Asalamualaikum , hai guyzzz ! ni nak tanyalah, kalau boleh jawab dengan jujur yer.
Bilakah kali terakhir korang pergi jumpa doktor gigi? jeng jeng jeng
Jawapan aku ialah 2 atau 3 tahun yang lepas itu pun buat scalling. Tapi memang betul lepas tu rasa serik nak buat lagi sebab rasa tak selesa.
Tu bila Nina dengan Umminani ajak aku pergi buat scalling kat Klinik Pergigian Erfa aku macam nak onzz tak onzz. Tapi sebab aku perasan kat celah gigi aku dah nampak karang gigi jadi aku gagahkan diri juga pergi.


Dalam hati dah terbayang macam-macam bebelan doktor gigi pasal gigi aku yang tak dijaga dengan baik.
KENAPA AKU TAK SUKA PERGI KLINIK GIGI ?
Dan sebenarnya aku tak suka pergi klinik gigi apatah lagi nak buat scalling. Korang nak tahu tak kenapa ? Haaa yes pandai pun korang.
Aku tak suka sebab tak selesa jer. Dia rasa tak selesa bila yang pertama kau kena kontrol rasa nak menelan air liur dan juga kau juga kerap stop sebab nak buang air liur kau sehingga menganggu operasi scalling. Lenguh mulut tau.
Bila dah terlalu kerap jadi camtu, doktor akan minta kau bertahan sampai habis proses. Proses tu yang buat aku rasa tertekan dan sekaligus buat aku malas dan tak suka nak jumpa doktor gigi.
Tapi hari tu sebab Nina beria ajak maka aku turutkan juga. Aku harap Klinik Pergigian Erfa ni tak akan buat aku serik untuk datang lagi. Huhuhuhu
MERIAHNYA KLINIK GIGI NIH !
First time aku masuk klinik gigi aku terkejut begitu meriah klinik ni dengan patient keluar masuk bilik rawatan. Aku terus kata5 , “ehh meriah pulak klinik gigi nih”. Setahu aku klinik gigi adalah klinik yang paling sunyi dan paling banyak dijauhi orang . Awat klinik ni meriah macam ada pesta ?
So aku start tertanya apa sebab klinik gigi ni meriah dia lain macam ? kenapa suasananya tak sama macam klinik pergigian yang aku pernah lawat sebelum-sebelum nih.
Nota : Sorry guyzz takder gambar sebagai bukti sebab aku hormat privacy orang lain.

Sepatutnya temujanji aku pukul 11:30 tapi sebab aku ada hal maka aku sampai lewat. Ngam pukul 1:30 sampai sudah giliran aku.

Masuk bilik rawatan aku disambut dengan ucapan salam oleh Doktor Erfa. Dia minta aku duduk dan bertanya apakah aku ada masalah pada gigi aku. Aku jawab ada. Ada satu bahagian gigi aku rasa macam berdenyut sikit dan rasa macam bengkak pun yer. Ialah kan nak tengok sendiri manalah nampak. Lepas aku info kat Doc apa masalah gigi aku kemudian dia minta izin untuk periksa dengan lebih teliti.

Lepas periksa baru tahu apa masalah gigi aku. Selain dari sebab gigi aku dah ada karang dan plak yang TAK BOLEH dibuang dengan hanya menggosok gigi. Rupanya ada gigi aku yang pecah dibahagian belakang.
Dan itulah punca kenapa kadang aku rasa sakit sebab bahagian gigi yang pecah tu dah tak rata dan bila aku kunyah makanan dia macam kena bahagian dalam mulut aku. Itu sebab kadang-kadang aku rasa sakit.

Jadi apa nasihat Doktor Erfa dan rawatan yang sepatutnya aku kena buat ?
Pertamanya aku kena buat scalling untuk buang segala karang dan plak. Kemudian baru Dr Erfa akan tampal sedikit bahagian gigi aku yang pecah tu. Paling best bila doktor kata pecahnya gigi aku bukan disebabkan bakteria tapi kemungkinan besar disebabkan makanan keras yang aku makan.
Hoyeahh !! Kalau disebabkan bakteria sedihlah oii. Gigi kalau sakit disebebkan bakteria memang tak boleh bawak bincang langsung sakitnya.
Aku rasa semua mesti pernah dengar orang kata sakit paling sakit selain dari sakit bersalin ialah sakit gigi. Itu kalau yang sakit tu permpuan kalau yang sakit tu lelaki entah pulak . Ahahahaha
RAWAT PESAKIT DENGAN IKHLAS & KASIH SAYANG

Korang percaya tak bila aku kata masa buat rawatan scalling ni aku hampir tertidur. Yer dongg mana mungkin kan ? Tapi percayalah memang ianya benar.
Aku bagitahu Dr Erfa kenapa aku rasa macamtu ? Tapi Dr Erfa senyum jer dan kata “kami kat sini sedaya upaya akan rawat semua pesakit dengan ikhlas dan kasih sayang”




Dan rasa nak tertidur tu bukan sahaja aku yang rasa tapi ramai pesakit lain rasa yang sama. So tak peliklah kan aku rasa nak tidur waktu rawatan sedang dijalankan.

HASIL RAWATAN SCALLING & POLISHING
Selama sejam lebih aku buat scalling , polishing dan tampal gigi semua tu bagaikan tak terasa apa. Aku kurang rasa nak menelan dan aku juga kurang rasa nak meludah sampailah doctor yang berhenti dan minta aku berkumur.


Kenapa boleh jadi camni ? Yess aku perasan yang teknik Doctor Erfa guna semasa rawatan memang dangat berbeza. Rawatan scalling kat mana-mana kilinik gigi memang semua nampak sama .Tapi cara setiap doktor merawat dan tackle pesakit tu yang berbeza. Terutamanya kalau pesakit tu dikalangan kanak-kanak dan yang mengalahkan kanak-kanak.
Banyak jugak feedback dan ucapan penghargaan kepada Doktor sempat aku baca kat dinding klinik. Tak percaya korang boleh datang sendiri.
MAHAL TAK HARGA RAWATAN ?
So far harga scalling kat mana-mana klinik pergigian swasta adalah lebih kurang jer. Semua tu bergantung pada masalah gigi korang juga.
Tapi pada yang nak dapatkan khidmat nasihat dengan Doktor tentang rawatan gigi, korang hanya perlu bayar Rm30 sahaja. Tak semestinya korang kena buat rawatan time2 tu jugak.

NASIHAT PERGIGIAN DARI DR ERFA
Lepas rawatan semua aku tanya pada doktor sebaiknya aku kena datang berapa kali dalam setahun untuk buat pemeriksaan gigi.
Oleh kerana gigi aku tak ada masalah, doktor sarankan aku datang ke klinik gigi 6 bulan sekali atau paling malas pun setahun sekali untuk pemeriksaan supaya gigi aku tak mengalami masalah yang lebih teruk.
Korang kena ingat tau, umur makin meningkat ni kena jaga gigi elok-elok. Kalau boleh aku tak naklah sampai kena sakit gigi yang kronik atau sampai kena guna gigi pelesu. Mencegah itukan lebih baik dari merawat.

So pada yang nak pergi buat rawatan atau minta khidmat nasihat pergigian aku sangat syorkan korang pergi ke Klinik Pergigian Erfa. Bagitahu jer korang datang situ lepas baca blog aku, silap-silap dapat diskaun lagi.
Almaklumlah , hari tu aku antara patient doktor yang paling last dan paling happening gittewww !
KLINIK PERGIGIAN DR ERFA MESRA KANAK-KANAK DAN PELANGGAN MUSLIM
Yang ada anak kecik pun elok bawak kat sini sebab kat sini diorang ada specialist gigi kanak2. Confirm lepas tu anak korang dah tak takut nak pergi klinik gigi.
Ruang menunggu kat sini juga sangat selesa , ada surau dan parking pun banyak.



KLINIK PERGIGIAN ERFA

Alamat : 23 & 25 Jalan Dataran 1 , Dataran Wangsa Melawati , 53300 Kuala Lumpur
Phone : 03-4131 7945 / 018-3634945
Website : www.kperfa.com
Facebook : @kperfa
Instagram : @klinik_pergigian_erfa
“your precious smile, our precious passion”
Best kannnn doktor Erfa.
Sebab tu ajak scaling gigi kat sini tak akan mengesal punya. Dia punya syiokk tu sampai nak terlena kannn. HAhaa
Dah lama tak pergi jumpa doc gigi.. Seram dia tak boleh bawa bincang. Tapi macam nak g..
wahh yanie setiap awat tahun mesti cek gigi.. tp tahun ni je liat sket nak pi haha
Seram pergi jumpa Dr Gigi ni tapi bila gigi sakit ya allah sakitnya teruk sampai airmata pun boleh keluar. Pernah sekali sakit gigi, dia sakit juga kepala sebab Dr kata saraf yang sama. Tak sanggup nak menghadapinya lagi. Kalau boleh 6 bulan sekali kena pergi jumpa Dr Gigi. Dah sakit nanti menyesal tak buat rawatan awal.
Last time jumpa dentist was last year. Nampak gaya kena buat appointment dgn dentist nie sbb doktor nasihat 6 bulan sekali mesti jumpa dentist. Ramai takut nak jumpa dentist sbb takut sakit padahal scalling tak sakit pon. Bersihkan gigi je
Last Fadzi baru jumpe doktor gigi last week. Itu pun sebab nak ambik retainer untuk gigi. Klinik gigi yang specialist untuk invisalign ni dekat putra heights. Lepas ni jumpe doktor gigi yang terdekat je lah.
Alamak bila tanya last jumpa doktor gigi kita rasa seram lak wakakak kerana kita memng jarang jumpa hehehehe tapi ada juga rasa nak pergi kerana kita nak bersihkan gigi dan juga nak putihkan gigi hehehehe sapa kalau dekat boleh pergi sana…
Aduhh dah setahun lebih tak pergi jumpa doktor gigi. Last buat scaling dan tampal gigi. Memang selalu rasa takot kalo pi klinik gigi. Tak taula kenapa berdebar dia lain macam. Hehe
last pergi doktor gigi masa pregnant..sebb free..hehe..mas tu mmg bersihkan gigi..takutnya sebab masa bersih tu dia ngilu2 je..hahaa…tapi ni tengok macam best je..
Bestnya ke klinik gigi. Akak last pi klinik gigi tahun 2016 kalau tak silap. Nak buat appoinment pun tak sempat untuk gigi ni. Kadang dah buat temujanji, ada je la hal lainnya. Huhuhu. Nanti nak tengok klinik berdekatan rumah. Baru nak mencari. hahaha
Ruby recently posted…Rebut Peluang Bertemu Dato’ Sri Siti Nurhaliza Dengan Berbelanja Semasa SimplySiti Super Brand Day Di Shopee
dah lama sangat tak pergi klinik gigi.. best yer kalau ada sponsor, sebab pricey jugak kan kos nak buat dental treatment ni..
Huda recently posted…Tarikh-tarikh Penting Zulhijjah
Lia pun last year rasanya buat scailing dan polishing kat dentist ni. Memang dulu tak suka sebab takut kan lagi bila tampal gigi berlubang. sekarang baru beranikan diri. anyway suka sangat konsep klinik gigi. suka juga tengok hasil sebelum dan selepas tu.
InsyaAllah Rawlins akan pergi ke Doktor gigi setiap 6 bulan juga sebab dah makin berusia nie gigi lain macam je perangai dia dan sebab Rawlins pun banyak minum kopi Heheh
Dulu ai pun seram kalau nak jumpa doktor gigi tapi lepas dah jumpa klinik yang serasi dah tak seram dah. Walaupun kena bayar agak mahal tapi kalau servis tip top dah doktor best memang tak kisah.
Dah lama juga ni tak cuci gigi..dah hilang track dah terlebih 6 bulan dah…haha…nampaknya kena curi waktu dah untuk ke dentis. Thanks ingatkan..
AhmadiKatu recently posted…Kau Terpilih Bukannya Terpinggir – Dia Pemberi Ujian
[…] dah setle. Untuk parents kalau ada masalah gigi boleh juga ke Klinik PERGIGIAN ERFA. Aku dah buat scalling kat sana, […]
[…] Tu yang bila nampak kawan blogger aku Umminani up dekat sosmed yang dia baru jer buat rawatan tampal gigi dekat Klinik Pergigian Erfa aku pun terus buat temujanji. Mengikut rekod , kali terakhir aku buat scaling adalah pada tahun 2019 di Klinik Pergigian Erfa, Wangsa Melawati. […]