Dari Jeju sampai ke Taiwan aku usung bedak talkum keluaran Suchi by Galeri Muslim nih. Kenapa aku beria sangat bawak ? mestilah ada sebabnya kan. Dan opkos aku rasa lega sebab aku bawak talkum ni dan aku gunakan sepanjang 8 hari aku kat Jeju dan 5 hari kat Taiwan untuk kurangkan masalah seperti berpeluh hingga kadang kulit aku jadi merah-merah kemudan baru rasa gatal-gatal sampai tak cukup tangan nak menggaru.
Dalam ceklist travel masa musim sejuk pun aku ada senaraikan bedak talkum antara produk yang wajib bawa. Kulit manja dari hutan tropika macam kita adakalanya tahan jer dengan gatal miang dan gigitan serangga , tapi bila kena angin sejuk luar negara time tu dia mengada jadi bengkak dan seiring tu mesti akan gatal-gatal akhirnya.
Betul gaiss, tahap ketahanan dan sensitif kulit semua orang adalah tak sama yer. Tapi itu yang terjadi pada aku kalau aku tak siap sedia. Tu bila kawan aku bagitahu yang Suchi dah keluarkan bedak talkum aku gigih jugak dapatkan sebelum aku fly.

Produk Suchi ni ada macam-macam gaiss , tahun ni memang setiap kali travel aku tak pernah missed bawak produk Suchi sebab produk dia banyak membantu aku menghadapi cuaca dinegara luar terutamanya time winter.
Time tulah bibir senang kering dan hidung mudah berdarah , kulit muka pulak gatal , kaki sejuk dan cepat lenguh. Ehh senang cer macam-macam.Tapi since aku dah kenal dan sesuai pula guna rangkaian produk Suchi so memang hanya inilah yang aku guna dan bawak setiap kali aku pergi travel.
And berbalik pada cerita bedak talkum pulak yer , apa yang lebih istimewanya bedak talkum ni bukan sahaja boleh pakai kat badan tapi pakai kat muka pun boleh juga. Aku jadikan bedak ni macam loose powder yang aku biasa guna. Caranya , pakai selepas pakai moisturiser dan sunblock. Tekstur dia sangat2 lembut dan gebu gais. Tu yang aku sampai buat video ala-ala snow tu.
Rutin aku guna bedak talkum ni selepas mandi 2 kali sehari. Kalau malas pakai deodorant memang aku guna jer bedak talkum ni, and aku tabur jugak kat celah pelipat yang boleh berlipat untuk lebih selesa sewaktu keluar berjalan.
And bagi korang yang bakal nak mengerjakan Umrah ataupun Haji aku galakkan sangat korang dapatkan bedak talkum ni untuk kegunaan korang juga. Ianya tak berbau gaiss so memang sah diguna ketika korang sedang dalam ihram.
Ianya juga bukan boleh dipakai oleh orang dewasa tapikanak-kanak dan bayi pun boleh guna sebab ianya sangat-sangat selamat.
Mana nak dapatkan produk Suchi ni ? Senang jerrr , kalau aku lagi suka walk in terus sebab kat situ ada macam-macam kita boleh beli selain dari produk Suchi. Tapi kalau masa terhad better order online , senang dan mudah.
Alamat : No. 361, Jalan Bandar Senawang 1, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
No Telephone : +6018-290 9879
Atau di website : www.suchiofficial.com
Instagram : @suchiofficial
Facebook : @suchibygalerimuslim
Selamat mencuba !
I pun guna lepas mandi, tepek kat muka pun ya. Suka sbb bedak Suchi ni halus & gebu ja.
Mama Kembar Tiga recently posted…Shopping Baju Sekolah di Hari Hari…Murah dan Berkualiti!
Suka bedak Suchi ni, lembut jer
Bekas yang comel senang masuk dalan handbag jer
Nina Mirza recently posted…Semestinya Kasut Sekolah PALLAS !!
Wow..banyak manfaat gak bedak suchi ni. Sal baru cuba cleanser .. next nak try yang set untuk bawak masa sailing nanti. Kadang tak sempat nak pakai compact powder so kita guna bedak suchi sebagai pengganti ..
Tak pernah cuba lagi. Tapi nampak menarik untuk dicuba ni. Sebab ramai kata best
baru tahu bedak suchi ni best rupanya
Best gak bedak suchi ni ya. Setakat ni tak penah cuba lagi .. Maybe lain kali blh try gak la . Bekas dia pon comel jer.
mcm best je..nad ada pakai cleanser dia..best..nak cuba talkum dia la..dah la murah
tak pernah lagi pakai bedak ni. tapi kecik memang masih lagi pakai bedak talkum untuk tujuan2 tertentu. lagi2 suka pakai dekat badan. mungkin bedak ni sesuai. lagi2 bila tengah meggaru. kite ni dah suka sangat garu sampai luka. ahahha. mungkin bedak ni akan menghalang kegatalan.
Mieza S recently posted…Lirik Lagu Sifar Kmy Kmo, Asfan Shah, Tripdisz
Tiao kali travel memang bawa bedak kecik-kecik camni. Kegunaan bila perlu. Maklumlah paha berlaga ni kadang melecet masa bjalan bedaklah penyelamatnya. Nanti nak try bedak nk pula
Senang nak bawa travel ni.