Assalamualaikum and hai gais ! Entry kali ni aku nak share dengan korang pasal emas. Kan sekarang tengah trend orang beli dan simpan emas sebagai aset.

Cumanya ada yang suka beli dalam bentuk dinar atau dalam bentuk bar. Tapi masih lebih ramai yang suka beli dalam bentuk barang kemas termasuklah aku.

Ikutkan hati memang nak jadikan emas sebagai aset. Masalahnya nak membeli dengan segedebuk duit tu yang aku tak mampu. Dan ada jugak yang tanya kenapa mesti beli dan simpan emas sebagai aset ?

Ini antara sebabnya..

5 SEBAB KENAPA MEMILIH EMAS SEBAGAI ASET SIMPANAN

  1. Emas adalah alat penyimpan nilai wang anda, nilainya adalah fleksible. Walau ada masanya nilai emas menurun, namun tidak selamanya ia akan terus menurun sebaliknya bila tiba masa nilainya akan kembali naik dah kukuh.
  2. Atasi masalah inflasi, dengan kepelbagaian kos hidup yang semakin meningkat, nilai yang ada pada wang akan mengalami pengecilan pada nilainya kerana kuasa beli pengguna yang semakin hari semakin jatuh.
  3. Emas merupakan pelaburan yang terbaik utk masa depan seperti pendidikan, perniagaan, perkahwinan, umrah & haji. Kerana nilai Emas adalah seiring dengan perubahan masa dan zaman (kalis inflasi).
  4. Mudah untuk dicairkan menjadi wang pada bila-bila masa terutama bila mengalami waktu kecemasan dan nilainya mengikut harga semasa pasaran emas seluruh dunia.
  5. Aset yang mudah untuk diselamatkan terutama apabila berlaku bencana alam. Dari sifat fizikal emas yang tahan lasak dan tidak mudah dileburkan oleh suhu.

Elok jer aku tengah fikir tahun 2020 ni aku nak beli barang kemas apa, ada pulak kawan blogger aku kongsi cara dia beli emas di kedai emas pilihan dia.

Memang sebelum ni pun aku ada perasan dan tertanya jugak kenapa macam senang jer dia beli beli barang kemas yer.

Rupanya dia beli secara menabung. Maksudnya dia target dulu barang kemas yang dia nak. Then setiap bulan bayarlah. Habis bayar baru dapat barang.

Soalnya trusted tak beli camtu ? dari segi keselamatan produk sampai ke tangan kita pula macamana ?

Setahu aku barang kemas kalau kita beli by post memang akan ada insurans dari syarikat emas dan juga kurier sendiri. So kalau ada yang nak khianat memang nahaslah sebab semua pakej ada tracking dia.

Jadi tak perlu risau. Aku pun dah banyak kali juga beli emas dan uruskan pembelian emas secara online. Yang penting berurusanlah dengan ejen dan kedai yang dipercayai sahaja.

Kebetulan Selasa sudah aku pergi Sungai Petani , Kedah. Jadi sempatlah aku singgah untuk ambik gambar sebagai bukti yang Kedai Emas Hajjah Halijah tu wujud.

So dah yakin tak nak menabung beli emas dengan KEHH ? kalau dah sila baca syarat-syaratnya dahulu.

TERMA DAN SYARAT MENABUNG BERSAMA KEHH

  1. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 untuk ahli tabungan yang baru.
  2. Tempoh menabung hanyalah selama 6 bulan sahaja.
  3. Pilihan pakej yang disediakan adalah:
    – Pakej Gold : RM200/bulan
    – Pakej Diamond : RM500/bulan
    – Pakej Platinum : RM1000/bulan
  4. Layak mendapat diskaun pemotongan harga sebanyak RM10 daripada harga pasaran semasa mendaftar pakej menabung.
  5. Barang yang hendak ditebus, tidak boleh lebih atau kurang dari jumlah tabungan.
  6. Jika barang yang hendak ditebus adalah melebihi jumlah tabungan, berat selebihnya akan mengikut harga semasa.
  7. Barang “hanya boleh ditebus” setelah tamat tempoh pakej menabung.
  8. Bayaran wajib dilakukan setiap bulan, jika ada bulan yang terlepas untuk membuat pembayaran, automatik harga akan dikira seperti biasa.
  9. Jumlah tabungan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  10. Cik/Puan/Tuan dibenarkan untuk menyertai lebih daripada satu pakej.
  11. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn Bhd.

APA ITU ENAMEL ?

Sebagai info tambahan aku nak kongsi juga dengan korang sedikit ilmu emas mengenai enamel.

Enamel ialah sejenis cat berwarna yang diletak pada emas yang bertujuan menambah seri dalam set masdora kerana ada penggemar masdora tidak sukakan warna emas sepenuhnya.

Enamel juga tidak mempengaruhi ketulenan emas 916. Ia masih kekal sebagai emas 916. Jika sebelum ini kita cuma dikenalkan dengan warna putih iaitu chrome, tapi sekarang lebih meriah dengan cat bewarna-warni. Konsep yang sama cuma warna lebih menarik mengikut edaran trend terkini.

Ini baru sikit, kalau ikutkan banyak jer lagi pilihan yang ada. Bila dah terlalu banyak pilihan, kepala pun pening tak tahu nak pilih yang mana . Nasib baiklah kat bawah ni ada Panadol Actifast. Bolehlah telan sebiji. Ahahahaha.

So gais selamat membeli dan menabung emas dan menjadikan ia sebagai pelaburan dimasa hadapan.

Ingat ! Emas KEHH Gerbang Dunia Emas Anda!

Website : https://halijahjewels.com/

Facebook : https://www.facebook.com/kedaiemashajjahhalijah

Telegram : https://t.me/s/kedaiemashajjahhalijahsb

Instagram : https://www.instagram.com/kedaiemashajjahhalijahsb/

Categorized in: