Hurmmm kalau korang nampak sendiri pegawai zakat geledah rumah asnaf sampai dapur dan sampai bukak peti ais semua apa yang korang rasa ?

Sedang anak-anak kecil datang beraya rumah kita bukak peti ais pun kita dah viralkan dan kata mak bapak tak pandai dididik anak. Inikan pula orang-orang dewasa.

Mesti korang rasa pegawai zakat tu biadap kan ? Yess guyzzz aku pun rasa benda yang sama bila pertama kali aku nampak pegawai zakat buat macam tu masa aku ikut diorang buat bancian ke rumah-rumah asnaf disekitar Ulu Klang.

Tu aku macam “uikkk memang kena buat camni ker kalau nak banci asnaf ?

PETI AIS YANG MENYIMPAN 1001 RAHSIA TUAN RUMAH

Dari aku biarkan soalan-soalan tu bermain difikiran dan membuat andaian yang tidak-tidak terhadap pegawai zakat baik aku tanya terus.

Aku tanyalah apa perlunya sampai kena cek dapur dan peti ais rumah asnaf yang dibanci ? tak cukupkah sekadar mereka mengisi borang yang lengkap dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan ?

Bila dah dijelaskan barulah aku faham apa tujuan mereka buat macam tu. Kata mereka bahagian yang paling banyak menyimpan rahsia tuan rumah adalah peti ais. Dari peti aislah kita boleh nilai tuan rumah ni orang yang macamana.

Aku macam ok ada betulnya juga. Benda-benda lain mungkin boleh sorok tapi apa yang ada dalam peti ais tu jarang orang ambik kisah.

Korang ingat aku ikut saja-saja ker. Memang aku ikut sebab aku nak tengok sendiri macamana pegawai zakat buat bancian ke atas asnaf.

Antara sebab yang mereka bagitahu kenapa dapur dan peti ais yang menjadi sasaran mereka ialah disebbkan pernah terjadi semasa mereka sedang buat bancian dan membuka peti ais didalanmnya terdapat botol minuman keras.

ni group asal aku iaitu group 4 tapi di pertengahn jalan aku telah diculik oleh kumpulan lain.
ehek !!

So kalau ko dah nampak macam tu agak-agak layak ker mereka yang memohon tu menjadi penerima zakat ? hasil dari titik peluh dan keringat orang Islam diberi pada mereka yang kufur terhadap perintah Allah SWT. mesti korang semua tak rela kan ?

Ada juga yang mengata mereka tak cukup makan tapi bila diperiksa dapur dan peti ais penuh dengan makanan mewah dan berjenama.

abang ni (kanan) dan isterinya gigih berniaga depan sekolah demi menampung kos sara hidup

Itu pasal setiap bantuan perlukan masa untuk diteliti dan disemak agar tidak berlaku penipuan.

PENAT LELAH MEREKA HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU

Korang tahu tak bukan senang tau nak buat bancian dari satu rumah ke satu rumah. Hari tu dengan cuaca panas teriknya pastu ada 2 buah rumah yang kitorang kena banci tu kat tingkat atas sekali . Rumah takder lif yer , memang kena guna tangga sampai tingkat 4 ke 5. Ko rasa ..?

2 kali dowhh kena panjat tangga sampai tingkat atas sekali , balik tu aku makan macam resaksa sebab tenaga dah habis

Ada 2 amil yang agak berumur pun ikut kami buat bancian, dahlah sorang tu ada sakit gout. Tapi dia punya gigih nak jalankan tugas bancian memilih asnaf yang betul-betul layak dibantu tu Allah sahaja yang tahu camner gigihnya mereka.

habis bancian mesti baca doa

TETAP KERJA WALAUPUN TERUK DIKECAM

Aku sedih bila terbaca kat laman-laman sosial netizen menghentam dan mengecam pegawai-pegawai zakat secara mengkhinzir buta.

Asal ada yang tak dapat bantuan mulalah netizen menggelupur keluarkan ayat ”

“mana duit zakat …? “

“orang zakat buat apa ..? “

“orang zakat pemalas tak buat kerja !! makan gaji buta !!! goyang kaki !! goyang telur !!” dan macam-macam lagilah.

Sorry to say tapi ini memang benar yer. Kalau korang follow FB Lembaga Zakat dan page-page viral then korang akan nampak bebenda tu semua. Trust me guyzz !!

Kadang-kadang aku balas jugak sebab ini bukan kali pertama aku ikut program LZS untuk membanci dan memberi bantuan kepada mereka yang layak.

Aku tanya juga pada mereka dah berapa lama kerja dengan LZS dan kenapa pilih untuk terus berkerja dengan LZS sedangkan mereka tahu yang masyarakat sering menghentam mereka.

Jawapan diorang tu yang buat aku toching , pernah mereka terfikir nak tukar kerja tapi bila mereka pergi interview seringkali mereka dikatakan mereka beruntung sebab dapat buat kerja yang dekat dengan Allah dan Nabi Muhammad SAW. Bila mereka fikirkan balik memang ada benarnya.

Sebab itu ada yang masih bekerja sehingga mencapai belasan tahun lamanya. Peluang depan mata boleh buat baik kenapa nak tolak.

ini group yang bertanggungjawab menculik aku sehingga habis program , group ke berapa entahlah janji kerja selesai

BANTU ASNAF DAN LAPORKAN KEPADA LZS

Apa yang korang dapat dengan mengecam dan mengutuk serta menuduh mereka tidak menjalankan tugas ? Bukankah lebih baik korang sama-sama membantu mereka mengenal pasti siapakah asnaf yang layak dibantu.

Aku tanya pada mereka yang dibanci, adakah mereka sendiri yang pergi membuat permohonan bantuan asnaf ke Lembaga Zakat Selangor ? Mereka jawab tidak.

Rupanya kesusahan mereka dilaporkan oleh masyarakat setempat yang bertanggungjawab. Selepas laporan dibuat , amil dikariah mereka akan akan menjalankan siasatan ringkas dan kemudian dipanjangkan kepada pusat zakat daerah dan ibu pejabat. Kemudian barulah tindakan seperti bantuan segera jika perlu dan juga bancian dibuat untuk bantuan penuh.

Haa nampak tak ? Dengan cara tersebut barulah lebih ramai asnaf dapat dikenal pasti dan dibantu.

LAPORKAN ASNAF DI KAWASAN ANDA : HUBUNGI KAMI

FACEBOOK : ZAKAT SELANGOR

keluarga ni buat aku hampir menitiskan air mata ok , hari tu diorang sangat bersyukur sebab dapat bantuan zakat. Walaupun kewangan mereka amat genting tapi mereka tetap berusaha sendiri sampailah ada jiran tetangga mereka yang melaporkan pada amil agar mereka diberikan bantuan yang sepatutnya.

Itulah tugas masyarakat sebenarnya. Bukan sekadar hentam tanpa usul periksa.

group makcik pakcik kaki travel, borak punya borak sampai tak sedar dah sampai Shah Alam. Semoga ada rezeki berjumpa lagi.

Categorized in: