“sis…berkesan ker kalau nak beriklan guna blogger ? “
Ingat takder ker orang tanya aku camtu…? ada jer beb ..aku nak jawab pun serba salah . Tapi itu dulu , sekarang kalau orang tanya macam tu memang aku jawab ia jer berserta icon cap jempol .
Sebab ?
Sebab aku pun seorang blogger jugak . Nak -nak sejak aku dah belajar memahami dan mempraktikkan ilmu SEO yang di ajar oleh 2 orang cikgu kacak dan ensem dari TEAM MYSC dan selepas aku menang hadiah saguhati dalam pertandingan SEO yang dianjurkan oleh Syarikat Herba Asma Mujarab Sdn Bhd .
Sejak tu aku sedar bertapa pentingnya peranan blogger dalam me“rangking” kan jenama sesebuah produk untuk diketahui umum .
Aku bukan nak mendabik dada apatah lagi nak meninggi diri . Tapi kerja aku dalam nak menaikkan nama sesuatu produk yang beriklan dengan aku tu sebenarnya sangat-sangat mencabar . Bagai nak pecah kot otak seorang blogger seperti aku memikirkan “keyword” yang sesuai supaya nama produk yang di“google” pengguna dijumpai dalam kotak “search”.
Sementelah aku bukan blogger yang orang akan ingat nak bukak blog’nya setiap hari tanpa perlu disuruh maka aku kena gunakan teknik Search dan Enter . Itulah salah satu cabaran untuk aku mengekalkan kedudukan nama blog aku di first page Google .
Memilih Blogger Yang Sesuai Untuk Mengiklankan Produk
Paling aku galakkan pada pengiklan ialah beriklan dengan team blogger yang versatile contohnya Kelab Blogger Ben Ashaari . Serius takder contoh yang lebih baik aku sarankan selain dari Team aku sendiri iaiu TEAM KBBA .
Pengiklan boleh memilih nak blogger dari kategori yang macamana , nak yang suka melawa pun ada , nak set mommy-mommy pun ada , nak set abang-abang sado pun ada , nak yang muda remaja pun ada , nak yang kaki travel pun ada atau nak yang macam aku seorang blogger 1 dalam sejuta pun ada .**dah macam mak hayam pulak….ekekekeke
Almaklumlah , penulisan setiap blogger sangat-sangat berbeza . Nak-nak blogger yang dibawah Kelab Blogger Ben Ashaari . Setiap satu dari kitorang ada kelebihan dan unik dalam setiap penulisan yang nak disampaikan . Ada yang hipster ada yang acah-acah gangster …**tertag diri sendiri pulak…huhuhu
Ini Blog Iklan Atau Blog Personal ?
Sebagai seorang blogger terlatih **ececece , aku sendiri tak suka jika para pengiklan beriklan dengan blogger yang blog’nya penuh dengan tampalan iklan produk di setiap entry . Aku rasa baik blogger tu tukar blog dia pada Blog Iklan bukan blog kisah peribadi yang umum .**tak paham takper
Aku blogger aku juga pengguna , aku juga cari blogger untuk mengesahkan keinginan aku . Contoh blogger yang selalu buat aku terpengaruh ialah Ben Ashaari . Aku pun tak tahu kenapa aku cepat terpengaruh ngan apa-apa produk yang dia iklankan . Ker korang pun sama dengan jer aku cepat terpengaruh dengan iklan Ben Ashaari ?
Sekarang aku sendiri menghadapi situasi yang sama . Pembaca aku sudah mula terpengaruh dengan apa yang aku iklankan . Maknanya ? **ehehehe…sila hadam sendiri
Tapi aku bukan blogger tong sampah ok , yang semua produk aku telan biarpun offer bayaran lumayan . Aku sendiri pernah tolak beberapa produk yang nak beriklan dengan aku disebabkan produk tersebut tak sesuai untuk aku . Nak-nak produk yang ko kena test sendiri . Lets say jadi apa-apa yang tak elok pada blogger dalam tempoh percubaan tu , kau rasa sapa nak bertanggungjawab ?
Maka itulah perlunya bayaran . Jangan ingat blogger ni kerjanya senang , tulis-tulis jer dah siap . Eletrik , internet , domain dan hosting tu semua nak kena bayar bhai . Bukan free . Kadang-kadang blogger kena attend event atau pergi ke tempat pengiklan , minyak tol dan masa yang diperuntukkan tu sapa yang nak bayar ? Idea pun bukan free .
Dan bila nak bagi bayaran tu biarlah berpada sikit . Sebab setiap produk yang beriklan dengan blogger , blogger tersebut tidak akan delete walaupun setelah 10 tahun beriklan dan walaupun produk tersebut tidak lagi wujud di pasaran . Beriklan dengan majalah boleh hilang , beriklan dengan tv tak hari-hari tayang .
Tapi para pengiklan masih boleh pilih samada nak sampaikan info sahaja atau nak selit info dan testimoni dari blogger itu sendiri . So far aku masih flexible .
Apapun terpulanglah pada perbincangan antara pengiklan dan blogger itu sendiri . Rezeki masing-masing Allah dah tetapkan .
Tips & Perkara Penting Kena Tahu Jika Nak Beriklan Dengan Blogger
- Jangan kedekut nak bayar bila nak beriklan dengan blogger
- Beriklan dengan blogger sama macam beriklan kat majalah ataupun tv dan radio .
- Selain nak pilih blogger yang dah ada nama , korang kena pilih blogger yang ada kemahiran SEO.
- Walaupun blogger takder nama kadang penulisan dan penyampaian dia lebih terlus dan mempuanyai kelompok pengikut yang tersendiri .
- Jangan pikir produk semestinya akan terus “boom” selepas sehari dua beriklan dengan blogger . Kena bagi masa untuk google senaraikan dalam carian .
- Blogger hanya bagi awareness bukan carikan pelanggan
- Pilih blogger yang selalu update blog
- Pengiklan juga kena bantu viral promosi post yang di tulis blogger di media sosial
- Pengiklan kena ingat bila menggunakan khidmat blogger itu bukan sasaran utama pengiklan untuk dapat keuntungan dalam jangka pendek.
Nih aku bagi korang 1 task untuk korang cuba sendiri . Cuba korang goggle 2 keyword yang aku bagi nih . Nama blog sapa yang naik ?
- sspn i plus
- air mangga nenen
Dah nampak ? ok bagus …itu jer yang aku nak bagitahu korang . Aku nak cerita lebih-lebih aku bukanlah pakar sangat orangnya . Hari-hari aku masih jadi seorang pelajar . Belajar untuk menulis blog dengan baik .
So kalau korang berminat nak beriklan dengan blogger seperti aku jangan segan-segan hubungi aku di email dila12379@gmail.com atau kalau korang nak guna team Kelab Blogger Ben Ashaari korang email ke kelabbloggerbenashaari@gmail.com .
Boleh usha projek-projek kelab aku di instagram Kelab Blogger Ben Ashaari atau cari jer guna hashtag #kelabbloggerbenashaari atau #kbba9
nak hired juga lah untuk menulis.boleh ke kak.
umminani recently posted…Manfaat bermain dengan anak kecil yang Ummi Abah patut tahu
kekadang blogger tak popular pun lebih berkesan iklannya sebab dia ada pembaca dan kawan2 tersendiri dari fb dan ig
wah.. masyuk la harga entri kaklong. woot woot.. nak juga
YB SHEHAN recently posted…MASUK RUMAH BARU.. KEHIDUPAN BARU..
Tersenyum sendiri baca entry nih..mengikuti peredaran masa..hanya di hujung jari lebih cepat penyampaian
tahniah kak long…
Pencari Makan recently posted…Layan AJL 31 dengan Kuih Keria lebih seronok
good info ni…patut kena sebar info ni bagi banyak lagi orang …
Betul tu kak long, nak buat review bukannya semudah ABC. Kita habiskan masa dan tenaga, perah otak cari idea bagai. Kadang blogger yg tak popular tapi ada pengikut sendiri pun berpengaruh juga. Apa blogger tu guna, pembaca setia dia mudah terpengaruh untuk guna gak. Lepas tu nanti sebar word of mouth kan
Mama Kembar Tiga recently posted…Insaf Ayah!
Alhamdulilah penulisan kak long pun semakim hebat…nampak poin kupasan juju ada selit sikit terima kasih..moga byk membuka mata semua pihak
Betul tu kaklong..bab perah otak nak tulis entry..makan berhari-hari tau..walaupun entries utk kontest saja…apatah lagi utk review.
Setuju sgt2..nk viralkn entry lah mmg patut semua org kena tau
Elih japahar recently posted…Cara Semakan Senarai Hitam (Blacklist) PTPTN
Peh nama air mangga tu sangat win. First time dengar 🙂
sabree hussin recently posted…Belajar buat blog yang boleh menghasilkan pendapatan LUMAYAN!
kena cuba sekali air tu kalau ada kat shah alam ….
Wahhh terbaik le sis.. Good luck & happy blogging 🙂
Thanks kak dila untuk entry ni. Khusyuk saya baca dari awal sampai habis
Setuju, memang kena cari blogger zaman sekarang ni untuk beriklan. Sebab kita tulis dari hati dan lepas UP di blog memang akan kekal je takkan buang post tu. Buat apa nak buang kan, 1 artikel tu penting untuk kepentingan blog kita dari segi SEO dan manfaat sesiapa sahaja yang mencari maklumat.
Thanks for this, i love your word.