat kulit aku.
Lepas mandi aku cuba tak guna deodorant dan buat kerja rumah. Biasanya aku tak akan buat kerja rumah selepas mandi sebab nanti aku akan berpeluh. Bila berpeluh kulit jadi panas dan mulalah gatal-gatal balik.
Amazing yar ! Lepas mandi dengan Azyma Care aku cuba buat kerja rumah sikit tapi dia macam tahan peluh pulak. Terus aku laporkan kat kawan aku sebab kagum.
Walaupun Azyma Care Khas Untuk Bodywash Tapi
Kebetulan kulit muka aku ni kering dan ada kesan luka sebab aku menggaru. So aku cubalah pakai Azyma Care kat muka. Buat macam pencuci muka gitu.
Hari ni aku perasan yang kesan luka tu dah semakin baik dan kulit muka aku pun rasa lembut jer. Maknanya Azyma Care ni sesuai dengan kulit muka aku jugaklah yer. Alhamdulillah.
Cumanya aku tak kasi tahu kat kawan aku ni sebab aku risau dia marah ke aku sebab pakai body wash dekat muka. Kang jadi apa-apa susah pulak dia. Dia tak pernah suruh pun tapi aku jer yang saja cuba. Sorry aaaa
Lagipun aku percaya dengan bahan yang terkandung dalam Azyma Care, sebab tu aku berani guna dekat muka.

Harapnya satu hari nanti Azyma Care akan keluarkan face wash dari tanah liat juga sebab aku dah mula in love dengan body wash diorang.
So gais, kesimpulan aku mudah sahaja. Cuba sendiri dulu baru tahu. Walaupun ada yang kata harganya mahal berbanding sabun badan yang lain tapi dengan bahan yang digunakan dan keberkesananya ia sangat-sangatlah berbaloi untuk dimiliki. Produk buatan Malaysia gais. Kualiti terjamin.
And gais, tak semestinya korang kena pakai setiap hari. Boleh guna bila memerlukan atau pakai sewaktu kulit betul-betul bermasalah dan pakai sehingga masalah selesai.
Selama beberapa hari ni aku guna aku dapati suhu badan aku kurang panas dan kalau berpeluh pun taklah berbau. Bau badan aku jadi lebih natural dan kulit lebih soft. Masalah gatal-gatal masih ada selagi aku tak jaga pemakanan tapi tak effect sangat dekat kulit sampai jadi kering, melecet atau luka.
Overall aku puas hati. Terima Kasih Azyma Care. Untuk korang yang nak cuba boleh dapatkan di farmasi-farmasi yang terpilih. Maklumat lanjut :
Website : https://www.azymacare.com/
FB : https://www.facebook.com/azymacareHQ
IG : https://www.instagram.com/azymacare/

Selamat Mencuba !
oo bagus jugak produk ni kan, ada anak kawan tu eczema teruk gak, nanti boleh suggest kat dia
Menarik nie. Boleh nak syor kat my sister sebab my niece nie memang ada masalah eczema sikit. Kita usaha kan, mudahan ianya mujarab dan serasi,
The same goes to you – moga ianya membantu.
Rawlins GLAM recently posted…The Woman in the Window [Movie Review]
stresskan kalau ada masalah kulit. buat kita tak selesa nak jumpa orang. baguslah kalau dah jumpa produk yang berkesan
nikkhazami recently posted…realme AIOT Sports Gajet Terbaik Untuk Bersukan
betul kadang-kadang kulit sensitif ni orang tak tahu and tak nampak. botol dia pun nampak very exclusive! bolehlah khai suggest kan dekat kawan-kawan nanti.btw semoga cepat sembuh!
Interestednya nak tengok rupa produk ni. Tanah liat memang sangat useful untuk masalah kulit.
Zayani Zulkiffli recently posted…Raya 13 Mei 2021 (1 Syawal 1442 Hijrah)
Ada juga kawan-kawan yang guna azyma care ni bg feedback kata produk ni ok. Marsha jenis kulit sensitif juga. Boleh nak cuba
Marshaliza recently posted…MARHUNA CETUS SEJARAH DALAM FESYEN HIJAB DI MALAYSIA DENGAN REKAAN HIJAB BERBENTUK PENSEL
Tahniah kak long menang contest. Memang best guna azyma care ni. Wangi.
Good to hear that this special clay body wash is really working for you. Sounds like I need this too for myself. Thanks for sharing.
Tekkaus recently posted…Top 10 Useful Apps and Online Resources for Students and Teachers
Mandian macam ni bagus. Sebab boleh share seisi keluarga. Senang satu jenama bokeh diguna oleh kulit bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Usually kalau dari tanah liat. Sampai ke muka bleh sapu. Macam face mask kecantikan tu. Sebab ingredients dia natural.
Ruby recently posted…Onigiri 7-Eleven Memang Sedap Dari Dulu Lagi
Kita pun teringin gak nak mencuba ni, nanti laa boleh gak try.. kulit kita jenis kering, kalau pakai sabun mandian, buat masa ni pakai Sebamed tu haa.. kadang Dettol, nanti boleh try yang ni..
Sis Lin recently posted…PERTAMA KALI MASAK NASI DAGANG TERENGGANU, ALHAMDULILAH MENJADI
Menariknya clay body wash! So far tak pernah try lagi produk berasaskan clay kecuali pencuci muka 🙂 interesting..