Kalau diberi peluang memang nak sajer aku pergi kemana-mana negeri atau negara diseluruh dunia . Jangan kata dunia , kalau dapat seluruh alam pun aku nak teroka sebelum menutup mata . Allah ciptakan dunia dengan keindahan yang tiada terbanding . Bila ada orang yang suka kesana -sini walaupun nampak gaya cam sengkek tapi itu bukanlah sebab untuk diaorang tidak boleh pergi kesana -sini . Bagi aku pandai-pandailah diorang cari kos biaya untuk kehendak diorang .
Pernah jer aku tengok kat TV seorang pengembara yang buat kerja macam menyanyi tepi jalan untuk dapatkan tambang tiket ke tempat yang dia nak pergi . Nanti dah sampai sana dia akan buat perkara yang sama juga . Orang camtu tak kisah sangat pasal tempat tidur dan makanan yang best . Dan semestinya orang yang buat macam tu semestinya seorang bujang yang tiada komitment terhadap keluarga . Dia lebih memikirkan kehendak diri dia sebelum memenuhi kehendak orang lain.
Kalau aku…nak gi kedai depan rumah pun kalau boleh nak berangkut anak bagai . Makanya , aku masih di Selangor bukan di Paris . **hahahahaha
Hujan Emas Hujan Batu ?
Mesti korang pelik kot aperhal aku tetiba citer pasal travel nih ? Ok fine…memang aku jeles ok…ingat senang ker nak duduk luar negara jauh dari keluarga dan sanak saudara serta kawan-kawan sekepala . Mujurlah sekarang zaman teknologi tanpa sempadan . Semua maklumat pun dihujung jari . Ketik ketik papan kekunci dah dapat segala mak nenek info yang diperlukan .
Satu jer kena ingat , apa sahaja yang kita gunakan , semaju mana pun kita punya gaya hidup .Kejujuran dan keihklasan adalah asas bahagia . Kau duduk kat manapun tapi jika kau ada 2 nilai tu maka bahagialah hidup kau..hujan batu pun ko rasa itulah salji . Tapi kalau kau khianat , hujan emas 999.9 pun kau takkan rasa nikmat .**hurmmm macam tak berkait pulak cerita ni dengan tajuk…huhuhu
Blog Cerita Kembara Kami
Oklah oklah….sebenarnya bukan pasal hujan emas hujan batu . Tapi aku nak kongsi ngan korang pasal satu blog nih . Jarang dapat baca cerita travel atau kembara manusia-manusia dalam bahasa melayu . Selalunya semua ayat bajet omputih sebab mungkin itulah bahasa kegunaan diorang seharian dan mungkin cara diorang nak cerita tu lebih feel dan menarik kalau guna bahasa omputih . Aku tak baca blog omputih tau .. walaupun simple english yang digunakan tapi sebab aku tak pandai maka aku akan terus tutup blog yang guna bahasa english .
Sebab tu korang kena faham kenapa aku suka dengan blog Nur Syam nih . Dengan ini aku nak perkenalkan kat korang sebuah blog travel yang menggunakan bahasa melayu tapi selit sikit-sikit bahasa english…tapi 99% bahasa melayu . Nampak tak…? walaupun Nur duduk kat Ireland tapi taklah kekwat nak speaking bagai . Bukanlah aku anti bahasa penjajah tu..tapi ikut situasilah heh bila berbicara , kalau dah 99% yang tengah borak dengan kau guna bahasa Melayu dah tetiba kau nak speaking london tu dah kenapa…? aku pun kadang ter’speaking gak walaupun tak se’terer Yuna . **kuikuikui
Jujur aku suka baca blog Nur Syam nih sebab cerita dan info yang dikongsi .Gambar-gambar pun menarik sampai tertelan air liur aku dibuatnya . Giler kot kalau takder perasaan teringin nak ke negara yang cantik macam Ireland dan yang sewaktu dengan’nya . Tengok sendiri , bersusun kot senarai Negara yang aku tak pernah jejak .
Walaupun aku pun baru jer kenal ngan pemiliknya , maksud aku kenal melalui blog dan wasap . Jumpa depan-depan belum lagi sebab jauh kan….tapi kitorang dah rasa mesra gitu , sebab tu aku cakap awal-awal yang pentingnya akhlak jujur ikhlas dalam segala perbuatan .
Selain berkongsi pengalaman dari satu tempat ke satu tempat , Nur Syam juga ada menyediakan Perkhidmatan Itinerari dengan harga yang berpatutan . Maknanya korang boleh pergi berjalan dan melancong ke negara sebelah Eropah sana tanpa menggunakan pemandu pelancong . Murah dan jimat gitu .
Oklah korang , kang aku citer lelebih pasal blog Nur Syam ni kang ada yang menjeles pulak . Mesti nak kata “kak long pilih vululah..pilih kasihlah..tak sayanglah apalah…
Korang mesti taukan jawapan kak long…. ada aku kesah….? **hahahahahaha
Sebenarnya kisah gak….tapi nanti-natilah yer sayam-sayam semua ..kak long rajin kang kak long tulis pasal perangai korang yang gedik-gedik tu …upahnya jangan lupa ok , cukup sekadar seketul Fridge Magnet .
Kesian , macehhhhhhhh .**emoji kenyit mata dan senyum
Wah.. menarik blog Nur..
YB Shehan recently posted…HANNAH DAMIA & 1ST DAY PUASA
kan yb….ralit baca….macam kita pulak yang ada kat sana
Hi kak long… Menarik blog nur ni. Jup lagi nak terjah la…
hi allene…..terjah jangan tak terjah
Tgk blog nur ruginya dulu x start blog huhu.. kembara ss tggl kenangan..
Shiqeen Sattar recently posted…10 Menu Paling Sedap Di Mohammad Chow Restaurant
takper qeen …masih belum terlambat…..mesti banyak berjalan memuda dulu yer…..
Assalamualaikum.. amboi.. Jazakillah dila.. terkejut&terharu plak.sob sob.lap air hidung.silap. air mata.ahahah..
nur yusuf recently posted…Tips – Jimat kos semasa travel?
walaikumsalam….sama2 nur…sebab cerita best dan menarik perhatian….next time nak baca lagi pun senang
Best juga baca pengalaman orang pergi mengembara ke negara orang… Boleh tengok keindahan di tempat orang, cara hidup masyarakat di sana dan sebagainya..
Anuar recently posted…Tips SIMPLE Cari Duit Raya Melalui Facebook! – Oleh Affiq Fadzil dan Yusof Kushairi
memang best…lagi2 bila org tu jadi kawan kita….tak dapat pergi dapat baca dan dengar pengalaman orang pun dah best
tak sempat singgah lagi
lisa recently posted…Blogger Bukan Hanya Kaut Untung Je…
meh singgah…..
hahahaa.. samalah kita kak.. tak suka blog omputih, terus pangkah.. malas nak penat otak google translate gitu.
teringin gak nak travel tapi kekangan masa dan sumber kewangan, kena hold dulu..moga ada rezeki nanti boleh travel dengan family
dkna abza recently posted…Romantika Berbuka Puasa Di Flora Kafe
InsyaAllah satu hari nanti kot ada rezeki kak long plak nak mengembara kan
Mama Kembar 3 recently posted…Obses Dengan Suara Dia!