Assalamualaikum….
Semalam aku terima panggilan talifon dari seorang kawan…tapi hubungan aku dan dia telah lebih dari seorang kawan…senang cerita dah macam keluarga sendiri dan adik beradik….aku tak terkejut kalau tetiba dia akan call aku sebab aku tahu kalo keluar terpapar nama dia kat skrin telefon aku tu…aku dah tahu mesti ada perkara penting….dia takkan call aku semata nak tanya khabar atau nak ajak shoppping…nak bergosip jauh sekali….
Hal yg dia khabarkan pada aku semalam memang amat penting sebab melibatkan wasiat melibat silaturahim melibatkan harta benda dan melibatkan dosa dan pahala…apa bendanya aku tak dapat nak terangkan dengan lebih terperinci….bukannya sebab nak berahsia rahsia…cuma terlalu complicated untuk aku jelaskan….sedang dia sendiripun susah nak luahkan…tapi aku faham apa yg dia nak cuba sampaikan dan apa yg patut aku buat utk menyelamatkan keadaan yg sangat2 susah untuk diselamatkan…ibarat sekali lagi si buta kehilangan tongkatnya….
Aku tahu keadaan yg bagaimana dia tengah hadapi….sampaikan dia kata dia dah tak tahu nak luah nak bincangkan dengan sapa hal ni….berhari-hari dia memikirkan hal ni bersama keluarganya…tapi tiada jalan penyelesaian…dia kata dia terfikirkan aku lepas dia solat maghrib…dia memohon berdoa dan meminta pada Allah agar memberinya petunjuk…tetiba terpacul nama aku dari mulutnya….itu yg dia terus call aku tanpa bertangguh dan apabila aku kata aku rela dan sanggp menolongnya…dia pun kata…”alhamdulillah” sebab allah menolongnya dan memberi dia petunjuk dengan lintaskan hatinya mengingati aku ….
Aku….?nampak gayanya aku dah ambik sedikit keresahan dihatinya….aku rela dan sedia untuk membantunya….aku tahu perkara ni berisiko tinggi silap gaya boleh dapat surat saman….tapi sampai bila aku nak diam nak tengok….dulu aku mungkin terpaksa merelakannya sebab tali perhubungan aku dan mereka2 semua tu masih kukuh dan utuh tapi bukan sebab putusnya tali2 itu sampai aku nak heret diorang ke muka pengadilan…cuma aku nak diorang tu kembali kepada apa yg telah diwasiatkan dan diamanahkan…aku nak diorang lebih mengahsihi lebih jujur lebih tulus dan lebih betanggungjawab terhadap apa yg diorang janjikan…
Amanah dan wasiat yg diorang pegang tu bukan untuk diniagakan….tapi untuk dijaga dipelihara dengan iman dan taqwa dengan rasa cinta dan dengan penuh rasa takut pada Allah swt andai ianya menyeleweng dari niat dan tersasar dari tujuan sebenar….
Aku rasa mungkin dah sampai masa aku bertindak untuk perbetulkan keadaan….aku tak nak diorang terus dibebani dan dilingkungi dosa yg tidak dapat dilihat….aku tak nak keturunan diorang juga akan terus menerus dibebabani dengan dosa yg sama seperti apa yg telah org2 terdahulu telah lakukan….
“Ya Allah berilah aku kekuatan berilah aku petunjuk untuk aku menyedarkan mereka….kurniakanlah aku lidah yg fasih hati yg tetap iman yg teguh untk aku berhadapan dengan mereka2 semua….sesungguhnya apa yg aku ingin lakukan adalah demi kebaikkan dan demi mendapat keredhaanmu….amin ya rabbal a’lamin…”
Dlm dunia akhir zaman, tidak hairan bila tiada lagi amanah dipegang kerana dosa-pahala bukan lagi dalam ingatan, yg ada hanyalah hal duniawi. Hanya yang masih memiliki kesedaran yang akan terus cuba pastikan diri mereka sentiasa pada landasan yang betul