Bila Budaya Vape Semakin Menular

Isu vape ni kalau dibincangkang memang boleh menimbulkan marah dan disusuli dengan kata2 sinis dan memaki hamun….

Aku bukanlah vapers haters , tapi dek kerana perangai2 minoriti vapers tidak menghormati orang lain yang tidak suka asap yang berbau biarpun wangi…maka itu telah menimbulkan rasa sakit hati dan marah kepada orang lain….

Sudahnya vapers beretika pun terpalit sama kena kondem….mana vapers yang respek hak orang lain…serius aku tabik….

Bukan aku takder kawan vapers…yang smokers pun ada…tapi alhamdulillah sejauh yang aku kenal diorang respek hak kawan2 yang tidak suka dan tidak boleh bau asap2 rokok maupun vape….

Kalau nak hak korang dihormati silalah hormati hak orang lain yer….

Kenapa Rokok Tak Diharamkan…??

Jangan samakan vape dan rokok…..rokok memang sah dan jelas haram walaupun dalam agama dan hadis sudah dinyatakan cuma vape baru difatwa haram kerana banyak keburukkan dari kebaikkan..
Asal tujuan vape adalah untuk menghentikan atau menukar tabiat perokok tegar yang susah nak berhenti merokok….
Benda kalau dah jadi tabiat memang susah nak tinggal…sama macam makan nasi….

Sampaikan Sultan Johor terpaksa bertitah…..

download

JOHOR BARU: Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

“Saya mahu premis vape ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

“Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

“Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape,” titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

“Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

“Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

“Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini,” katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

“Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

“Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya,” titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.

Wanita Melayu Tak Tahu Malu…??

Andai tak dibedung dari sekarang…..tu diaaaa…bagaikan gambar dibawah ini…hilang sudah nilai2 sopan santun wanita melayu…..tak kira peringkat umur dahh sekarang ni…malu dah takder…dari anak2 baru nak naik sampai ke pangkat makcik2 dan nenek pun selamba menghembus asap bagaikan Naga Bima Sakti….sedangkan malu juga sebahagian dari IMAN….Sesungguhnya aku malu dan mengutuk perbuatan mereka….tak merbahaya bukan bermakna ianya elok….

images (1)

Rosak budaya , rosak akhlak , rosak binasa keturunan …..aku harap satu hari nanti diorang tahu apa natijah atas perbuatan diorang…aku jamin diorang semua bangga dengan perbuatan diorang tanpa rasa bersalah….bukan bodoh sahaja tapi bodoh yang bercampur sombong….

Muka lawa camner pun tapi perangai cam lahanat dan2 tu gak ko jatuh hodoh……harap2 perempuan2 yang ada ni dah kembali kepangkal jalan dan berubah menjadi wanita2 yang solehah…aminnn

Nak Di Haramkan Atau Tidak …??

Pada mulanya aku menyokong vape menjadi pengganti rokok….tapi semakin lama kebiadapan vaperians yang vape tak kira tempat dan masa buat aku membenci vapers2 baru yang tidak menghormati hak orang lain….

Serius perangai macam tu dalam hati aku mesti bagi maki  “jilake punya vapers”….cerek air pun keluar wap gak…cuba dihadapkan kat muka ko….agak2 boleh tahan tak…..?? bau ketiak bangla yang takder wap pun aku tak suka….bau minyak wangi paling mahal sebotol pun aku tak tahan….

Apa masaalah kalau korang vape jauh2 dari orang….ini ada satu jilake punya bapak aku nampak….pegang anak kecik , bini pregnent plak tu….tengah makan2 hembus….pas minum hembus….bini dia takder hidung ker….?? anak kecik dia yang setahun jagung tu takder paru2 ker….??

Aku cuma mampu mengomel dalam hati jer…..kalau aku tegur mau jadi gaduh plak kat situ….sudahnya….lantak nko’lah lembu….sebab apa lembu…sebab degil…lembu kan degil….tapi yang paling degil sebenarnya bukan lembu tapi BABI….

K baiii

Categorized in: