Hai gais ! Aku sebenarnya dah tak sabar nak kongsi dengan korang pasal pengalaman aku beli baju sekolah anak asrama di Pusat Pakaian Hari-Hari. Ternyata Pusat Pakaian Pakaian Hari-Hari kini semakin memahami keperluan ibu bapa seperti aku.

Untuk pengetahuan korang 3 anak-anak aku bersekolah di sekolah menengah agama berasrama. Jadi dah tentulah bila nak beli baju sekolah anak asrama aku kena cari betul-betul. Pakaian seragam diorang memang agak berlainan dari sekolah menengah biasa. Contohnya tudung nak kena labuh dan bulat, baju kurung pulak mesti nak kena ada cekak di pergelangan tangan.

Setahu aku sebelum ni dekat Pusat Pakaian Hari-Hari memang tak ada jual (aku tahu tak ada sebab tiap-tiap tahun nak masuk sekolah mesti aku shopping dekat situ…ker atau aku yang terlepas pandang).

BACA : Membeli Kelengkapan Kembali Ke Sekolah

Jadinya kalau nak beli jugak aku kena cari dekat kedai khas yang jual seragam sekolah agama atau kena tempah. Biasanya aku akan beli baju sahaja kemudian tempah kat kedai jahit. Cara itu agak merumitkan dan juga harganya juga jadi mahal.

Pakaian Anak Sekolah Agama Asrama

Itu yang semalam memang surprise sangat bila aku saja-saja tanya dekat staff Hari-Hari yang memang sentiasa ada untuk membantu pelanggan. Aku tanyalah, “cik, baju kurung yang lengan dia ada cekak ada tak ?” . Dan laju jer staff tu jawab “ada kak..nak saiz berapa yer?” sambil dia carikan saiz baju yang aku nak.

Tudung labuh bulat ikut panduan dan peraturan sekolah agama pun ada juga. Allahu memang rezeki sungguhlah sebab dapat semua keperluan sekolah anak aku di dalam satu tempat. Tak payahlah nak merayap lagi kat tempat lain.

So korang tahu dah kan kenapa aku tak sabar nak kongsi hal ni dengan korang semua. Aku yakin ramai mak ayah yang ada masalah macam aku juga. Makanya, lepas ni mak ayah yang ada masalah sama macam aku nak cari baju sekolah asrama dekat mana, lepas ni korang bolehlah pergi cari dekat Pusat Pakaian Hari-Hari.

Kenapa Pilih Pusat Pakaian Hari-Hari ?

Oh lupa nak bagitahu yang aku shopping dekat cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari yang di Ole-Ole Shah Alam. Aku suka dekat situ sebab ada 2 cawangan dekat-dekat. Incase tak jumpa barang kat cawangan satu ni boleh jer lari kejap cari dekat cawangan lagi satu.

Paling penting sekali kenapa aku pilih beli dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ialah bukan sahaja sebab ada keperluan yang lengkap dalam satu kedai, tapi harga juga lebih murah dan material serta kekemasan jahitan juga amat berkualiti.

Pendek kata memang aku sangat berpuas hati.

PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Tawaran Dan Diskaun Eksklusif Dari Pusat Pakaian Hari-Hari

Lagi satu aku nak kongsi ialah kalau korang nak shopping jangan lupa perkara ini. Beli online pun dapat diskaun, beli dekat premis pun dapat diskaun. Dapatlah jimat kuasa 2. Bijak kan ?

Dapatkan 10% diskaun untuk pembelian di ‘Online’ store kami dan juga PERCUMA Kalendar 2023 untuk setiap pembelian RM30 dan ke atas dalam satu resit! *(selagi masih ada stok)

RM20 *OFF untuk setiap pembelian bernilai RM100 dalam satu resit. *(tawaran sah untuk cawangan Kuala Lumpur & Selangor sahaja)

Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari

So gais selamat bershopping dan selamat tahun baru 2023 dari aku di www.saidila.com

Beli Baju Sekolah Anak Asrama Di Pusat Pakaian Hari-Hari

Categorized in: