Sejak minggu lepas perasaan aku cukup-cukup terganggu dengan sorang kawan yang tak sudah-sudah nak troll orang . Bukan aku jer yang di troll’nya..rupanya ramai . Agak sedih jugak orang yang kita percaya mulut manis di depan tapi belakang kita tak sampai sehari dah kutuk kita bermacam-macam .
Troll hingga membawa fitnah itu memang bahaya . Lebih baik kau di pertemukan dengan hantu dari di hadapkan dengan orang kaki troll .
Bukan sekali dua kot , tapi banyak kali dah . Cuma apa yang aku lihat datangnya orang sebegitu dalam hidup kita adalah ujian kejujuran dan keihklasan kita dalam hubungan persahabatan .
Adakah semudah itu untuk kita percaya dengan orang yang kita baru kenal tapi mulut manis macam ada kilang gula ? bagaimana kita nak menangani orang yang memburukkan kita kepada kawan-kawan kita ?
Kunci dia ialah jujur dan berterus terang . Tanya terus pada kawan kita tu jika kita tak pasti dengan apa yang disampaikan oleh orang lain . Adatlah kawan sesama kawan kutuk mengutuk . Aku tak terasa hati sangat kot sekalipun kawan aku kata aku macam-macam dibelakang aku tapi masih berkawan dengan aku . Cuma tahan tak tahan jerlah nak teruskan .
Dikemuncaknya kau akan kenal siapa kawan siapa lawan . Amat sukar untuk kita ni jujur sebenarnya . Aku pun kutuk orang gak tapi kutuk situ habis situ . Cuma jangan fitnah orang hanya nak jadikan kau kelihatan baik tapi jadi punca orang lain berbalah .
Kejadian yang lepas-lepas banyak mengajar aku jugak . Sejak tu aku akan tanya terus pada orang yang dikatakan mengutuk aku . Kalau dia mengaku aku ok , kalau dia nafikan pun itu pasal dia .
Jangan sesekali jadi backstabbers…kau sama-sama kutuk orang , pastu kau pergi bagitahu tuan badan kena kutuk , pastu kau biar kawan kau tanggung sorang-sorang kena maki padahal kau pun sama-sama join kutuk..itu memang biadap ok .
Ingat tau…sampai masa Allah akan balas balik apa yang kau buat .
Once eh kau dengar orang sampaikan pada kau satu berita yang kau dikutuk oleh sesorang yang kau kenal adalah lebih baik kau tanya balik kat orang tu …jangan sebongok-bongok manusia kau nak percaya terus . Pastu kau blah dari life kawan kau tu dan kau ignore kawan kau tu tanpa sebab . Serius kau memang bongok walaupun kau terpelajar .
Oklah…itu jer aku nak bebel…penat nak hadap ngan orang mental , sakit jiwa raga . Baik aku stay ngan orang yang sentiasa stay ngan aku walaupun dia kutuk aku . Sekurangnya aku tahu dia tak hipok macam kau .
Bahayakan… Kalau ada kawan yang macam ni…
Anuar recently posted…Faktor-faktor yang mempengaruhi Kenaikan Harga Lembu dan Kambing di Malaysia berbanding di Kemboja dan Indonesia untuk Ibadah Qurban 2016
sangat2 bahaya…tinggal cepat ngan lambat jer kita nak sedar
Hai dila. Moga kita sama2 jadik sahabat yg baik dan jujur ekk. Frust juga kalau dpt tau kawan tikam belakang…
Adoi.. karenah manusia ni ada macam-macam. Sekali kena cukuplah. Rasa nak jaga hati sendiri pulak. huhuhu
nur yusuf recently posted…Dari Amsterdam ke Keukenhof
semestinya nur….lain padang lain belalang lain orang lain ragam…fokus pada yang ada didepan mata kita yang layan kita dengan baik…cuma kadang orang tak terlihat oleh kita
dah x larat jadi mangsa. hmmm
YB Shehan recently posted…ALFATIHAH BUAT ARWAH TOK
ujian nak dapat kawan yang lebih baik….lama2 akan tahu jugak …tinggal lagi cepat ngan lambat jerrr
Hmm moga dijauhkan lah drpd org camtu. Biaq laa ada kawan sorang dua ja, drpd ramai kawan tp kawan yg hipok bermuka muka jaa
samalah…tapi jgn putus asa…ada baiknya kita jumpa kawan camtu untuk mengajar kita supaya jangan jadi serti itu…org camtu lambat sikit nak sedar….tunggu dia kena kaw2 baru ada akai
doakan kita semua dapat kawan yang baik-baik sahaja okay. hindari dari pada sahabat kaki troll
umminani recently posted…BELUM TERLAMBAT DEMI ANAK-ANAK DENGAN MENDEPOSIT SIMPANAN KE SSPNi-PLUS
insyAllah nani….yang penting diri kita kena berazam tak nak jadi seperti itu…kita memang tak tahu masa depan…maka serah sahaja pada Allah swt …..walaupun kita tak suka tapi yakin mesti ada hikmahnya