Artikel ni aku dapat dari Facebook. So far aku belum cuba cara yang disarankan. Tapi ais memang baguskan. Kalau tak takkanlah wujud terapi ais apa tu semua. so apa kata aku dan korang sama-sama baca dan cuba sejauh mana ianya berkesan.
Kalau korang dah cuba atau pernah buat jangan lupa komen kat bawah untuk kongsi pengalaman korang yer dengan aku dan pembac yang lain.
TAHUKAH ANDA ?
Bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dengan ais pada titik tersebut selama beberapa saat,berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.
Insya Allah,teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.
Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.
Tempat tersebut ialah bintik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher,atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu,yang bermaksud “rumah angin”.
Menurut rawatan tradisional Cina,teknik meletakkan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubah penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu,memberikan stimulasi emosional yang positif dan “meremajakan” seluruh tubuh.
Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada titik Feng Fu.Cubalah lakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening.Badan kita akan menjadi ringan,lebih bertenaga dan petasaan letih atau pening akan hilang.
Beberapa pengidap migrain sendiri mengaku terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.
Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar,kerana teknik ini menstimusi pelepasan endorfin dalam aliran darah.
Teknik ini mudah sekali,hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.
Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat,tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.Menempelkan ais pada titik Feng Fu berkhasiat untuk :
- Mengatasi sakit kepala dan migrain
- Meringankan sakit gigi dan sakit sendi
- Mencipta kesan relaks
- Meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan
- Meningkatkan kualiti tidur
- Memperbaiki sistem pernafasan dan sistem kardiovaskular
- Mengatasi asma
- Mencegah sering bersin dan hidung berair
- Mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang
- Membaiki sistem pencernaan
- Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual
- Mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan
- Mengatasi gangguan kelenjar tiroid
- Membantu masalah arthritis,hipertensi dan hipotensi
- Menghilangkan selulit
- Mengatasi gangguan kitaran haid,kemandulan,endokrin,dan kesuburan
- Mengatasi gangguan psiko-emosiol,stress,keletihan,insomnia.
Luar biasa sekali bukan ? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.
Oleh itu,sebarkanlah.Insya Allah orang lain juga mendapat manfaat.Semoga berjaya.
bagus teknik urutan cina. Kalau faham betul-betul titik rangsangan ni semua,insyallah sihat lah. Setiap point tu kita fahami, baru lega kesakitan yang kita alami.