Memandangkan sekarang ni dah pun masuk hari Rabu maka ijinkan untuk aku ber WW iaitu Wordless Wednesday . Rata-rata rakyat Malaysia memang terkejut sangat dengan dua kenaikan keperluan iaitu Minyak Petrol dan Minyak Masak . Tak payah tunggu krisis ekonomi dunia dah .
Sementara harga minyak dunia semakin turun , harga minyak dalam Malaysia semakin naik dan naik dan terus naik hingga menuju puncak .
Dah berapa tahun kena maki pun dia tetap buat rilek buat derk dan buat bodoh .
Minyak mentah dunia naik tu aku fahamlah . Ni minyak masak kot ….apa kes ?
Mana pergi team FELDA ? Mana team SIME DARBY ? diorang dah tanama pokok Zaitun pulak ker ? sampai minyak kelapa sawit kena import dan naik harga ?
Apa punca kenaikan harga minyak masak tu yang aku tak faham . Korang faham tak ? Ladang kelapa sawit FELDA ngan Sime Darby tu lebih dari cukup kot hasilnya .
Tak termasuk ngan kebun-kebun persendirian lagi .
Bapak vampire apa isap darah rakyat marhaen tak habis-habis . Dah hari tu tragedi Oktober ni tragedi November pulak .
Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,
“Akan turun kepada umatku di akhir zaman nanti cobaan yang dahsyat dari pemimpin mereka. Belum pernah terdengar cobaan yang lebih dahsyat darinya sehingga bumi yang luas itu terasa sempit bagi mereka karena bumi dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman. Seorang mukmin tidak mendapatkan tempat berpindah dari kezaliman itu.
Kemudian, Allah Azza wa Jalla mengutus seseorang dari keturunanku. Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman. Penduduk bumi dan langit ridha dengannya, dan bumi tidak menyimpan sesuatu pun dari bijinya, kecuali mengeluarkannya.
Begitu juga dengan langit, kecuali Allah menuangkannya ke bumi. Ia hidup di tengah-tengah mereka selama tujuh, delapan, atau sembilan tahun agar semua yang hidup dan mati menikmati apa yang tellah diperbuat Allah Azza wa Jalla terhada penduduk bumi dari kebaikan-Nya.”(HR Hakim)
#ripNajibRazak
#undurNajibRazak
#malaysiaperlukanpemimpinbaru
Tak tahan dah dengan semua kenaikan harga ni. Kang kalau taip lebih2, ada plak cytro yang kecam kita pastu report dekat SKMM pasal kita. Viral kan yang konon nya kita ni penjenayah cyber. Habis handphone Note 3 kita kena sita.
Alasan nya nak siasat kes kita suka share benda2 politik. Allahu. Tahap kesabaran tu ada batas. Kat mana lagi kita nak mengadu?
Abis tu kalau kita sbg rakyat tak boleh bersuara, kita nak kena duduk diam je ke? Tak boleh nak tabah lagi dah. Rasa nak pindah dok negara lain. Stress gila dengan najib!
Nurul recently posted…Percutian Keluarga ke Cameron Highlands | Part 3
Itupun masaih ada gak segelintir yang pertahan kan dia ni..suh undur tak nak..next pru kena tukar la..but kena make sure bukan jatuh ke tangan bangsa lain
Suria Amanda recently posted…Spray 8 Spray Penjagaan Luka Semulajadi Keluaran Furley Bioextracts
Selamat Siang,
saya sudah membaca blog anda, sangat mudah di pahami dan saya sangat tertarik untuk bekerja sama dengan anda, kami dari Forexmart menawarkan kerja sama affiliasi yang sangat menguntungkan untuk anda, jika anda berminat dan tertarik dengan penawaran ini bisa menghubungi email saya di http://www.forexmart.com dan saya akan memberikan informasi yang lebih lengkap mengenai penawaran kerjasama ini.
Terima Kasih dan salam sukses untuk anda