Minggu lepas sebelum Raya Haji, korang mesti dah nampak status dan gambar yang aku updet kat FB minggu lepas. Alaa yang aku kata aku ter’check in kat Best Western Hotel i-City Shah Alam tu lah.
Tapi sorry tau kalau aku terlambat reply pertanyaan korang pasal berapa rate menginap kat Best Western Hotel ni. Bukan apa, sesekali korang kasilah aku chance berehat dan enjoy dengan keluarga aku dulu.

kad ucapan dari BW i-CITY Shah Alam
Settle semua kerja penting barulah aku boleh layan korang pulak. Ehehehehe
So now aku dah updet kat sini, maka korang kenalah baca macamamana aku boleh ter’check in kat Best Western Hotel.

masuk bilik, tengok deko kat katil ni punyalah romantik, terus rasa menyesal sebab bawak budak2…ahahaha
BERCUTI DEKAT-DEKAT PUN SERONOK JUGAK
Camni ceritanya, macam biasalah bila tiba jer hari cuti sekolah, orang Selangor’lah yang biasanya dianggap penduduk negeri yang paling boring di Malaysia. Sebab ? katanya kat Selangor ni tak berapa nak ada sangat tempat tarikan yang menarik untuk aktiviti keluarga beriadah.
Persoalannya iya ker ?
Kebetulan aku memang dah lama plan nak pergi bercuti dekat-dekat jerr, sebab pertama nak tunaikan janji bawak anak-anak pergi bercuti dan kedua nak save budget.
Kalau dah rezeki memang tak kemana, akhirnya aku sampai kat satu tempat riadah paling happening yang ada di Selangor. Ditengah bandar Shah Alam pulak tu !
Mana lagi kalau bukan di i-City Shah Alam , bandar yang dilimpahi dengan cahaya lampu LED berwarna-warni.

pokok-pokok disekitar i-City yang berdaun LED

buai laju-laju

ni kat LED rose garden …memang lawa
So, tunggu apa lagi ? vamos ! lets STAY , WORK & PLAY !
BACA : SUNDAY HI TEA @ THE VIEW CAFE

orang gembira biasanya memang comel

staycation with family is fun yarr !
MASA CHECK OUT MENGIKUT MASA CHECK IN**tnc
**Flexible check in and check out time, goodies bag and mask only Coffee 17 guest are entitled. Coffee 17 is a special floor dedicated for coffee lover (Each Coffee 17 room @level 17 comes with a state of the art coffee machine with 4 coffee capsules daily ( non-accumulative), a minibar pack, an eye mask, and 24 hours stay program ( check in anytime at your convenience and check out 24 hours later) )
Apa yang menarik sangat perhatian aku ialah masa check out yang diberikan oleh pihak hotel. Part nilah yang aku tak sabar nak bagitahu kat korang semua.
Biasanya bila kita check in mana-mana hotel atau tempat penginapan , tak kiralah check in pukul berapa tetap jugak kita kena check out pukul 12:00 pm atau kita akan dikenakan bayaran untuk tambahan masa kan ?
Tapi dekat Best Western ni special sikit tau, katalah hari ni korang check in pukul 5 petang maka sampai pukul 5 petang esoknya korang ada masa untuk check out. Bukan pukul 12 macam kebiasaan tempat.
Macam aku hari tu check in pukul 3:30 petang, pastu bila dah siap register dapat kunci bilik reception tu katalah yang aku boleh check out pukul 3 petang esoknya.
Aku mulanya macam tak percaya jugak tapi bersungguh orang kat reception tu terangkan kat aku, dia kata “betul puan, kami tahu apa kehendak dan keperluan pelanggan…”
Tapi sayang, aku terpaksa check out awal, dalam pukul 11 pagi macam tu, pertama sebab anak-anak aku nak masuk kat Trick Art Museum sebelum betul-betul keluar dari kawasan i-City dan lagi satu sebab mak aku dah call suruh balik, nak masak untuk hari raya esoknya. Herherherherher

kad ni fungsi dia macam touch n go untuk digunakan semasa bermain permainan di i-city
POPCORN TIME
Pastukan sambil menunggu urusan check in selesai kita dan anak-anak juga boleh makan popcorn yang disediakan di lobi hotel secara PERCUMA ! tapi ada time2 dialah , tak silap aku dari pukul 9 pagi sampai 7 malam macam tulah mesin popcorn tu ada kat situ.
Senang cerita kalau time korang check in tu ada mesin popcorn korang mintaklah secawan dua. Kalau tak ada tu tak payahlah korang gedik-gedik nak jugak.

mesin popcorn yang berad di lobi
Overall , bagi aku hotel ni memang sangat mesra kanak-kanak dan banyak benda PERCUMA !
Parking pun PERCUMA selama korang stay kat Best Western Hotel ni. Maksud aku korang boleh jer keluar masuk kawasan i-City tu bila-bila masa yang korang suka. Sebelum keluar sila sahkan tiket dekat kaunter reception.
Oh yer ! lagi satu aku nak bagitahu sebelum aku terlupa ialah, masa check in tu diorang akan bagi kita goodies bag tau . Memang syoklah anak-anak aku dapat hadiah camtu.
Tapi pastikan korang adalah tetamu yang menempah dan menginap ditingkat 17 iaitu bilik i-Suite.
**Pantry juga hanya ada dibilik i-Suite tingkat 17. Untuk bilik Superior dan Deluxe tiada kemudahan Pantry.
Dalam goodies bag tu ada kit-kat, kacang-kacang dengan air bikarbonat dan juga juice. Dan korang akan dapat eye mask comel jugak untuk membantu korang lelapkan mata.
Siyess terbaik sangat bila ada hotel layan kita dan memikirkan keperluan kecik macam ni. Mungkin korang rasa alaa eye mask jerr pun, tapi bagi orang yang susah tidur macam aku ni, eye mask memang sangat-sangat membantu aku untuk lelap.
Aku sendiri kalau pergi travel mana-mana memang wajib bawak eye mask.

macam tau2 jer aku suka coke **hanya untuk pelanggan di tingkat 17
TEMAN TIDUR UNTUK DISEWA SERENDAH RM5 UNTUK SEMALAM
Ok next apa lagi yang best kat Best Western Hotel ni ? Ada lagi , rupanya hotel bukan setakat sediakan tempat tidur yang selesa dan bagi eye mask untuk tidur lebih lena. Teman tidur pun ada , murah pulak tu sewanya Rm5 jer untuk 1 malam.
Dahlah cantik-cantik, namapun sedap. Kalau takder dd, wajib sewa yang paling cun pastu terus bawak naik bilik.

hensem jugak bapak hikan nih #ehh…ahahahaha
Emm jap, korang pikir apa eh ? sila jangan pikir bukan-bukan ok.
Teman tidur yang aku maksudkan tu adalah sejenis IKAN atau bahasa santifiknya dipanggil BETTA FISH, bukan anak hikan hokay!

ada macam2 warna dan nama tapi aku paling tertarik dengan Chloe
Memang ralit tengok diorang berenang-renang dalam balang kecik jernih tu. Adakalanya diorang macam respon jugak dengan apa yang kita bualkan. Amazing sangat.
Oh yer, aku juga difahamkan yang pihak hotel telah menambah dan memperbaharui beberapa fasilitas di hotel, antaranya mesin pembancuh kopi dibilik terpilih, dekorasi baru di The View Cafe & Alfresco kat Level 5, sudut untuk ikan Betta , lobi hotel berwajah baru ,kain cadar baru dan juga karpet baru dibahagaian koridor menuju bilik.

memang best bilik ada pantry , mesin kopi tu canggih oii rasa nak beli sebiji jerr **pantry hanya ada dibilik i-suite tingkat 17 sahaja

sebelum balik kita layan mocha ice blended , beli 5 percuma 1
RATE & ROOM CATEGORY
So, untuk korang yang tertanya tanya berapa harga untuk bermalam di Best Western Hotel ni, korang boleh rujuk senarai kat bawah. Yang aku bagi ni normal rate, tapi kalau kena dengan waktu promosi tertentu korang boleh dapat lagi murah dari harga yang dipaparkan.

pemandangan dari tingkap bilik i-suite ditingkat 17 , malam lagi lawa sebab nampak lampu-lampu LED kat bangunan
Hari tu aku ambik bilik i-Suite ditingkat 17, aku ambik i-Suite sebab aku bawak Qaseh dengan Cinta. Bilik i-Suite memang sesuai untuk keluarga besar, nak selesa boleh jer add on extra bed atau ambik bilik yang boleh sambung sebelah menyebelah.
Superior – RM210nett Bilik Sahaja – Single/Double
Superior –Â RM240nett Bilik & Sarapan – Single/Double
Deluxe – RM250nett Bilik Sahaja – Single/Double
Deluxe –Â RM280nett Bilik & Sarapan – Single/Double
i-Suite – RM380nett Bilik Sahaja – Single/Double
i-Suite –Â RM410nett Bilik & Sarapan – Single/Double
Nak tengok gambar bilik sila klik link :Â Superior , Deluxe , i-Suite
Antara kemudahan lain yang ada dalam bilik :
• Complimentary WiFi
• Work desk
• Armchair
• Cable & Pay per view TV channels
• Flat-screen cable TV
• Wake up calls
• Alarm clock

kat alarm clock tu ada port USB untuk caj phone ..
• In room safe
• Mini refrigerator
• Bottled water
• Tea & coffee making facilities
• Hairdryer
• Bathroom amenities
• Baby cot (upon request)
• Extra bed (upon request, charges apply)
• Adjoining rooms (upon request)
• Iron & ironing board (upon request)
• Prayer mat (upon request)

call reception minta sejadah pun sekejap jer dapat
SARAPAN SAMPAI KENYANG DI THE VIEW CAFE & ALFRESCO LEVEL 5
Paginya aku turun kat Level 5 untuk bersarapan dekat The View Cafe. Pelbagai jenis makanan ada dihidangkan. Paling aku suka makan kat situ ialah omelette. Walaupun sekadar omelette tapi rasa dan teksturnya memang lain dari yang lain. Omelette’nya lembut dan gebu.

section pelbagai bijirin kegemaran kanak-kanak
Kalau korang plan nak menginap kat sini, waktu breakfast jangan lupa untuk rasa hidangan omelette yang tahap sedap dia memang 4 bintang dari 5.

yummy !!!
Tapi kalau korang tak nak ambik bilik yang dah termasuk dengan breakfast, korang boleh jer add on masa turun breakfast paginya di The View Cafe kat Level 5 . Harganya pulak untuk dewasa Rm38 seorang dan kanak-kanak Rm19 seorang.
TAPI kalau korang memang plan nak ambik breakfast berasingan, masa check in tu korang boleh request dan bayar siap-siap sebab harganya jauh lebih murah. Rm28 untuk seorang dewasa dan Rm14 untuk kanak-kanak.
Waktu Operasi : 6:30am – 11pm
In room dining pulak beroperasi 24 jam
Best Western i-City Shah AlamÂ
A-GF-01, No. 6 Persiaran Multimedia, Section 7, Shah Alam, 40000, Malaysia
Phone :+603 5521 9000 | Fax :+603 5521 2028
Email :Â enquiry@bestwestern-icity.my
Facebook : Best Western i-City Shah AlamÂ
Instagram : @bwicity
Waze : Best Western i-City Shah Alam
Till we meet again and happy staycation!
Wah menarik! First time tau ada hotel boleh check out ikut masa kita check in. Baru lah syiok camtu
yes , lain dari yang lain…baru pelanggan tak terasa rugi
Wahhhh!!! Bestnya dapat cuti-cuti dalam negeri.. Sesekali bercuti kat tempa dekat best jugak kan…
sesekali buat staycation memang best …
Wahhh murah je harga bilik dia.
itu normal rate , belum lagi ada special offer…mesti lagi murah
Amboii first time dgr hote bg gift mcm ni
kannn, suka anak2 saya hari tu …rasa dihargai sangat
Ok Kak Long, tq info lpas ni pegi Shah Alam dah tau tempay nak stay.
sama2 kongsi info….
uishhh checkout sama time check in … bestnyaaaa
betul, barulah lagi syok sebab tak rushing
Wuuu syokknyaaa honeymoon kat shah alam… huhuhu..
syokkkk…pastu leh main2 macam2 kat i-city ngan anak2…
Gift tu paling best. Memang happy lah bebudak kalau dapat.
yup…first time ada hotel buat camni
seronoknyaaa short gateaway dengan family
sesekali jer …lagipun dekat
Wah menarik ni. First time dengar boleh cek out lambat camni. Nak bawa anak2 holiday sini la
yup huda, taklah kita rushing sangat…
nampk best, dah menginap pergi icity pulak main..syok2
Hey, this seems so awesome, thanks for sharing this with us.