Terbakar kampung nampak asapnya , terbakar hati siapa yang tahu ?
Itulah aku 2 3 hari yang lepas . Aku tak tahulah apa yang orang pikir bila aku ambik keputusan untuk diam di semua platform media sosial kecuali blog .
Jiwa aku automatik jadi kacau bila ada isu berkaitan dengan masa silam aku . Aku tak salahkan sesiapa bila isu itu dibincangkan , cumanya aku terlalu lemah untuk melawan .
Asalnya dalam group bincang pasal perebutan harta pusaka .
Habis jer bincang topik tu dalam group aku mula jadi tak keruan . Sikit2 ingatan aku kembali ke masa silam .
Aku cuba control , sibukkan diri dengan pelbagai urusan tapi aku gagal . Bangun tidur dengan linangan air mata .
Nampak tak ? bertapa isu tu sangat menganggu kehidupan harian aku hingga mood aku mula terjejas .
Aku memang sensitif sangat kalau ada orang bincang pasal bab tu sebab aku sendiri salah seorang yang dinafikan haknya untuk mewaris harta pusaka peninggalan arwah mak aku hanya kerana aku masih kecil .
Sungguh aku benci dengan perbuatan diorang semua . Diorang selamba bergelak ketawa di meja membahagikan harta sesama mereka sedangkan aku hanya mampu memandang dan dipandang mereka dengan ayat “takper..dia masih kecik dan tak boleh buat apa ”
Aku kecik tapi aku tak selahanat diorang , aku faham apa hak aku walaupun aku dah tak punya sesiapa .
Arwah nenek aku selalu kata dan tunjuk pada aku dimana pusaka-pusaka dia dan harta arwah mak aku berada .
Rumah yang arwah mak aku beli pun dah selamat ditipu jiran . Harta pusaka pulak selamat dikenduri oleh adik beradik tanpa sedikitpun diketepikan oleh mereka untuk warisnya yang begelar yatim piatu .
Pedihnya aku terasa hingga kini . Andai diorang boleh berikan walaupun sedikit hak aku …mungkin aku mampu meneruskan persekolahan diperingkat yang lebih baik .
Nyatanya diorang menganiaya aku . Sudahlah harta benda peninggalan arwah mak aku dikebas . Aku adik beradik terpaksa dicampak ke rumah anak-anak yatim .
Balik bercuti hanya untuk menjadi babu diorang semata .
Aku hadam kesedihan aku sendirian . Hendak aku luah pada kawan-kawan tapi aku tahu apa jawapan yang akan aku dapat . Makanya aku biarkan peristiwa lama itu menyeksa perasaan aku .
Semakin kuat aku lawan untuk melupakan lagi semakin kuat juga ingatan tu kembali menjerut perasaan aku .
Bagi orang yang tak mengalami mudah berkata “biarlah ..lupakanlah…” yer aku tahu , memang aku dah biarkan diorang .
Untuk melupakan tu memang nampak mudah , tapi sekali dia datang balik ingatan tu baru kau tahu sekuat mana diri kau .
Paling tidak bagi aku cukuplah ada yang nak tanya “kau ok ? ” itupun dah cukup baik dan melegakan lagi mententeramkan perasaan aku .
Aku bukan sengaja nak mengada-ngada mintak dimanja dan mintak diberi perhatian , aku cuma seorang manusia biasa yang adakalanya lemah dan perlukan sokongan dari yang mengerti .
Itulah aku , sungguh hati aku mudah terluka dan bersedih tapi aku selalu bangun kembali dengan semangat untuk berusaha dengan lebih baik demi kehidupan dan juga demi keluarga .
Erm.. moga Allah dah balas perbuatan mereka kak..
YB Shehan recently posted…ZOOMOO GROOVE | TERUJA JUMPA SETH DRURY & FLASH
tak senang mana org makan harta anak yatim ni..
kuatkan hati,Insya Allah,suatu haria da balasan lambat atau cepat je…serahkan pada Allah,akak kena kuatkan hati
Haram makan harta anak- anak yatim…allah ada..allah bayar cash je Dila…tidak didunia tapi dia akhirat apatah lagi ketika mereka menghadap sakaratulmaut.
Suria Amanda recently posted…Nora Danish – Nedim Selamat Diijabkabul
Simpati dgn Dila…
Allah takkan membiarkan mereka bahagia. Terimalah semuanya ni dengan tenang Sis. Harta dunia ni akan musnah juga. Kita kumpul harta untuk dibawa ke sana nanti. Kalau mereka tahu azab makan harta anak yatim, sekupang rabit pun mereka takkan usik. Tapi tu la, manusia…
Amran recently posted…Tips Melayan Kaki Spamm Yang Masukkan Kita Dalam Group Whatsapp Sesuka Hati