Setiap kali tiba waktu untuk kembali ke sekolah pasti ibubapa semua dah merancang nak mencari segala kelengkapan persekolahan anak-anak di satu tempat sahaja. Dan sejak bertahun-tahun yang sudah aku hanya akan pergi beli segala kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari (PPHH) sahaja.

Kenapa ?

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari

Tempat ini bagaikan menjadi saksi seorang demi seorang anak-anak membesar untuk membeli pakaian sekolah dari sekolah rendah, sekolah agama dan sehinggalah kini ada yang dah nak masuk ke sekolah menengah.

Kini akhirnya tibe juga giliran anak bongsu aku si Cahaya Cinta Ramadhani untuk masuk ke sekolah menengah. Dapat jer surat tawaran masuk tingkatan 1 terus ajak DD pergi ke Pusat Pakaian Hari-hari cawangan Ole-Ole Shah Alam.

Lokasi Seluruh Malaysia

Untungnya duduk dalam Selangor ni sebab banyak cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari. Selain kerana lengkap segala keperluan, aku suka dengan layanan staff yang sangat peramah, mesra dan sangat-sangat membantu biarpun mereka tengah sibuk.

Nak mudahkan kerja aku akan cuba dulu baju sample yang ada then bila dah confirm saiz baru aku minta bantuan staff untuk ambilkan berapa banyak yang aku nak. Bukan apa gais, sebaiknya mintalah pertolongan mereka untuk ambil stok dekat lipatan supaya taklah nanti bersepah baju-baju yang mereka dah lipat dengan elok.

Tak percaya tengok ini. Dari tudung baju sekolah kain sekolah beg stokin dan kasut termasuklah yang dalam-dalam semua aku dapatkan di Pusat Pakaian Hari-Hari sahaja.

PILIHAN PUSAT PAKAIAN HARI HARI

Pilihan Utama Ibu Bapa

Percayalah wahai mak-mak sekalian, bukan kita jer senang nak pilih dan mencari tapi kaum bapa juga akan rasa lebih tenang dan gembira kalau ajak mereka ke sini untuk shopping segala keperluan walaupun mengambil masa untuk memilih.

Tapi itu lebih berbaloi berbanding dari mereka kena pergi sampai ke 3 ke 4 kedai demi memenuhi kelengkapan yang tak cukup. Sebab dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni semuanya ada. Jimat masa dan tenaga.

Selain boleh beli terus dekat fizikal store , nak beli secara online pun boleh. Manalah tahu, kadang kita ingat dah beli semua tapi sampai rumah masih ada yang tak cukup, so boleh jer beli secara online. Plus ada diskaun pembelian sebanyak 10% lagi.

BAJU SEKOLAH MENENGAH PUSAT PAKAIAN HARI HARI
BAJU SEKOLAH RENDAH PUSAT PAKAIAN HARI HARI

Kualiti Jahitan Bertambah Baik

Dan apa yang lagi buat aku syorkan keluarga dan kawan-kawan aku shopping kelengkapan sekolah dekat Hari-Hari ini adalah disebabkan kualiti kain dan jahitan baju sekolah juga semakin lama semakin berkualiti tapi harga masih mampu milik.

BAJU SUKAN PUSAT PAKAIAN HARI HARI

No wonder Hari-Hari menjadi pilihan ramai ibu bapa termasuklah aku. Siapa yang biasa membeli pasti akan setuju dengan kenyataan ini.

So gais , tunggu apa lagi ? Cepat bawa anak-anak pergi berkunjung ke mana-mana cawangan yang berdekatan atau masuk jer website untuk pembelian sekarang.

Link Pembelian Online : eHari Online Store

List Lokasi Cawangan : http://www.hari.com.my/locator/

Facebook : Pusat Pakaian Hari-Hari

Instagram : @harihariofficial

Categorized in: