Entry kali ni aku nak terangkan apa yang patut kita buat bila kita dapat tahu kawan kita bergaduh dengan kawan kita juga….atau kawan kita bergaduh dengan sipolan-polan….
Apa2 isu sekalipun baik sekecik-kecik hama tetap takkan selesai jika ada sahaja dikalangan kita suka menjadi batu api bila dapat tahu ada kawan bergaduh dengan orang yang mungkin kita kenal dan mungkin juga tidak……
Kadang benda tu cuma hal atau isu kecil jer…..kawan kita tu boleh jer settle sendiri….cuma updet buat melepaskan rasa jer….ini tak…asal nampak status kawan 2 yang tengah marah atau bengang dan meluahkan perasaan…kita pun mula menyibuk tanya….kenapa…??? siapa…?? PM plisss….
Konon nak prihatin dengan memberi sokongan tapi hakikatnya dalam tak sengaja terlibat jadi batu api…..
Aku kalau nampak status camtu….biasa aku buat derk jerrrr…..jangan kata komen…like pun tidak….kalau waktu tu aku punya adrenalin tengah laju…maka aku akan tegur…..kalau otak aku tengah sumpek…..buat derk dahh aihhh…..kang dia totet totet aku pun tak dapat nak pikir nak jawab apa….
Kita ni kadang bukan tau apa isu sebenarnya…..yer ker kawan kita tu tak salah yer ker lawan kawan kita tu betul……cuba hint sikit2….biasalah org marah…tanya sikit tu diaaaa…semua keluar….dia cerita tak salah…tapi kita yg salah sebab dah tanya tapi tak bagi nasihat…malah jadi batu api lagi…..itu yang banyak aku nampaklahhh…..aku pun sama kadang2 tapi masih boleh kawal dari melarat….kita dengar dulu…pastu kita sokong dia…biar dia lega dulu pastu baru nasihat…..selagi boleh elak kita elak….selagi boleh tepis kita tepis…..
Orang kena nasihat nih biasanya’lah’kannn….mula2 dia akan menyampah ngan kita sebab kita cam tak sokong dia…tapi percayalah…. lama2 kelamaan bila dia dah cool down mesti dia akan terfikir akan segala nasihat kita….
Tabiat orang marah ni sama jer….dia akan cerita apa yang dia rasa…bukan cerita apa yang sebenarnya terjadi…..stendedlah…sapa nak mengaku salah dan nak kalah…yerrr dakkk
Oleh itu jangan jadi minyak petrol simbah kat api….silap2 bukan kawan tu terbakar ngan kita ngan orang sekeliling pun boleh ikut burn sama….
Tak salah kita jadi orang yang penyabar biarpun kita tak salah…..
Tak salah kita diam walaupun kita benar……
Tak salah jugak kita buat derk demi menjaga hati kawan yang tengah marah…..
Lagi satu aku nak nasihat….aku pernah buat tapi aku menyesal….mujur dah minta maaf…delete status dan taubat segalanya….jangan up status tentang keluarga…maksud aku yang baik2 takper…contoh keluarga mertua baik ….saudara mara penyayang…ahli keluarga kita baik dan kita sayang mereka….itu takper….
Tapi jangan up status aku tak suka keluarga pasangan…..benci ngan ipar duai….ahli keluarga mereng dan tak betul dan sebagainya….bukan keluarga kandung kita bolehlah kita nak kutuk sesedap rasa….tapi kena ingat…itu keluarga kandung pasangan kita….kita nak khawin dengan dia tapi kita benci dan buang ahlli keluarga pasangan sebab ada yang tak berkenan kat mata kita….
Jangan camtu…..hal keluarga adalah aib yang kita kena jaga…..aib keluarga bukanlah aib laki bini semata….tapi aib keluarga adalah aib adik beradik saudara mara kita dan saudara mara sebelah pasangan kita…sekalipun tak suka….benci diorang dan blablabla…bincang dalam forum keluarga sajer…jangan heret orang luar….orang luar apa tau….jadi batu api pandailah….
Itulah yang paling aku takut dan paling aku tak suka…menceritakan hal2 aib keluarga pada umum…..becerita pada umum masaalah keluarga takkan menyelesaikan masaalah…..menambah dosa lagi adalah….
Kalau betul ada masaalah dengan keluarga…carilah seseorang dan luahkan pada kawan yang boleh dipercyai yang sifatnya adil dan dapat memberi nasihat….disaat hati sedang marah kita perlukan KAWAN bukan cari si BATU API….
Oklah….aku nasihat dan tegur sebab aku sayang……bukan sebab aku penyibuk….nak terima atau tak itu hak masing2…kalau tak nak aku tegur dan nasihat….boleh hide aku unfriend dan block aku kat mana2 yang aku ada….takder masaalah…walaupun bukan semua kemungkaran dapat aku cegah dengan tangan….dengan selemah-lemahnya iman aku akan cegah dengan hati ….
Comments