Sabtu semalam sengaja aku bawak anak-anak makan kat luar .
Memandangkan tinggal baki seminggu jer lagi sebelum aku berpisah dengan diorang maka aku ngan dd cadang nak habiskan masa-masa yang ada dengan anak-anak .
Aku manjakan diorang dengan lebih kasih sayang supaya takderlah diorang rasa rindu sangat nanti masa aku dan dd takder .
Destinasi pilihan aku dan dd tak jauh pun . Mulanya aku bercadang nak bawak diorang ke lokasi food truck . Tapi memikirkan kos makanan kat food truck pun boleh tahan nauzubillah mahalnya jadi lokasi bertukar ke sekitar Jalan Kebun Klang .
Itupun sebab aku cadangkan makan kat kedai Saudagar Kambing .

hidangan kambing ni rm10 dan keatas
Memang best makan kat situ , last aku pergi situ aku try dia punya Kambing Bakar Cheese . Rasa dia OK , sos dia ada peningkatan dari segi rasa pedasnya . Sebab sebelum tu aku makan kat situ rasa sos dia tak berapa nak sampai . Maksud tak sampai tu dia kurang rasa pedas kalau nak matchkan dengan kambing bakar dia yang juicy tu .

bagi aku bolehlah ….kalau lebihkan lagi kambing lagi best
Kali ni aku ngan dd betul-betul rasa puas dapat makan kambing bakar di Saudagar Kambing .

sesekali dating ngan pakwe kita makanlah kambing bakar
Ok kalau nak tahu kedai Saudagar Kambing tu pun dekat2 dengan Jalan Kebun jugak . Tapi bukan aku nak citer pasal kedai Saudagar Kambing pun sebenarnya .
Yang aku nak cerita pasal satu kedai yang kawan dd ada cadangkan pada dia . Dengar kata lamb grill dia sedap . Nak tahu tahap kesedapan dia tu sampai ke tak kenalah terjah sendiri , yer dak . Tekak kita semua tak sama . Dia kata sedap namateyy tapi bagi kita biasa-biasa dan begitulah sebaliknya .
Memandangkan anak-anak pun dah lapar sebeb berkeliaran kat Jalan Kebun tu dekat pukul 11 malam . Nak patah balik ke Saudagar Kambing agak makan masa . Kang pergi dah tutup lagi naya .So proceed jer makan kat Achamm Corner . Itupun lepas dd turun tanya dulu masih ada lagi ker tidak hidangan . Lepas tanya dd kata hanya ada hidangan Chicken Chop jer , yang lain dah habis .
Ini kali kedua aku singgah kat Achamm Corner , masa pertama kali aku singgah pun itu jugak yang ada tapi sebab aku berdua jer dengan dd maka aku ambik keputusan pergi tempat lain .Tapi dengan anak-anak aku tanya pendapat diorang dulu ok ker nak makan Chicken Chop sahaja . Memandangkan hari makin lewat anak-anak pun setuju makan kat situ .
Senangnya anak-anak aku ni diorang tak kalut nak order air manis . Bagi air kosong , air sejuk air atau air suam dah cukup . Tiap kali makan kat luar memang air tu jer jadi pilihan diorang .Pernah dulu pergi raya tuan rumah tanya nak minum air gas perasa apa , anak aku selamba jawab nak air kosong . Membebel terus tuan rumah tu kat aku . Sejak tu kalau pergi raya mana-mana aku bawak air kosong sendiri dalam botol .
Ok sambung citer Chicken Chop .
Oleh kerana hidangan lain takder makanya 6 beranak yang JJCM kat Jalan Kebun hanya makan chicken chop sahaja .Rasa sepotong dengan gravy lada hitam . Aku terus kata dalam hati aisehh fail’lah gravy dia . Rasa nak komplen jer nanti . Hampir habis hidangan aku toleh ke belakang nampak bunting harga .

3 keping filet ayam + salad + fries = Rm5
Aku baca-baca , nampak menu Chicken Chop pastu tengok pulak harganya .Mak aihhhh terkejut kpop aku dibuatnya . Biar betik ? takkan itu harganya ? tak masuk akal kot ? takkanlah hidangan macam ni harga dia letak banyak tu ?
Rm 5 jer mehh ? siyes mehhh ? takder satu pun hidangan yang lebih rm10 walaupun menu Lamb Chop .

silakan melopong tengok harganya…
Tak semena-mena separuh hidangan baki tadi aku makan terus jadi sedap . Terus rasa sedap sangat dan rasa pun dan-dan sampai . Bukan bermakna rasanya sedapp sangat , tapi kalau orang tengah tak berapa nak ada duit tapi nak jugak belanja keluarga makan kat luar, harga tu sangat-sangat berbaloi dan sangat-sangat disyukuri poket bapak-bapak.
Rasa syukur sebab masih ada orang jual harga makanan barat dengan nilai matawang Zimbabwe . Kalau kat Malaysia memang tak dapat harga gini .
Magic’kan ? hahahahaha
Kalau nak tahu itulah mind set , mujur aku makan dulu baru tengok harga , kalau tengok harga dulu mesti expactation kau pun jadi lain .
Komen aku walaupun gravy dia memang jauh dari apa yang kau harapkan tapi sememangnya hidangan Rm5 tu mengenyangkan bagi orang yang tak cerewet tetang rasa . Dengan harga Rm5 kau masih mampu belanja keurag makan ala western yang orang tahu ianya hidangan yang mahal .
Jangan expect rasa hidangan Rm5 akan jadi rasa hidangan Rm30 plus plus yer . Bagi aku Rm5 tu sangat-sangat murah untuk hidangan lengkap dan mengenyangkan perut .
Alhamdulillah , anak-anak aku tak komplen langsung pasal rasa dan hidangan diorang pun habis dimakan . Maknanya , the taste not was so bad ( ker salah perumpamaan aku tu ) . Tapi takperlah kalau salah , sebab hashtag sis cuba . **muahahaha
Kali kedua aku pergi hari Isnin semalam , aku makan Fish & Chips dan dd pulak makan Mix Grill .

fish and chips ni harganya rm6 jer oii ! mana nak dapat …
Kali ni aku punya muka ada senyum , gravy dia dah ada rasa . Mungkin hari tu jer gravy dia kurang rasa sampai . Aku pasti selepas ini Achamm Corner akan jadi destinasi bajet untuk aku sekeluarga makan hidangan western di luar .
Kesimpulan dia , rupa dan rasa kadang tak melambangkan harga dan harga juga tak melambangkan rasa . Sekian macehhhh !
Bestnya kambing bakar tu.. sekali tengok rasa sehingga menjilat jari..
Aduhhh kakak makanya sedap-sedap, teringin saya cuba nih…
fuyooo…kambing dia…terkiur tgk…huhuhu
matawang zimbabwe? hahahhahaha