Entah kenapa hari ni aku rasa lembik sangat….sepatutnya aku kena cergas….banyak benda yang aku kena buat dan uruskan . Tapi ada orang nampak macam aku ni takder kerja nak buat…seolah-olah aku ni seorang surirumah yang kerjanya goyang kepala dan bergolek-golek atas katil sepanjang masa.
Bila aku cakap lebih sikit kang kata aku tak bersyukur’lah apalah blablablabla’lah….padahalnya aku dah kerah seluruh tenaga yang aku ada untuk meyeimbangkan aura-aura positif dan negatif disekeliling aku….
Sebenarnya aku penat dah ni….dan hari ni aku rasa penat yang amat sangat…..tapi aku tak boleh mengeluh…sebab nanti ada yang kecham…nak senyum pun aku dah macam tak larat sangat sebab aku memang tengah penat…apa berdosakah kalau aku kata aku penat..??
Walaupun penat tapi sempat pulak aku menulis….sebab apa….menulis ni dapat kurangkang perasaan dan mind set yang tengah penat…aku alihkan perhatian aku seketika pada urusan rumahtangga….sebab aku punya minda tengah penat…
Tahun ni pun aku rasa aku akan dapat tekanan yang lebih daripada biasa….pertamanya sebab perancangan aku tak berapa nak menjadi sebab kurang sokongan moral…keduanya sebab anak aku yang sulung bakal memghadapi peperiksaan besar pada tahun ini juga….ketiganya sebab aku tengok kos perbelanjaan untuk persediaan kakak menghadapi UPSR juga sangat tinggi….dan keempat-empat anak aku semua sekolah….
Itu semua sememangnya tanggungjawab inchik dd…tapi…sebagai isteri yang solehah patut aku lihat sahaja….?? yer pandai pun …sebab tu aku rasa penat….bukan fizikal aku yang penat tapi hati , perasaan dan fikiran aku yang gagal mengatasi rasa penat itu..
Selama ni aku jadi penasihat pada kawan-kawan yang menhadapi kemurungan emosi…tapi bila hari ni aku yang menghadapinya…tak siapapun kot nak bagi aku kata-kata semangat…nak tak nak aku kena cari jalan sendiri untuk atasinya….
Zahirnya aku kuat….maka aku buktikan yang dalaman aku juga sama seperti itu….
Biarlah…nak buat camner….nak minta korang baca blog aku secara sukarela memang taklah kalau tak kena ping sana sini dan itu juga bukan jaminan..
Mungkin aku kena undur diri terus dari dunia blog….cuma mampu sokong dari jauh segala aktiviti kelab yang belum setahun aku dapat curahkan bakti….satu-satunya kelab sosial yang aku ada sepanjang hidup….
Salah aku bila orang tak nampak blog aku…salah aku juga blog aku tak bagus dan salah aku juga sebab aku kurang berusaha untuk naikkan blog dan sekali lagi aku bersalah sebab cita-cita aku untuk menjad blogger terrbaik tidak tercapai matlamat .
#akutaksempurna
#akumanusiabiasa
awat sedih-sedih ni kak ,rezeki dari ALLAH, orang singgah blog kita ni pun sebab Allah gerakkan hati dia.kita tak mampu nak paksa orang terjah blog kita, kita hanya mampu berdoa dan usaha . dulu ubai pun cakap nak stop jadi blogger, tapi malu dengan adik beradik-beradik Kelabbloggerbenashaari.sbb depa semua termasuk kak selalu update blog, selalu pi event dan macam-macam lagi, sebab tu jugalah ubai terus bersmangat menulis .
kalau penat , kak rehat lah kejap. nanti dah okay, baru susun strategi untuk bangkit kembali.
maaf, sebab tulis panjang2 ni. saja nak kongsi2 je. hehehe 😛
ubai recently posted…[ TEMPAT MAKAN ] KEDAI NASI BERIYANI TERBAIK DI PULAU PINANG !
nangis akak baca nasihat ubai….serta merta semangat datang balik…..maklumlahkan perasaan nih tak boleh nak tahan2….tak mampu jadi pelakon untuk hari ini….
apapun terima kasih ubai….stay positif
saidiladotcom recently posted…Berdosa Tak Jika Aku Kata Aku Penat
Mana boleh undur diri. U can do it kak. Jangan simpan. Luahkan masalah..
YB Shehan recently posted…ALAHAI ARIQ EMIR
yup yb….nilah kena luahkan…kalau tak akak berhuhuhu jerlahhh…..