Sebenarnya tak terfikir pun pasal ni . Tapi semalam masa jumpa kawan then borak-borak , dia tanya pada aku lebih kurang camni :

“blog , kalau guna domain pastu tak renew , tak siapa pun boleh tengok blog kita dah kan ? habis tu macamana dengan penulisan kita ? macam lagi selamat kalau blog guna yang free domain “

Aku pun cam , haah kan ? ada betulnya apa yang dia bimbangkan .

Tapi !

Aku dah ada cara , antaranya blog aku ni bakal diwarisi oleh anak-anak aku kelak . Dan cara nak pupuk minat diorang dalam penulisan blog , aku minta diorang buat sesuatu sebelum diorang boleh guna PC aku untuk bermain .

Selagi aku mampu berkuasa ke atas anak-anak aku , selagi itulah aku akan pikir apakah cara yang terbaik aku boleh guna dan dalam masa yang sama cara itu juga boleh mendidik diorang tanpa diorang sedar .

Untuk permulaan , aku minta diorang tulis balik artikel-artikel yang terdapat dalam majalah . Bukan majalah hiburan tau , tapi Majalah Solusi . Kalau korang nak tahu , Majalah Solusi memang sangat berguna .

Aku stress ker aku down ker hilang pertimbangan ker atau nak cari balik semangat yang hilang , aku akan cepat-cepat bukak Majalah Solusi , dan biasanya kat situ aku akan jumpa solusinya .

Kalau korang nk tahu , aku pulak jenis suka settle apa-apa secara solo . Bukan sebab aku kekwat tak nak bantuan orang , tapi itulah yang kena hadap satu waktu dahulu . Kau ada masaalah kau settle sendiri .

Nak mengadu dengan siapa masa tu memang aku tak tahu . Mengadu dengan Allah opkoslah . Tapi mengadu dengan manusia silap haribulan aku dapat penampar . Makanya aku belajar untuk pendam segala masaalah dan tahan stress sendirian .

Tapi bila ada yang tanya baru aku cerita , kalau tak aku lebih suka cakap “tak ada apa-apa” . 

Ok , kita sambung pasal pewaris blog bila aku tak ada nanti yer .

Bagi aku ni salah satu idea yang aku mampu fikir dalam masa yang singkat . Oleh kerana diorang nak reward iaitu main komputer . Aku kena sediakan satu task untuk diorang . Aku cari topik-topik dan isu menarik dalam Majalah Solusi untuk diorang salin balik .

Semua isu berkaitan dengan agama . Contohnya babang aku suruh dia taip balik soal jawab agama . Secara tak langsung dia akan membaca dan secara tak langsung dia akan ingat dan tahu apa yang dia sedang tulis . Kaedahnya macam salin balik apa yang cikgu tulis kat papan hitam . Siap kerja baru aku bagi diorang main game kat komputer .

Mungkin nampak aku macam takder idea , tapi dari aku biarkan anak aku saja-saja buang masa mengadap komputer aku cakap kat diorang nak tak orang tolong mama updet blog ? lepas updet blog mama , mama bagi korang main komputer .

Mula-mula babang tak setuju , biasalah anak jantan kan . Tapi bila Cinta yang umur 8 tahun berjaya siapkan artikel pendek yang aku bagi dan dapat reward guna komputer , dia mula rasa tercabar . Memang dalam waktu dia updet tu dia curi-curi main game . Tapi biasalah kaki report ada kot .

Dan aku percaya untuk buat benda yang baik memang perlukan paksaan .

Dekat 3 hari baru siap artikel sola jawab agam yang ada 16 soalan . Walaupun dia lambat siapkan tapi bagi aku ok jer dan anggap itu sebagai satu permulaan . So kalau korang ada ternampak artikel berkaitan agama , itulah hasil penulisan anak-anak aku .

Bukan semua orang baca dan pandang majalah ilmu macam Solusi tu , jadi apa aku cuba buat ialah aku nak berkongsi sedikit apa yang aku baca dengan korang . Semoga kita dapat manfaatnya .

Aku sedar memang buat masa ni aku mampu copy paste jer . Sebab dalam soal jawab agama kau tak boleh ikut suka nak tulis . Sedangkan pasal solat qada pun , jika ada sebarang pertanyaan dari pembaca , aku akan rujuk pada abang aku yang taraf ustaz merangkap imam masjid untuk jawab .

So itulah cara aku . Mungkin agak kasar pada pandangan ibubapa yang lain . Tapi aku didik anak aku ikut flow . Lain anak lain cara didiknya . Bila aku cerita kat kawan aku ini cara yang aku buat , kawan aku kata ini tips parenting yang kreatif dan dia minta aku kongsi cara aku ni kat dalam blog .

So inilah dia .

Tak setuju ? itu bukan hal aku !

Categorized in: