Seriusnya aku pun tak pernah sangka akan datang peluang kali kedua untuk berhibur dan menjelajah segala pelusuk LEGOLAND yang pada pertama kali dulu aku tak dapat menghabiskan semuanya.

Tapi kali ini ianya lagi bermakna kerana bukan sahaja keluarga aku yang berada disitu tapi bersama 24 keluarga blogger yang lain. Kalau sebelum ni dalam group kami hanya kenal blogger sahaja tapi dengan adanya acara Family Day KBBA9 maka dapatlah bersua muka dan bertegur sapa dan berkenal-kenalan mengeratkan silaturahim.

“L” is for LEGOLAND

Sebelum aku bawa korang untuk menerokai lebih jauh, lebih dalam lagi keseronokkan berada di LEGOLAND. Wajib ambik tahu dahulu harga tiket LEGOLAND.

Bila korang serius nak ambik tahu , barulah aku boleh berkongsi dengan korang 3 perkara penting yang korang kena tahu sebelum korang ambik keputusan untuk membeli tiket masuk ke LEGOLAND. **nampak tak betapa pentingnya korang buat aku

Bukan apa, aku tak nak korang terlepas offer-offer menarik terkini dan sangat memberi keuntungan pada korang jika korang memang nak membeli tiket masuk ke LEGOLAND.

Baca baik-baik tau !

WHAT ?? BELI ANNUAL PASS PADA HARGA TIKET SEHARI RM199 SAHAJA ?????

Hahaha yup !! Ini betul-betul tau bukan cobaan. Aku tahu pun sebab aku kan baru jer balik dari sana minggu lepas.

wajah-wajah keriangan

Selain dari korang boleh beli harga tiket tahunan yang murah dan mendapat AWESOME PASS untuk masuk ke dalam taman tema selama setahun tanpa had. Korang juga boleh top up pass lagi Rm125 dan terus upgred jadi pemegang PREMIUM PASS untuk mendapat lebih kelebihan.

Aku jangkakan “kelebihan” itu mesti sesuatu benda yang surprise. **uuuuu i like surprise…..

Nak tahu apa yang surprisenya, korang boleh rujuk LEGOLAND ANNUAL PASS BENEFITS

Bukan itu sahaja, korang yang beli Annual Pass kali ni juga berpeluang untuk menang sebuah kereta Nissan Almera mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Wow sangat hadiahnya kan ? dan Nissan Almera memang best kot, power dan jimat minyak.

Kalau dah rasa teruja tu jangan tunggu lama-lama lagi, cepat-cepat masuk ke website LEGOLAND dan beli ANNUAL PASS untuk korang dan keluarga korang sekarang juga sebab masa pembelian Annual Pass pada harga tiket sehari adalah terhad.

Habis masa offer jangan nangis pulak yer sebab korang lambat buat keputusan nak beli ker tak. Peluang nak memang Nissan Almera pun boleh terlepas begitu sahaja. Sayang betul.

OK faham yer semua ? sebab aku nak masuk ke topik membawang yang seterusnya. Ehh gelak pulak dia, ai siyes tau !

LEGO NINJAGO THE RIDE

Ini memang betul-betul permainan dan tarikan terbaru di LEGOLAND yang aku baru cuba . Budak-budak tahulah apa watak-watak Ninjago . Tak payah baca papan tanda nama diorang dah boleh sebut . Aku jer yang terkial-kial nak membacanya. Tapi oklah kan , yang penting anak-anak happy sebab dapat join berlawan dengan musuh-musuh Ninjago.

nampak tak Cinta yang begitu menghayati watak Ninjago

Yang seronoknya, bukan kena lawan acah-acah tapi siap ada dengan skrin 3D tapi ada effect 4D seperti rasa panas bila kena fire, ada asap dan angin semasa sedang berlawan. Tak tahu berlawan tak apa, tiada masalah ! Sebab sebelum korang naik Ninjago The Ride , Master Wu akan ajar korang cara berlawan yang betul.

Kalau tak betul , yang salah tu koranglah bukan Master Wu punya salah. **ekekekekeke

tak panas ke Cinta dekat dengan Kai ?

Contohnya aku, aku yang tak faham dan melawan arahan Master Wu maka ditakdirkan aku pun kalah pada kanak-kanak sekolah rendah yang berumur 8 tahun. Kalau ikutkan aku memang tak puas hati rasa nak repeat sebab markah aku sikit berbanding anak Mommy Shehan yang serius semasa berlawan. Tapi aku pejam mata jer buat tak apa, lagipun kitorang satu team kot. Cuma kalah markah secara individu jer.

Aku syak budak ni terer berlawan sebab belajar dengan mak dia jugak. **aku syak jer tau bukan saja nak buat fitnah kat budak-budak…ehehehe

yang ini namanya Ninja Jay , kuasa dia ialah Lightning

THE GREAT LEGO RACE VR COASTER

Ini adalah kombinasi antara Roller Coaster biasa dan juga penggunaan teknologi terkini dan mencabar pengguna dengan menggunakan VR ( Virtual Reality ) yang menggantikan Project X yang terdahulu. Paling membanggakan disini ialah bila LEGOLAND Malaysia Resort telah menjadi taman tema pertama di dunia yang menggunakan VR pada permainan The Great Lego Race VR Coaster.

“mama cepatlah…kami dah takzabarrrrr nak naik VR Coaster…”

No wonder aku nampak banyak orang luar datang ke sini, rupanya diorang pun nak jadi yang pertama juga naik The Great Lego Race VR Coaster di Malaysia.

Pengalaman aku menggunakan VR Coaster memang amazing, bagaikan kau berada di dimensi yang lain dan kau adalah salah satu karakter yang sedang berada di dunia Lego. Rasa tak mau turun dan nak mintak pihak LEGOLAND panjangkan lagi track coaster. **bolehh gituuuu…ahahaha

Anak-anak jangan ceritalah, 4 kali naik tanpa aku . Dan diorang cerita syoknya naik VR Coaster ni sebab perjalanan dalam VR tu bagaikan benar. Cuma kalau korang kurang fokus mungkin korang akan rasa tak selesa. So far aku ok jer walaupun aku guna VR dengan pakai speck.

ngam2 ambik gambar VR Coaster lalu kat belakang

Untuk pengetahuan korang, penggunaan VR untuk naik Roller Coaster bukan perkara wajib. Masa korang beratur tu , petugas akan bertanya samada korang nak guna VR atau tak. Tapi bagi aku rugilah kalau tak cuba sendiri naik coaster guna VR , hanya ada kat  LEGOLAND Malaysia jer kot VR Coaster nih.

Percaya tak si Cinta yang takut naik spendek-pendek roller coaster tapi sangat berani naik VR Coaster yang sebenarnya lagi mencabar dari The Dragon di Lego Kingdom. Dia kata dia jadi berani sebab dia guna VR.

So VR ni memang satu alat yang boleh bina keyakinan dan hindar ketakutan pada kanak-kanak sperti Cinta.

Tanpa VR , roller coaster hanya roller coaster. Tapi dengan tambahan penggunaan VR, it’s come very amazing yarr !!

LEBIH 70 TARIKAN DALAM SATU TAMAN TEMA

Selain dari apa yang aku dah sebut kat atas, ada lagi permainan dan kawasan sekitar LEGOLAND yang korang kena cuba dan terokai sendiri. Tak pasti nak mula dari mana dulu , jangan lupa dapatkan map LEGOLAND dikedai-kedai cendermata secara percuma.

nasib kat sini masih ada KLCC…ehehehe

miniland at LEGOLAND

Boating School ni memang best

ada insiden lucu kat sini…tapi tu next time aku cerita

pengawal The Kingdom dari Puchong

al kisahhh…tayyibb

2 kali aku naik benda natang naga nih….syokk oiii

KEMUDAHAN PARKING , SURAU DAN RESTORAN MAKANAN

Parking paling mudah dan selamat untuk seharian berada di LEGOLAND aku cadangkan korang terus masuk ke parking di Zon 1 & 2 . Hanya bayar Rm10 sahaja sewaktu keluar nanti.

Satu lagi aku lupa habaq kat korang, jangan jadikan alasan terlalu leka bermain sampai alpa untuk menunaikan solat. Surau kat LEGOLAND serius besar dan selesa sangat. Telekung pun ada disdiakan.

Bilik air pula memang sentiasa bersih dan wangi.

Bab nak makan kat mana pun korang tak perlu risau, ada sahaja cafe-cafe yang korang boleh singgah mengikut citarasa tekak korang , nak makan western , atau makanan segera macam pizza dan burger atau makanan ala-ala arab pun ada. Tapi kalau tekak korang jenis Melayu, mesti mau makan nasi , korang cari sahaja Market Restaurant yang terletak di kawasan pintu masuk, dekat dengan Shipyard dan Driving School. Setiap set akan ada air dan dessert pilihan.

Nasi Ayam Bakar

Spaghetti Meatball

Nasi Beriyani Ayam

Jangan risau pasal harga, sebab portion yang diberi memang berbaloi untuk 1 hidangan tapi boleh makan 2 orang.

Jadi korang yang dah baca ni nak tunggu apa lagi ? cepat-cepat scroll atas balik dan beli ANNUAL PASS terus . Aku doakan semoga Nissan Almera akan menjadi milik salah seorang pembaca setia blog aku iaitu korang, yer koranglah ! siapa lagi ? ahahahahaha

Nanti dah menang jangan lupa ajak aku naik Nissan Almera tu tau, lebih molek lagi kalau korang ajak aku masuk LEGOLAND !!!

good luck yarr !!

Website : LEGOLAND Malaysia

Facebook : LEGOLAND.My

Categorized in: