Assalamualaikum ya akhi ya ukhti semua…
Kali ni aku nak cerita sikit pasal satu penyakit yg sekarang ni suka sangat menembel ngan aku…penyakit ni mula menyerang aku sejak tahun lepas…tapi tahun ni dah 3 kali aku diserang penyakit bengkak tonsil…
Tahu tak macam mana rasanya bila penyakit ni menyerang….?? Pertamanya tekak rasa perit sangat…nak telan makanan pun susah… Selera makan pun hilang…perlahan-lahan badan mula rasa tak sedap…suhu badan jadi tak tentu arah…kejap panas kejap sejuk…urat² mula rasa sakit….pijak lantai umpama macam pijak paku….luar badan panas tapi dalam rasa sejuk sangat….kepala lagi tak boleh angkat….berat sangat sampai mata susah nak bukak…seluruh badan effect dengan virus tonsil….
Aku cuba tak merungut dengan apa² yg berlaku samada ianya kategori musibah atau ujian atau takdir ….aku bersyukur kerana di waktu sakit ini aku dapat rasa bertapa kasihnya Allah terhadap aku…bertapa sayang’nya mak dan suami kepada aku…sungguh aku sakit tapi sakit ini membuat aku lebih dekat padaNya…lebih kuat untuk aku mendapat perhatian’Nya… Aku senyum dalam kesakitan….kerana aku tahu DIA ingin mengampunkan dan memaafkan segala dosa² yg telah aku lakukan… Thank you Ya Allah….

Published with Blogger-droid v2.0.9

Categorized in: