Salam untuk semua….semoga sihat sejahtera….!!! ni aku nak cerita sikit pasal kejadian yang berlaku minggu lepas pada hari selasa…..sewaktu somi ku bawak kereta ke tempat kerja….hanya motor yang jadi kenderaan utama aku untuk hantar anak2 aku pergi menuntut ilmu….
Adapun kejadian tu berlaku sewaktu jam mula menghampiri jam 11:00pagi….waktu sekolah tamat lagi setengah jam…..sebelum jam 11:30pagi….hujan telah turun dengan selebat-lebatnya…..dalam keresahan aku berdoa…..“ya allah macamana aku nak ambik anak aku …..?? ya allah aku mohon agar engkau berhentikanlah hujan ini buat seketika…selepas aku ambik anak2 aku dari sekolah dan dah selamat sampai ke rumah…selepas tu kalau nak hujan…hujanlah….ya allah…”
Hujan terus turun dengan lebat…..tepat jam 11:30pagi…..hujan tiba2 berhenti…..aku pun terperanjat…..terus aku ucap alhamdulillah syukur…terima kasih ya allah…..
Segera aku bawak motor bekejar ke sekolah anak aku……sesampai di rumah…..hujan pun terus turun dengan selebat-lebatnya……jadi….??
Sebelum ni pun ada lagi satu kejadian yang berkaitan ngan hujan jugak…….masa tu baru lepas zohor aku dapat berita nenek belah somi aku meninggal….aku bergegas kesana sampai lupa angkat baju yang aku sidai….lagipun jarak rumah aku ngan rumah pakciknya…tak berapa jauh…..cuma 10 minit perjalanan…..
Waktu kat sana…..lepas jenazah dah siap kapan dah siap sembahyang….tinggal nak tunggu van jenazah jer…..waktu asar pun masuk….masa tengah tunggu van nak bawak pergi kubur….hujan pun turun dengan selebat-lebatnya…..
Aku terus…..alamak…kain baju aku kat luar confirm basah lencun…..tapi aku redha jelah…..nak maghrib aku pun balik nak ambik kain baju nak tutup tingkap semua….sebab masa aku keluar aku langsung tak angkat kain baju dan tak tutup tingkap rumah…..sampai2 masuk jalan nak balik rumah…..aku tengok jalan cam kering jer padahal masa kat rumah pakciknya tu hujan punyalah lebat……sah kat kawasan rumah aku langsung tak hujan walau setitis pun….kain baju aku pun selamat….kering……walhal jiran aku dah ada kat rumah….tak terpikir langsung nak mnolong ambik kan kain baju aku…..padahal selama dia balik lambat atau bila cuaca cam ala2 nak hujan aku tolong ambik kan kain bajunya…..aku bukan nak ungkit tapi aku kesal dengan sikap tak prihatinnya….terus terang aku kata aku terasa ngan sikap pemalas jiran aku….
Walau ada gak yang hasut aku supaya lain kali biarkan ajer kain bajunya kat luar sampai malam ker atau kena hujan ker….tapi aku yang tak sampai hati nak buat camtu…..walaupun dia tak pernah ucap terima kasih kat aku…..adapun sekali jer….itupun selepas beberapa bulan…..sampai sekarang pun tak lagi dia ucap terima kasih kat aku…..bukanlah aku harap sangat tapi…..sebagai manusia pastu sebagai seorang ustazah dan sebagai seorang islam…..patut ker dia buat aku macam musuh dia…..tunggu aku tegur baru nak cakap…..kalau tak…. pandang muka aku pun dia tak nak….
Kini aku dah tak kisah lagi……suka hati kaulah nak buat muka camna…..aku tolong kau sebab aku ada hati dan perasaan….dan aku buat atas sebab berjiran dan sesama islam…..aku tahu Allah lebih mengerti setiap perbuatan hamba2nya……
Allah berfirman…“berdoalah kepadaku….nescaya akan ku perkenankan kepadamu….”surah al-mukmin : 60
Allah akan memberi balasan yg baik pada org2 yg melakukan kebaikkan.. Ish Jiran mcm tu pun ade yer.. takpe la kak dia tak kacau akak lg, suatu hari nant dia akan sedar juge..
Setuju…Allah Maha Mendengar…sebab tu kita kena selalu pikir yg baik2 walaupun hanya berkata-kata dlm hati…semalam langit mendung bunyi guruh…eynda berdoa dlm hati…mintak jangan la hujan lebat sebab nak ambik anak kat sekolah walaupun naik kete…takut jugak…tetiba lepas tu langit cerah…hujan angin bawak ke tempat lain…alhamdulillah lega hati…
takpela….mana tahu kita tolong dia..orang lain yang akan tolong kita dgn cara yang berbeza…jangan tensi2 k!…
btw nak komen sikit…susah sikit nak baca entry…heee…maybe kalau letak satu lapisan lain kat bahagaian text memudahkan pembacaan..just komen… =)
ahaha..ko nie..aku ingat ape la pelapik….puas aku pikir…ahahha
ok2..senang sikit nak baca nokk….waaah..keselesaaan mata itu adalah yang utamaaaaaaa
mekasih…muah3
baru clear dari awan tebal… senang sikit nak baca..hehe
@eynda
betul eynda….bila kita minta baik baiklah dapatnya….begitu juga dengan sebaliknya….dan lagi apa yang kita minta tu semua kearah kebaikkan…..kalau kita minta kearah keburukkan atau kemaksiatan…..menjawablah kat akhirat nanti….
@LiFe KaMi
insyaallah….
mula2 memang terasa sangat…..lama2 dah biasa….nak buat camner…dia duduk situ dah 2 tahun tanpa jiran….tetiba dapat jiran tu yang jadi mental tu…..
@Queen
mekasih sebab sudi tegur….hahahaa ingatkan nak kasi cun rupanya menyusahkan orang….hahahahaha
@LiFe KaMi
terima kasih kerana sudi baca jugak walau terpaksa selak2 awan yang tebal tu…..huhuhuhu jangan serik datang yer……