Assalamualaikum and hai gais ! ok kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal tempat aku beli barang elektrik. Bukan 1 yer tapi 3 barang tau. Soalannya berbaloi dan selamat tak kalau kita beli barang elektrik secara online ni ?
Dan platform e-commerce pilihan aku umtuk pembelian besar kali ini ialah di PG Mall.
Aku bukanlah jenis suka beli barang elektrik online sebab aku sangat ragu-ragu dengan masa dan keselamatan produk tersebut. Aku lebih rela pergi beli kat kedai belek satu-satu janji aku puas hati.
Kalau sebelum pandemic , keluar lepas Isyak pergi pasaraya cari barang keperluan tu memang hobi aku. Tapi sejak pandemic ni banyak kedai tutup awal. Pernah aku keluar lepas Isyak sampai depan pasaraya dah tutup. Pergi lepas Maghrib macam tak cukup masa pulak nak memilih barang. Tu yang aku give up dan mula cari barang dekat online.
Barang elektrik pertama yang aku beli dekat PG Mall adalah induction cooker. Ini adalah barang yang memang aku nak sangat beli sebab aku rajin masak dekat ruang tamu sambil tengok TV.


Sebelum ni aku masak gunakan portable stove yang guna gas butane. Bila kau dah terlalu rajin masak maka gas butane pun cepat jer habis. Nak beli gas malam-malam bukannya senang sebab dah takder kedai 24jam bukak.

Sebab tu aku terfikir baik aku beli induction cooker jer. Tengok harga dekat PG Mall pun murah plus kau boleh gunakan baucar diskaun yang kau dapat bila kau rajin “shake the world” setiap hari.

Dan akhirnya aku beranikan diri buat pembelian induction cooker. Yang bestnya , penghantaran barang sangat pantas dan selamat.
Ini benda pertama aku masak guna induction cooker. Salmon grill beb ! Ehehehe.

So itulah barang elektrik pertama yang aku beli dekat PG Mall. Dan bila aku dah yakin baru aku teringat yang pembakar roti pun dah rosak dekat seminggu.
Anak aku minta beli tapi aku yang terlupa plus aku memang dah jarang sangat keluar dan malas keluar siang-siang. Nak keluar malam-malam cari pulak kedai banyak yang tutup awal.
Tengok kat PG Mall ada pulak pembakar roti yang aku nak. Ok angkat terus. 2 hari lepas order barang sampai. Kalau ikutkan tak sampai 2 hari pun. Dia macam kau order hari Isnin then hari Rabu barang dah sampai.


Last sekali aku beli kipas berdiri. Aku beli sebab kipas siling dalam bilik aku dah lama rosak. Walaupun bilik aku ada aircond dan air cooler tapi aku tak naklah pakai ekon 24 jam dan air cooler tu aku malas nak isi air plus aku benci bunyi dia. Annoying dohhh.
Tengok-tengok kat PG Mall ada kipas berdiri yang kena dengan bajet aku. Apa lagi kasi sambar terus.
Yang kipas ni memang unpredictable betul masa dia sampai. Aku order hari Jumaat so aku bajet akan sampai hari Isnin nanti. Rupanya diorang delivery hari Ahad juga. Aku yang baru nak tido ni sampai terkejut bila dapat call dari kurier kata nak sampai hantar barang.

Nyaris-nyaris aku ingat tu scammer. Scammer kan selalu call orang hari minggu. Ehehehehe.
Aku macam “ehh aku ada order apa yer…?” Sekali anak aku bawak kotak kipas masuk bilik tunjuk kat aku. Terus aku tepuk dahi. Bapak ahh seller dan kurier nih , hari Ahad pun dia pi hantar barang jugak. Ahahaha adoii !
Sebelum tidur sempat aku updet kat FB yang kipas aku dah sampai. Updet bukan sebab nak meriak tapi sebab gembira plus nak kongsi dengan kawan-kawan kot tengah cari kipas berdiri jugak ker.
Yang bestnya harga kipas tu Rm148.99 tambah shipping Rm11 dah jadi total Rm159.99 , tapi sebab aku guna baucar diskaun Rm20. Jadi aku hanya perlu bayar Rm139 sahaja. Haa kan dah jadi murah harganya. Sebab tu aku mula suka beli barang dekat PG Mall.

Yang kipas ni aku belum bukak kotak dan pasang lagi sebab plan nak buat video unboxing. Yang induction cooker dan pembakar roti pulak aku dah guna. Memang best. 2 benda tu sampai hari tu sampai hari tu jugak guna.
Lagi satu yang best beli barang kat PG Mall ni sebab kos shipping dia yang murah.
So kalau kalau korang nak jugak beli barang elektrik aku memang rekomen sangat korang beli dari PG Mall dekat kedai Khind by Costplus Online. Recomended dan Trusted !
Ni pun aku dah ushar nak beli Air Fryer dengan Hand Blender. Ahak !
Jadinya kalau korang belum ada akaun dengan PG Mall ni aku bagi link untuk korang register kat situ. Daftar percuma jer , tak kena bayar pun. Lepas daftar baru korang download apps dia dekat App Store atau Play Store.
Link Daftar Akaun PG Mall : https://bit.ly/2LEzE8t
Happy Shopping !
Meriah dgn brg elektrik..hehe…tp betul mmg berbaloi je klu nak beli brg elektrik guna online …
Selalu gak nampak org beli sini , nanti nak try use this kind of services . Lagi senang rasanya . Thank you for sharing
best best… shopping kat pg mall time hot day sales pun best harga murah cuma kena cepat…i is selalu shopping kat pgmall… memang best
Samalah, tak berani sangat beli barang elektrik online, tapi nampak ok ni kat PG mall, bolehlah try beli gak nanti..
Bestnyaa induction cooker tu.. Dah lama plan nak beli.. Nnt boleh usha usha kat PG Mall..
Kalau pilih barang elok maka elok lah sampaii kan? So far ok lah barang kat PG Mall yang sampai rumah.
These are some great tips! And you’ve got it right; it makes a massive difference. Choosing the right Portable Induction Cooktop Consumer Reports can be pretty tricky, but this guide made it a lot simpler! Thank you so much for writing; this was helpful!