Akhirnya dapat jugak join segmen terbaru sebelum tamat tempoh . Blogger senior pun nak jugak kena review sekali sekala , yer dak ?
Ok jom baca kali ni segmen yang macamana pulak BA nak review . Walaupun soalan agak mencabar tapi takper , blogger bijak macam aku mesti boleh jawab punya . **ehehehehe
-
Kenapa anda jadi blogger ?
Aku jadi blogger sebab aku suka menulis dan dulu pernah juga bercita-cita nak jadi seorang penulis komik atau novel yang berjaya walaupun tanpa sijil PMR . Tapi niat asal aku cuma nak kongsi kisah diri sendiri , nak sampaikan info-info yang bermanfaat juga kisah-kisah pengajaran hidup .
-
Dikatakan sekarang blog tidak lagi relevan dan akan pupus dari internet . Apa pendapat korang ?
Sama sekali aku tidak bersetuju , yang tak relevan sekarang ini ialah media cetak . Blog telah banyak mengambil alih peranan media cetak . Netizen sekarang juga lebih suka mencari maklumat melalui blog .
-
Antara blog , Facebook dan Instagram , mana satu medan pengiklanan yang lebih berkesan bagi korang dan kenapa ?
Antara 3 media sosial yang disebutkan , BLOG adalah medium pengiklanan yang paling berkesan , sebab setiap kata kekeunci yang dicari berada dalam carian google dan kebiasaanya google akan membawa pembaca ke halaman BLOG yang berkaitan .
Blog sentiasa sentiasa kekal melalui carian teratas google terutamanya bila blogger tersebut ada kepakaran dalam menaikkan keyword sesuatu produk .
-
Blogger sering dikaitkan dengan ‘perwira papan kunci’. Bagaimana nak menafikan dakwaan ini ? Apakah yang perlu blogger buat ?
Tak dinafikan ada segelintir blogger yang suka menjadi “keyborad warrior” . Mereka cenderung bersembunyi di sebalaik papan kekunci dari menonjolkan diri berbandi bloggger yang lebih beretika walaupun tidak diktiraf .
Tapi bagi aku diorang semua ni wujud tak lebih tak bukan hanya untuk menjadi pencetus provokasi sahaja . Tak kiralah samada isu tu melibatkan individu , politik , agama , dunia hiburan dan juga isu-isu global dan semasa .
Oleh sebab itu dunia penulisan blog memerlukan lebih ramai blogger yang beretika supaya dakwa dakwi dan pandangan serong netizen terhadap semua blogger dapat diperbetulkan . Netizen juga kena menjadi lebih bijak dalam mengenali siapa blogger keyboard warrior dan siapa blogger yang beretika supaya pembaca tidak terpengaruh dengan provokasi-provokasi “perwira papan kekunci “.
-
Apakah Facebook dan Instagram anda. Sila letakkan link. Kengkawan nak follow..
Facebook : www.facebook.com/saidila79
Instagram : www.instagram.com/saidila
Kalau tersiar artikel ni kat blog Ben Ashaari aku nak ucapkan . Selamat berkenalan dan semoga korang semua akan suka berkunjung dan membaca blog www.saidila.com
Terima Kasih .
selamat bersegmen hehehhe…tak sempat dah kita nak kejar segmen,kejar humaira je la hahhaha
sueizza recently posted…Ajar anak duduk dalam car seat : Yeayyy Humaira lulus.
Alaaaa … nak jugakkkk hahhaha tak sempat dah ker?
AZni recently posted…15 Ikhtiar dapatkan zuriat yang aku buat
Selamat berkenalan kak long 😉
Mama Kembar 3 recently posted…BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU !
salam perkenalan
Betul tu, blog tetap akan relevan sampai bila². Ai lebih suka baca kat blog terutamanya kalau nak baca review pasal produk atau perkhidmatan.
Hi Dila…selamat berkenalan….
Suria Amanda recently posted…Dua Hari Indoor Team Building Yang Awesome
salam perkenalan.. singgah dari blog abam ben..
blog msih relevan di mata saya…hehe
selamat berkarya dan blog masih relevan di mata saya cuma rajin atau tidak update blog tu terpulang dengan tuan punya blog 🙂
Setuju blog memang medium terbaik untuk periklanan & kongsi cerita masing2.
Salam kenal kak sai, saya Sofea Effendi 🙂