***Updet 23 Feb 2016 : selepas kejadian tersebut , sampai ke hari ini tak ada lagi barang aku yang hilang , rosak atau kena khianat dengan pekerja2 pos laju. So takder apa kot aku nak komplen, mungkin PPL Puchong dah jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran, tapi bagaimana dengan PPL kawasan lain…?
Buat pekerja-pekerja pos laju yang hensem dan berdedikasi , apa salahnya kerja baik-baik dan amanah. InsyaAllah berkat nanti duit gaji tu. Kok yer pun marah dengan boss atau pelanggan lain, janganlah barang orang lain yang dijadikan mangsa. Itu jer nak cakap , apapun insyaAllah sehari dua ni aku akan berjumpa dengan boss PPL Puchong untuk usulkan satu perkara yang rasanya baik untuk perkhidmatan Pos Laju di masa akan datang .
Asalamualaikum, entry ni aku siapkan sedaya upaya khas aku tujukan kepada semua yang terlibat dengan perkhidmatan Pos Laju. Tak kiralah sebagai seorang pekerja Pos Laju atau pun seorang pengguna yang menggunakan perkhidmatan Pos Laju.
Sepanjang aku menggunakana perkhidmatan pos laju aku tak pernah komplen sikit pun,merungut jauh sekali. Dan boleh dikatan aku memang ngam dengan pekerja-pekerja Pos Laju terutamanya posmen yang menghantar pakej atau pun surat semata.
Setakat lambat sampai tu aku tak pernah bising walaupun urgent sebab aku tahu camner lewat pun barang mesti sampai. Dan aku tahu bukan barang aku jer yang penting nak dihantar.
Walaupun kadang tu kena pickup sendiri kat PPL ( Pejabat Pos Laju ) tapi aku malas nak pergi sebab malas nak dengar orang-orang yang marah staff kaunter PPL. Nak marah2 watper ? Rileklahhh, diorang tu pun kerja, ingat tak penat ker….??
Aku memang respek dengan staff kaunter PPL, sebab kena marah pun diorang senyum. Kadang aku yang rasa nak hangin dengan client yang bajet bagus. Nak cepat nak selamat pergi hantar sendiri lerrrr, tapi dah Pos Laju tawarkan perkhidmatan pos seharusnya ianya boleh dipercayai.
Let say barang hilang kerana rompakan atau kemalangan ditengah jalan, aku rasa pejam mata aku boleh halalkan. Yang aku tak boleh terima ialah hilang tanpa sebab.
Ok, begini ceritanya. Aku hantar satu pakej dekat kawan aku di penang pada 30 Mac. Ada 3 pakej aku hantar pada hari yang sama, Alhamdulillah 2 barang selamat sampai. Tapi 1 barang tak sampai-sampai lagi. Aku cek online tracking masih ada dekat PPL.
Kawan aku pun cek sama, ingat nak call tapi langsung tak berangkat.
4 /4 pun aku track tapi masih kat PPL. 6/4 aku minta tolong budak posmen yang datang hantar surat kat aku tu cek. Pukul 5 lebih aku dapat call dari budak posmen tu dia kata barang kemungkinan hilang sebab tak jumpa lagi.

Walaupun aku patut marah tapi aku mengalah. Esoknya aku ganti kali kedua barang yang kawan aku pesan belikan. Kali ini aku pakai plastik sampul prepaid yang ada bubble dalamnya. Lagi pun barang yang aku hantar tu dah ada safety plastic lain.

– barang patah dan rosak disyaki akibat perbuatan khianat
7/4 aku hantar’lah barang kawan aku tu. 8/4 kawan aku pun dapat…tapi kali ni aku betul2 kecewa.
Kecewa teramat cuma takderlah sampai guling2 atas jalan raya. Kawan aku pos gambar barang yang dia dapat dari aku. Barang tu rosak, sampai patah dua batang USB tu dibuatnya. Ikut logik amat payah nak patah kecuali dipatahkan. Biarpun dihempap barang yang berat atau dicampak camner sekalipun , takkan semudah itu boleh patah.
Malam tu lepas isyak aku dapat tahu dari kawan aku tentang barang tu. Aku terus pergi rumah jiran aku yang kerja polis. Aku tanya yang boleh tak aku buat report atas hal ini iaitu barang hilang dan khianat.
Memang macam tak masuk akal jer nak buat report pasal barang yang tak seberapa harganya. Aku tahu tapi aku rasa benda ni tak boleh dipandang remeh atau boleh pejam mata dan ambik mudah.
Malam tu jugak aku print out segala bukti yang akan memudahkan pihak polis memahami situasi yang sedang aku hadapi.
Atas nasihat laki bini yang kerja polis, aku pun buat laporan polis pada keesoakkan harinya iaitu pada 9/4 di Balai Polis Puchong.

– Laporan untuk barang hilang ada 30/3

– Laporan untuk kerosakkan barang 7/4
Esoknya jugak selepas Jumaat, aku pergi ker PPL Puchong. Aku tak berurusan dengan kaunter dah. Aku belasah naik atas tingkat 1, sampai atas bukak pintu bagi salam dan tanya siapa penyelia kat situ. Keluar seorang lelaki…tapi aku tak tanya siapa dia. Dia tanya aku dari mana, aku jawab aku dari Puchong jugak dan datang nak bagi laporan polis atas sebab blablablabla.
Aku citer kat dia walaupun aku tak tahu dia siapa. Lepas dia semak call dan apa-apa entah lagi. Dia akhirnya akur akan kesilapan yang berlaku.
Aku cakap…” saya sebenarnya takderlah kisah sangat sebab harga barang tu murah….tapi saya amat terkilan dengan sikap staff PPL yang membuat onar sehingga memburukkan nama PPL…apa yang lebih saya terkilan sebab kejadian ni berlaku dalam jangka waktu yang terdekat sangat…..sampai saya jadi fobia nak gunakan perkhidmatan Pos Laju ….Encik boleh semak nama saya sebagai salah seoarang pemenang Peraduan Pos Dan Menang….saya harap saya dapat tulis yang baik2 tentang perkhidmatan Pos Laju…”
Lepas aku potpet potpet agak lama, lelaki tu kata dia cuma boleh mohon maaf jer. Dan dia kata kat aku, lepas ni kalau ada nak pos apa2 barang info dengan dia dan dia akan pastikan barang aku tu akan sampai dengan selamat ke tempat yang sepatutnya.
Aku pun jawab ” baiklah…kalau begitu “
Yesss aku akan pegang janji lelaki itu. Dan aku ke kaunter bawah untuk ambik borang tuntutan lagi sekeping sebab aku kena isi dua borang aduan sebab 2 barang yang hilang dan rosak.
Sampai kereta aku tengok kad nama tu nahh ko , Branch Manager gitu. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Niat asal untuk boikot Pos Laju pun aku batalkan sebab aku memang ngam ngan pekerja2 PPL Puchong.
Nak-nak yang selalu hantar surat dan barang kat aku. Pekerja kaunter pun mesra baik ramah tamah. Sesekali diorang tarik muka tu biasalah. Penat tau, aku tengok diorang kerja pun aku penat. Itu belum campur ngan stress’nya kena marah dengan pelanggan yang tak faham bahasa atau tak sabar2.
Jadi nasihat aku, jika adalah perkara-perkara yang sama seperti aku ni terjadi pada korang, tak payah buang masa atau bising-bising depan kaunter. Pergi Balai Polis buat report pastu naik ke opis jumpa penyelia Pos Laju di kawasan masing2. Jangan lupa siap-siapkan bukti macam aku buat. Insyallah cepat jer selesai tanpa banyak songeh mengelak dari bertanggungjawab.
Lagipun aku dah dapat jaminan dari Branch Manager, jadi apa salah kita beri peluang kedua. By the way aku tak pernah pun gunakan privilage yang diberi sebab aku percaya akan ada penambahbaikkan pada perkhidmatan mereka.
Sekian terima kasih.
I bought dress in online service twice the postman simpily drop the card n ask cum n collect their office..the office very far from my place..some more I don’t hv transport service..if took taxi aso they ask RM 60 for 2 ways..so this time I ask my shopper do note top of my parcel pls pass item to customer hand..don’t drop card customer at home..after do this still the postman do again drop the card….we all buying online things but our poslaju service very very bad…this time I’m going to collect my parcel n do the report….the posman all education rite can’t read Wht at top of parcel???or lazy people???
Dont be stupid..diorang akan call atau bagi salam.. Yang kau x de kat rumah pahal.. Nak beli barang online tunggu la kat rumah.. Kang posmen tu campak barang kau hilang sapa nak tanggung?.. Posmen kena potong gaji beb.. Fikir2kan lah.. Org pun kerja jugak.. U fuckin dumb ass bitch.. Use ur fuckin head before u speak
Pos laju rawang branch memang Tak tau aturkan kerja. Dan Tak menepati janjian. I beli barang online Dan masa I punya supplier sudah kirim barang terus sudah bagi I tracking number. Normally I pun Tak kena ambil mass Dalam 2-3 atau 4hari . Tapi Sudah kirim lebih kurang 5 hari pun I Tak dapat lagi, I check Dekat online situ tulis ready to pick up at rawang branch. Masalahnya I punya mother Tunggu pos tu hari hari pun Tak nampak Ada orang hantar sebarang mari Rumah, so I call rawang branch, yang pick up telephone punya office lady action Betul Cakap I, MS Tak dapat received barang sebab u Sudah miss out lah, kita punya orang memang sudah hantar pergi u punya Rumah. So I Tanya kalau penghantaran Tak sampai, mesti akan letak satu notice inform kita kan mau pergi rawang branch ambil barang? Dia Cakap Ya, u Tak nampak Ada ke? I answer Tak Ada, Tapi dia still action cakap kalau Ini macam kita akan buat hantaran Kali ke-2 Tapi kena lambat sikit, itu jam Yalah last week Monday I call, so dia janji akan arrange last week Friday or Saturday akan buat hantaran lagi, OK I wait. Saturday pun Tak sampai lagi I pukul 1 pm lagi call Dia Cakap oh Tak lah, Ini minggu kita memang Tak buat hantaran Dekat u punya area. OK I Tanya lagi mau Tunggu sampai bila?? Dia janji Dan Jamin Next Week Wednesday akan hantar I punya barang, so I wait. Tapi Semalam yang Dia janji Wednesday tu pun Tak hantar juga, Ini Hari pun Tak sampai, Tapi Masalahnya I punya kawan yang sama area saya tu order barang Dari lazada baru 2hari sudah sampai, I punya Sudah 2minggu pun Belum sampai!!???I call Tanya Dia lagi macam mimpi cakap Semalam Sudah buat penghantaran, I Cakap Tak Ada, lagi I Tanya apa sal kawan I punya barang Boleh hantar I punya Tak Boleh?? Dia bagi punya answer ialah Ini Hari cuma buat hantaran barang-barang size besar. That mean I punya barang size Kecil Tak payah hantar ke??!!!!! Lagi van yang hantar mari 1 hand cream pun Tak Boleh hantar mari ke??!!!!! Ke size besar punya barang bernilai sikit, size Kecil punya barang Tak bernilai!ke !!!!! I Ini Hari call Tak dapat hotline tu, Esok dapat call Tunggu lah I complaint!!!!!! Orang yang Tunggu lama Tak dilayan!!!!!!! Bad service!!!!!!
macam situasi saye hurmmm taktau nk buat cmne dah ..smue tk dilayan..fobia dh nk beli barang online mm
Cik boleh tau x apa perlu buat sebelum report polis ni?baeang daya dah ada 2 sangkut. Total dekat seribu kot..jam fossil dar Indonesian dan botol air dr uk..
kumpul bahan bukti seperti resit pembelian dan penghantaran dan minta kerjasama dengan yang hantar untuk sahkan penghantaran ….buat laporan polis dan buat laporan kat pejabat pos juga .
Sy pun kena jugak cik dkt pos puchong. Sy pos barang customer, customer dlm kl jugak tp pos laju bawak barang customer jalan2 sampai perak hahahaha customer cek no tracking ckp sy tulis alamat salah ke , sy taktau nak jawab apa sy ckp pos laju pening
Mcmana dgn saya..boleh buat report polis x.saya pos Motosikal lc135 dari ppl bukit mertajam Penang ke senawang n.sembilan pada 29/9/2020 sampai ke la ni 29/11/2020 masih Tak terima barang lg..call x pernah berjawab..