Bismilahirahmanirohim ,
Tau tak korang yang sehari sebelum aku terbang ke Korea , sebenarnya aku ada mengikuti satu Program TLDM Bersama Media 2017 di atas Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA . Program naik kapal ni memang dah lama aku tunggu sejak 2015.Bila kawan aku offer pada aku ‘tiket’ naik kapal TLDM ni aku dah macam beruk kena belacan sebab teruja.
Pada asalnya dia yang kena pergi,tapi dia ada hal maka dia offer kat aku untuk cover dia.( alhamdulillah rezeki )

nama aku pada waktu siang…
Mulanya aku serba salah jugak nak pergi sebab esoknya aku dah nak kena fly ke Korea. Barang apapun tak sedia untuk dikemas lagi.Bila aku tanya dd,dia suruh aku pergi jugak. Apa lagi,cepat-cepat aku wasap kawan aku tanda setuju nak ganti dia.
Awal pagi pukul 5 aku dah bangun,itupun mak yang kejutkan.Lepas subuh aku terus gerak drive sendiri ke Westport. Fuhh lama tak jejak Klang,memang tak berubah nampaknya. ( drive macam jalan bapak masing-masing buat..)
7:25 pagi aku dah siap terpacak depan Pangkalan TLDM.Sambil-sambil menunggu 2 rakan blogger KBBA9 dan media lain yang menaiki bas dari MINDEF. Tapi sempat jugak aku berkenalan dengan geng-geng media dari NTV7,ASTRO dan Sinar Harian.
Dari parking ada pegawai TLDM yang baik hati tumpangkan kitorang naik jeep masuk sampai ke jeti kapal. Nak menapak tu agak jauh jugaklah.

yeahhh dah sampai
Sampai jeti aku ternganga tengok kapal GAGAH SAMUDERA,ibarat gadis cantik bertemu abang sado kekdahnya.

memang gagah gituuuu
8:30 pagi barulah semua media yang terlibat sampai termasuklah selebriti-selebriti khas yang dijemput antaranya Lan Pet Pet dan Elizebeth Tan. Bertambah meriahlah nanti kapal GAGAH SAMUDERA.

tq abang lan pet pet sebab menghiburkan dan banyak kongsi maklumat dan juga tips

lawanya angelina tan nih..akan akan muka aku jerrr
Selepas sesi pendaftaran,kitorang dibawa ke cafeteria untuk isi perut,breakfast lain tau.Kalau nak tahu dalam kapal kekerapan makan adalah 6 kali sehari.
Mulanya aku pikir jadah apa makan sampai 6 kali sehari ? kebulur sangat ker kru kapal TLDM nih . Tapi bila kau dah seharian duduk dalam kapal tu barulah kau faham kenapa.Dan-dan tu aku rasa sikitnya 6 kali ,mesti kena anytime kot waktu makan baru ok. **hahahahaha
Melawat Kabin Dan Kokpit KLGS
First aktiviti ialah melawat sekitar kapal,kumpulan media pula dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk memudahkan pergerakkan dalamkapal yang laluan dia hanya muat untuk seorang sahaja lalu dalam satu-satu masa. Kalau berselisih masing-masing kena mengiringkan badan untuk beri laluan.
Pada tiap-tiap jalan terutamanya yang berdekatan dengan cabin ada disediakan set ELSA.

set ELSA
Haaa set ELSA tu bukan set mainan watak filem kartun FROZEN tu yer. Makna ELSA yang ada dalam kapal TLDM ialah Emergency Life Support Apparatus. Kiranya dia macam kit kecemasan sementara untuk selamatkan diri bila kabin terbakar.
Pening gak nak hafal jalan yang diorang bawak dari satu dek ke satu dek.Aku siap sesat dalam kapal, cadang nak pergi cafeteria aku pergi turun ke bilik enjin , sib baik ada kru kapal GAGAH SAMUDERA tolong tunjuk jalan.
Tangga pun runcing-runcing,menegak lurus dan kena turun secara mengundur.Tapi diorang dah biasa gamaknya,turun pun tak pegang rail dan tak perlu mengundur pun cam BBNU seperti aku ni.
Masa aku nak turun tu ambik masa jugak sebab silap langkah mau gedebuk aku dibuatnya.Siap ada pegawai yang dah sedia nak sambut aku dari bawah kot-kot aku tersalah step ker.Alhamdulillah aku selamat turun dan selepas tu aku semakin mahir menggunakan tangga-tangga yang ada dalam kapal GAGAH SAMUDERA.Amacam ? Hebat tak aku ? **ahahahaha

nampak tak camner rajin si ayu naik atas dek
Yang ni part paling aku suka, iaitu melawat kokpit kapal, errr betul ke panggil kokpit ? ala dia macam tempat control semua sistem kapal tu laaa. Kat situ ada radar untuk mengesan kapal-kapal yang berada dalam liputan radar . Berapa jauh radar boleh kesan aku lupa plak tanya. Yang pasti kapal GAGAH SAMUDERA mampu mengesan dan tahu jenis-jenis kapal yang dapat dikesan dalam radar.

kita bergerak pada kelajuan 11 knot meninggalkan pulau indah menuju selat melaka
Yang susah dikesan ialah bila kapal menggunakan material kayu.No wonder bila ada kapal nelayan yang sesat atau hilang kapal-kapal penyelamat susah nak kesan diorang.

fokus
Kat situ aku tak berapa nak ambik gambar sebab sistem dan kod-kod yang ada dalam screen adalah dalam situasi sebenar.Sangat bahaya untuk didedahkan kepada awam atas dasar faktor keselamatan.Bukan demi keselamatan kapal sahaja tapi keselamatan perairan negara kita khususnya.

kru TLDM yang berdisiplin
Ehh lupa plak nak cerita yang kapal GAGAH SAMUDERA mula meninggalkan jeti tepat jam 9:15pagi. Tak terasa langsung kapal dah bergerak.
Masa aku kat keluar kat bahagaian heli deck aku nampak ada satu kapal buruk menghimpit kapal GAGAH SAMUDERA. Aku tanya pegawai yang ada apahal kapal buruk tu asyik dekat-dekat dengan GAGAH SAMUDERA ?

kapal bantuan untuk tarik keluar dan tolak masuk kapal-kapal besar dari jeti
Kata pegawai,ada 2 keadaan dimana kapal-kapal besar macam GAGAH SAMUDERA memerlukan bantuan kapal yang lebih kecil dan ringan untuk ditarik keluar dari lot parking jeti dan ditolak masuk kembali untuk mengemaskan letak duduk kapal di jeti.Takderlah nanti senget benget bila nak letak kapal. Ok , faham tak ?
Habis meronda kapal,makan time pukul 10:00 pagi makan mee goreng,cucur sayur dan sambal tumis pun sedapnya alahai.Aku rasa aku boleh jer stay dalam kapal camni lama-lama sebab makanan sedap-sedap gituuu.makan tengahari pulak nasi beriyani , kari kambing, daging masak hitam ,ayam masak merah, acar mentah dan juga aiskrim .

cakap jer nak makan apa , nanti chef masak sebab semua bahan ada didalam kapal dan cukup untuk 3 bulan…tapi kalau aku ada dalam tu mungkin bekalan lagi cepat habis…ehehehe
Latihan Keselamatan Dan Melawan Kebakaran
Habis makan , melepak dan menyembang dengan abang Lan Pet Pet, kitorang dah bersedia untuk melihat satu sesi latihan menyelamat dan melawan kebakaran . Bukan sekadar teori tau tapi real situasi yang dilakonkan semula.
Sebelum tu masa awal-awal pendaftaran kitorang dah diberi satu buku kecil. Aku tak tahu apa fungsi buku tu sampailah selepas sesi latihan menyelamat dan melawan kebakaran berakhir barulah buku tu ada fungsi dia . Kalau tak habislah kau takder tempat untuk menyelamatkan diri .
Situasinya dalam kapal ada kabin terbakar bila laporan diterima,akan ada satu pegawai dan anak kapal akan melaungkan api api api untuk memberitahu kepada kru kapal yang lain . 2 orang kru penyelamat akan dihantar untuk meninjau tahap kebakaran didalam kabin dan cuba untuk melawan kebakaran . Jika tidak berjaya, pasukan penyelamat yang berpakaian lengkap seperti bomba pula akan mengambil tugas untuk meyelamat dan mengawal kebakaran.

api api api !!!!
Jika situasi kebakaran tidak berjaya dikawal dan setelah mengambil kira tahap keselamatan semua kru dan juga keadaan kapal . Setelah perbincangan dilakukan jika besar kemungkinan kapal tidak dapat diselamatkan atau bakal tenggelam , maka prosuder meninggalkan kapal akan dilakukan .

unit melawan kebakaran a.k.a bomba laut
Selepas itu suar bantuan akan dinyalakan . Time ni tiba-tiba jer aku rasa macam aku tengah duduk dalam kapal Titanic .

near far where ever you are…feeling titanic minta bantuan
Setiap anak kapal juga patut tahu ke mana harus dituju,tidak panik dan berada di kapsul penyelamat mengikut panduan dan arahan yang telah ditetapkan. Maknanya setiap anak kapal dah tahu kat kapsul penyelamat mana yang diorang kena pergi.Dengan itu takkan ada isu huru hara dan kejadian rebut-rebut untuk menyelamatkan diri.

lupa istilah left right…
Peluang Menembak Menggunakan Rifle Dan Pistol Ditengah Lautan
Selaku juara bertahan menembak tahun 2015 di MINDEF ( betul ok …) , memang ini antara penyebab aku teruja nak mengikuti Program TLDM Bersama Media diatas Kapal Latihan GAGAH SAMUDERA .
Kali ni aku berpeluang menggunakan 2 senjata yang berbeza. 1 senjata jenis Rifle dan satu lagi Pistol . Bagi aku keduanya tak mudah nak dikendalikan dan perlukan latihan yang banyak untuk mahir.

sapa nak kena tembak dulu…pattt angkat tangan

fuhhh rasa heaven sangat bila dapat memegangnya
Ok , sekarang aku nak bawak korang rasa pengalaman aku tengok misi memmindahkan barang dari kapal ke kapal . Diorang tak berhenti ok diorang kena teuskan berjalan tapi dalam masa yang sama diorang buat ujian untuk melaraskan kapal . Bila dah ada kerjasama antara kedua pihak barulah semuanya ok dan proses memindahkan barang pun berlaku . Kali ni diorang tunjuk misi memindahkan barang ganti dari KLSG ke KD Ledang.

proses memindahkan spare part ke KD Ledang

guna papan isyarat

kami sedia berkhidmat tuan !!

cara ucap terima kasih cara TLDM dan jarak jauh
Memang gempak aaa dapat tengok secara live.
Hargai Tugas Dan Pengorbanan Anggota TLDM
Seharian bersama TLDM dalam kapal buat aku sedar yang tugas seorang anggota TLDM bukanlah mudah dan sesenang yang disangka . Tak kira lelaki , perempuan mahupun tukang masak , semua kru diwajibkan untuk tahu . Sebab tu wujudnya PSSTLDM .

aku memang admire ngan Puan Salina nih

bakal adik angkat …
Banyak nilai-nilai positif yang aku belajar masa program ni antaranya kerjasama ,hormat-menghormati, percaya , bertindak mengikut arahan dan berdisiplin.
So buat masa ni , hanya ini yang aku nak kongsi dengan korang.InsyaAllah ada masa nanti aku up lagi cerita-cerita naik kapal dan video pesanan dari abang Lan Pet Pet.Tengok dia punya semangat aku pun tambah bersemangat. Tips yang dia bagi pada hati tu memang benda asas kita kena tahu.

jumpa lagi…!!!
seronok tengok naik kapal tldm, jeles!
memang best …pengalaman mahal yakmat ni
Bestnya pengalaman tu kak long. Respek aaa!
memang best sangat…respek dengan kegigihan diorang
Kita tengok pun teruja, satu pengalaman yang tak ternilai.
sangat ….teringin nak tengok SOP bomba pulak satu hari nanti
menariknya dapat pengalaman macam ni.
betul, pengalaman yang sangat berharga