Woohoooo !!! teruja betul aku hari ni bila dapat peluang gi shopping kelengkapan hari raya dekat Freeport A’Famosa Outlet dengan kawan-sekepala. Sesekali apa salahnya kita shopping luar dari kawasan yer dak ?

https://www.facebook.com/saidila79/videos/2216273025053696/

CARA NAK KE FREEPORT A’FAMOSA OUTLET

Cara paling mudah ialah dengan waze sahaja Freeport A’Famosa Outlet atau korang naik jer highway ke Selatan dan exit di tol Alor Gajah. Lepas tol terus ambik kiri dan terus maju kehadapan sampailah jumpa satu bangunan cantik dan klasik disebelah kanan korang.

dah sampai…

Selama Hari Raya

senarai brand yang ada di 1st floor

Nak tahu tempat tu best ker tak ialah dengan cara kau tengok kawasan tu. Masa kat sana tadi seawal jam 9:30 pagi pun parking dah mula penuh dan orang ramai juga dah bersedia menanti didepan pintu pagar untuk dibuka oleh pegawai keselamatan.

Tepat pukul 10pagi maka berlari-larian orang ramai masuk menuju ke premis pilihan masing-masing.

Wow !! teruja betul aku tengok semangat diorang sampai aku pun turut bersemangat sama melangkah dari satu premis ke satu premis.

Antara premis yang sempat aku survey hari ini ialah Cotton On , Levis , Li-Ning , Toy World , Luv Luc  , Puma , Skechers , Carlo Rino , Samsonite , RC Signature dan juga Body Glove.

Cotton On

Levis

Carlo Rino

Toy World

RC Signature

Nota : Untuk lihat lain-lain gambar sila ke FB Saidila Abdul Rahman dan Instagram @saidila

KEMUDAHAN ASAS

Apa yang aku suka kat Freeport A’Famosa Outlet walaupun ini pertama kali aku datang ialah kemudahan yang disediakan.

Antaranya ruang parkir yang banyak, ada stroller car untuk kids yang boleh disewa dengan harga Rm10, surau yang luas lengkap dengan telekung yang bersih, tempat duduk yang banyak untuk berehat dan mesin juga ATM.

Tak kalah juga landskap yang memang menarik dan sejuk mata memandang. Adakalanya buat aku rasa “ehh aku ni tengah shopping ker tengah bersiar-siar….?”ehehehe

Mana yang suka buat outdoor photoshoot pun boleh datang sini jugak.  Siyes kawasan Freeport A’Famosa Outlet ni memang cantik dan menarik untuk korang bergambar dengan pelbagai gaya.

So mana yang ada kat Melaka atau berdekatan tu bolehlah singgah shopping kelengkapan raya sebab harga memang tengah runtuh sehingga separuh siap tolak GST 6% .

Memang berbaloi sangat datang dari jauh dan dapat beli barang yang branded dan disukai pada harga tak masuk akal.

Kalau korang tak nak ketinggalan dan nak tahu apa promosi-promosi istimewa yang terkini dari Freeport A’Famosa Outlet, korang bolehlah follow rapat media sosial FAO seperti dibawah.

Follow IG : @freeportafamosaoutlet

Follow FB : Freeport A’Famosa Outlet

Selamat bershopping dan Selamat Hari Raya semua !!!

Categorized in: