Allahuakbar ! Innalillahwaiinilaihirojiun.
Aku nak kata gapo pun tak tahu dah. Aku hanya memikirkan kasihan pada orang lain yang lebih susah dari aku untuk meneruskan kehidupan jika PKP dikuatkuasakan.
Semuanya gara-gara tweet DG Noor Hisham Abdullah. Habis semua netizen naik gelabah naik marah. Tak campur lagi dengan panik dengan berita sebelumnya pasal kes covid19 disana sini. Last-last KKM updet rupanya berita fake.

Cumanya itulah , lepas ni benda dah sedia terjejas akan jadi lebih terjejas jika PKP dilancarkan oleh kerajaan atas arahan KKM.
Hari tu sepatutnya setakat travel dalam negeri memang kita dah boleh sebab kes zero dan boleh katakan kita dah menang dan dah tak ada masalah nak travel dalam negara.
Tapi bila pintu-pinta keluar masuk antarabangsa mula dibuka maka inilah padahnya.
Tak payah banyak cukup satu orang yang balik dari oversea atau negara berisiko dan lepas tu bergejala, langgar SOP dan tak kuarantin , maka habis semuanya.
Tapi sebagai orang Islam yang beriman kita terima ianya sebagai sebahagian dari ujian.
Benda dah jadi pun , dari nak salahkan orang situ orang sini, maki hamun semua tu tak akan dapat mengubah apa-apapun. Kita sendiri kena buat tindakan yang betul dan wajar dan perbaiki apa yang silap dan salah.
Semua orang kena ambil peranan macam dulu balik.
Paling penting teruskan berdoa yang baik-baik, sabar dan sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental.
Kita sudah pernah menghadapinya dan kita boleh menghadapinya sekali lagi asalkan kita bersatu hati. InsyaAllah !
Cumanya itulah jika kita kena PKP kembali , ada ker yang sanggup membancuh Kopi Dalgona sampai tak boleh tidur , kejar lori Gardenia demi sebuku roti , jadi pengulas tak bergaji K-Drama dan post masakan tak jadi di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni ?




Aku tak sanggup !!!
Leave a Reply