Makan lagi ? ehh korang nihh…silalah bersyukur sikit sebab aku nak bagitahu tempat makan yang best-best kat korang tau . Supaya takderlah bila aku upload gambar , korang tertanya-tanya kat mana nihh ? sedapnya …ada jual kat mana ? dan macam-macam . Aku tak marah pun korang tanya ok …aku lagi suka dan sebab suka tu aku tulis .
Tujuan aku tulis cuma nak menyenangkan korang dan diri aku sendiri . Aku memang cerewet nak mampuih kot kalau melibatkan makanan . Nak-nak makanan dia base dari resepi orang cina . Bab ni kau kena pilih betul-betul ok . Jangan sedap dengar sebarangan kata restoran ni halal tapi hakikatnya tak .
Tapi yang ni aku 100% yakin HALAL . Takder syak wasangka dan ragu-ragu . Kau boleh makan tanpa was-was . Sebab owner dia kawan aku punya kawan dan aku dah memang interview pun ownernya . Dia memang orang islam yang berbangsa cina sejak awal kelahiran lagi . Ado pahem ….?
So bila aku dapat tahu ada restoran yang hidang makanan cina yang halal aku memang teruja sangat nak cuba . Lagi satu pasal harga…yer ker kalau kat restoran halal cina ni harga makanan’nya mahal-mahal..? Lepas cuba pergi sendiri rupanya harga sangat-sangat ok .
Kak Laila yang tauke Mee Udang Nilai pun kata murahnya harga makanan kat situ . “dahlah murah , sedap pulak tu…” itulah komen Kak Laila . Kak Laila ni kategori orang cerewet gak so tekak dia memang boleh dipercayai . Kalau dia kata sedap maknanya sedaplah tu .
Jarang mengecewakan kalau ikut selera kak Laila ni .
Oklah jom citer pasal menu yang ada , tak sabar pulak rasanya aku nak bagitahu korang apa hidangan yang best-best yang ada kat situ .
Pertama sekali gred Restoran Blue Ginger ni ialah A . Bersih dan sedap mata memandang . Dan aku akui juga yang pekerja Blue Ginger sangat cekap dan cepat buat kerja . Sampaikan ada menu yang aku tak faham dia punya bahan dan bila aku tanya pun diorang boleh jawab . Owner pun peramah dan mesra gitu .
Oleh kerana terlalu banyak aku lanjer korang gambar kat instagram,maka ada pulak yang terpengaruh dan terus kesana untuk makan . Bila dia upload gambar siap tag aku , dan-dan aku jerit arghhhh , sebab apa yang dia makan tu aku belum berpeluang nak makan . Giliran aku pulak yang stress menengoknya….
Antara menu dan hidangan yang ada disitu ialah ,
Dry Butter Prawn – aku teringat masa aku duduk kat banting dulu memang aku cukup suka order menu ni kat satu restoran cina yang halal . Sebab aku suka makan sarang dia , pastu dia ada letak daun kari sikit .
Memang membangkit selera makan.Makan gitu jer pun sedap dah .
Crabmeat Soup – aku rasa kan kalau korang tengah tak selera makan ker , sakit mulut ker kan . Korang patut beli crabmeat soup nih sebab rasanya sangat membahagiakan mulut korang dan perut korang .
Ayam Pandan – perapan yang sempurna , ada rasa , isi ayam lembut dan wangi bau pandan juga .
Mix Tomyam Seafood – kuah tomyam pekat , cukup rasa dan cukup bahan . Makanya PERFECT !!
4 Mix Vege – kacang panjang , terung , bendi dan paling top sekali sebab ada petai , maka kena sangat ngan selera melayu jawa aku .
Broccoli Mushroom – sayur feveret aku , aku boleh makan gitu sahaja sampai habis . Hebat kan….?
Black Pepper Crab – sos black pepper dia memang sedap sampai kawan aku kata macam rasa samyang . Aku tak pernah rasa samyang jadi aku anggap aku makan ketam + samyang .
Apa kata korang yang dah pernah makan samyang pulak cuba dan bagitahu aku samada betul atau tidak tuduhan kawan aku tu .
Salted Egg Crab – first time aku makan yang berasaskan salted egg . Memang agak jakun disitu . Tapi rasanya memang tak mengecewakan aku langsung , sesuai sangat makan dengan ketam nipah yang segar . **arghh teringat-ingat pulak rasanya…
Kalau korang tak nak makan yang berat-berat pun takper sebab kat situ pun ada jer makanan bergoreng yang simple-simple . Contohnya cam nasi goreng , mee goreng, mee hoon goreng dan kue teow goreng . Masa aku repeat datang untuk kali kedua , aku saja try makanan bergoreng kat situ . Biasanya restoran cina memang pakar bab menggoreng mee-mee ni kan ….
Kue Teow Goreng – memang mabeles , licin jer masuk tekak aku .
Special Fried Noodle – yang ni dd yang makan tapi aku rasa gak , memang sedap . Kalau tak sedap tak habis biar kau lapar cam nak mati .
Air Teh Cina – haa yang ni kalau tipikal melayu memang tak berapa nak minum sebab teh ni takder gula . Tapi itulah yang bagusnya , sungguhpun takder gula , dek kerana kau dah makan macam-macam tadi , teh cina ni bagus untuk cucui perut dan menjadikan perut kau lapang dan tak sebu biarpun kau makan banyak mana .
Aku leh selamba minum 4 gelas teh cina . Teh cina memang bagus untuk kesihatan sebenarnya . Sebab tu kalau korang nak makan banyak kat steamboat atau buffet baik korang minum teh cina . Kau boleh makan banyak dalam masa yang sama boleh jaga kesihatan . Teh cina ni rasa dia memang tawar tapi bukan macam teh uncang biasa kau bancuh takder gula tu .
Teh uncang tu kalau tanpa gula pun aku tak lalu . Tapi teh cina ni memag spesel punya teh . Ada kualiti dan memang enak diminum ketika suam .
Adapun banyak lagi menu-menu kat Restoran Blue Ginger yang aku tak sempat nak menunjuk kat korang . InsyaAllah ada rezeki aku repeat makan kat situ aku upload gambar kat Instagram aku tau . Jangan lupa follow kalau nak tahu . Atau korang boleh jer tengok kat FB diorang sendiri .
Dan jangan lupa call dulu untuk buat tempahan sebelum datang . Nak terjah terus pun boleh …tak ada masaalah .
RESTORAN BLUE GINGER
Person Incharge : Jon
Call / Whatsapp : 012-210 2710
Lokasi : No 32 Jalan PUJ 3/2 Taman Puncak Jalil , Seri Kembangan
Facebook : Blue Ginger
Waze : Restoran Blue Ginger Puncak Jalil
Galeri Gambar
ketam my pebrettt.. sedap masakan diorang . sebab sini lisapun makan kedai cina muslim .. suka sebab diorang tk letak ajiomoto
lisa recently posted…Charge Wayar USB Berkualiti Dari SISTA Malaysia
yup lisa…memag sedap2 sangat…mampu makan banyak kalau minum ngan teh cina
Aduhh…. tengok gambar bikin Nina tak keruan. Sedapnya!!
Makan kat sini memang puashati
Nina Mirza recently posted…Huk Alohh… Resepi Kek Pisang jer pun kecuh! Tapi yang ini moist, gebu, sedap tau…
Suka minum teh cina. Banyak khasiatnya tu kan…Dan udang tu yang macam memanggil2 je.Sedapnya..Tq share.Turun KL bolehlah singgah.
Hawa Hassan recently posted…Aiskrim Paling Mudah Dan Berkhasiat Untuk Seisi Keluarga
fuhhhh…udang di nmpk menyelerakan
nurul fatin adiana recently posted…Cara Merawat Demam Denggi Tanpa Ubat
Sedap kan…. nnt nak repeat lagikkk.
Blue Ginger buanyak bgt makanannya … halal lg.. kereennn 🙂
makasih kak artikel dan foto2 nya menarik
Thank you.
Tapi tak tau bila nak ke sana.
Sedap sangat tu pasti. Salted Egg Crab saya nak ingin buat di rumah.