Sengaja aku nak kupas tajuk nih mengikut apa yang aku sendiri pernah rasa dan lihat . Alhamdulillah sehingga ke hari ini kawan-kawan yang ada , adalah kawan-kawan yang masih sanggup duduk bersama dan berdiri bersama . Mana yang dah takder tu bak kata Abam Tiffin Biru kita sedekahkan sahaja Al Fatihah .
Pengalaman memang mendidik kita untuk menjadi lebih dewasa dan matang dalam berfikir . Tapi …!
Yer tapi bukan semua orang begitu . Lagi-lagi bila mana umur dah semakin meningkat dan menuju setengah daripada had umur umat Nabi Muhammad SAW .
Kawan-kawan datang dalam pelbagai cara , ada yang datang sebagai pembantu , ada yang sebagai pemerhati dan tak kurang juga sebagai penduga . Dulu aku agak cerewet nak memilih kawan , kalau dah kawan dengan orang tu dengan orang tu jerlah aku kawan biarpun layanan dia terhadap aku lebih kurang macam tuan tanah kedaung dengan pencacai angkat najis .
Lama-kelamaan aku ubah cara aku . Aku lebih bersikap terbuka dalam berkawan. Sapa nak kawan dengan aku semua aku terima kecuali yang bagi salam tak apa tak tetiba pm nak pinjam duit . Ehh kau dah kenapa ?
Tips Untuk Menjadi Kawan Yang Lebih Baik
Ni aku nak share sikit ngan korang tips berkawab dan memilih kawan since aku sendiri ada pelbagai pengalaman dalam berkawan dengan pelbagai bangsa , pelbagai peringkat usia dan pelbagai perangai .
- Bila berkawan kita bukan sahaja berkawan dengan individu itu sahaja tapi kita berkawan dengan apa yang dia ada termasuklah keluarga kawan kita dan kawan kepada kawan kita yang lain .
- Kawan kita bukanlah hak milik peribadi kita yang kita boleh pergunakan demi kepentingan diri kita sendiri .
- Berkawanlah kerana Allah Taala dan bukan kerana mahukan sesuatu
- Hormati privacy kawan kita biar kita kenal dia dari sejak lahir
- Jangan fikir kawan kita patut melebihkan kita lebih dari dirinya , keluarganya dan kawan kepada kawan kita yang lain
- Jangan menuduh kawan mudah lupa pada kita tanpa usul periksa
- Jangan mudah berkecil hati dengan kawan jika permintaan kita ditolak
- Sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan hidup kawan tanpa pengetahuannya
- Jangan mengharapkan balasan dari kawan
- Jika kawan kita telah berkhawin sila hormati pasangan kawan kita
- Jangan sesekali kita cuba provoke kawan kita di laman sosial
- Jangan menyindir kawan dengan kata-kata yang menyakitkan hati
- Jangan mengaibkan atau mengugut kawan kita bila marah
- Jika ada masaalah cuba berbincang dan selesaikan tanpa melibatkan pihak ketiga
- Ingat pada kenangan manis dan kebaikkan yang pernah kawan kita lakukan kepada kita
- Jangan ego untuk minta maaf jika bersalah
- Jangan ego untuk memaafkan jika kawan meminta maaf
- Berpisahlah secara baik jika kita rasa kita tidak dapat meneruskan lagi hubungan
- Hargai kawan selagi mereka masih hidup
Akhir sekali aku nak pesan , jadi kawan jangan suka mengeji ngeji bila hati tengah benci .
Ada apa-apa lagi nak tambah sila luahkan kat ruangan komen .
Terima Kasih
Setuju semua diatas Dila..Kak Sue memang sentiasa memaafkan tapi nak melupakan apa yang orang buat dan cakap yang melukakan hati Kak Sue kena ambik masa..
faham kak…saya pun bercakap atas dasar pengalaman
kawan ramai, tapi nak cari betul2 kawan susah senang bukan mudah
nadia johari recently posted…SERVIS CUCI TANGKI DAN PINDAH ALIH BARANG
sebab tu kita kena pilih kawan yang sesuai dan serasi dalam banyak2 kawan yang ada…sama macam pilih pasangan hidup jugak….kan kan kan ?
Ok kak long.. Nasib kita berkawan bersebab..
Pencari Makan recently posted…Gulai Kampung Masak Lemak Negeri Sembilan Di Bandar Baru Bangi
Kita kawan bukan bersebab.. Missing BUKAN pula.. Kekekeke
Pencari Makan recently posted…Gulai Kampung Masak Lemak Negeri Sembilan Di Bandar Baru Bangi
hahaha…paham ….
SA biasa dapat kawan2 yang amik kesempatan…susah nak caya dah sekarang ni
Suria Amanda recently posted…Tolong Ambil Tahu Sebelum Terlambat!
Saya suka berkawan … lagi2 dengan awek yang single .. hahaha .. boleh tak gitu? 😛
…
Berkawan dan bermasyarakatlah .. nanti nak masuk kubur .. merekalah yang akan bantu ..
Hasrul Hassan recently posted…SID2017 – Be The Change: Unite for a Better Internet
kekasih biar satu…kawan biar beribu…haha
Assalammualaikum ..saya nak tanya macam mane kalau kawan kita salah faham dengan cara kite..disebabkan kesilapan dulu yang pernah kite buat dia still lagi mengungkit perkara yang sama? Contohnya macam berlaku sikit pergaduhan yang mana dia sendiri tak layan saya bila berbual dengan dia disebabkan marahkan saya dia biarkan saya macam tunggul yang bercakap sendiri..tapi saya lebih ambil jalan untuk berdiam diri dan biar kan dia reda kan marahnya.. Tapi dia salah faham dengan sikap saya tu yang kononnya saya still bersikap kebudak-budakan yang just ikut kepala sendiri dan menuduh saya yang memperbesarkan perkara yang kecil kepada besar.. Dia tak berbincang dengan saya tapi ambil jalan untuk sindir saya di status whatsup.. Jujur saya tak terasa tapi saya terkilan dengan cara dia.. Apa yang harus saya buat?