Hurmmm , korang ..aku nak tanya nih . Sebagai seorang blogger yang kadang-kadang dapat bayaran atas kerja yang korang lakukan , duit tu korang zakat’kan ker tak ?
Takper, korang jawab dalam hati sahaja pun boleh .
Aku pulak nak terus terang dengan korang , selama ni aku tak terfikir langsung nak zakat’kan sedikit dari pendapatan hasil ber’blog yang aku dapat .
Aku rasa menyesal , rasa bersalah dan rasa selfish pun ada . Tapi itulah , namapun manusia yang tak lekang dari membuat salah dan silap .
Once Allah tunjukkan jalan baru nampak .
Kalau tak mungkin sampai sekarang kita tak sedar dan sentiasa fikir kita tak layak untuk berzakat , walhal setiap dari kita ni insyaAllah sangat layak untuk berzakat . Kalau dah layak bayar cukai pendapatan apatah lagi dengan zakat , yer dak ? mestilah terlebih-lebih layaknya .
Walaupun aku kategori tak layak bayar cukai , tapi insyaAllah zakat tu aku masih mampu .
Dan aku bertekad selepas ni aku akan berusaha lebih lagi supaya aku layak untuk menunaikan zakat pendapatan .
So , kalau korang ada buat zakat pendapatan baguslah , tapi yang belum tu masih tak terlambat untuk mulakan dari sekarang . Tak ada istilah sudah terlambat selagi nyawa masih dikandung badan . Sebelum tu mari kita fahami dulu apa itu zakat pendapatan .
Apa itu Zakat Pendapatan?
Takrif Pendapatan (Al-Mustafad)
Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.
Firman Allah s.w.t:
Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”
Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”.
Mereka bertanya, “Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.”
Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”.
Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Tunaikanlah zakat harta kamu”. (Riwayat at-Tirmizi)
**kalimah ‘am-wa-lakum’ yang digunakan dalam hadis di atas memberi maksud umum merangkumi segala jenis harta.
Rujukan artikel : http://www.zakatselangor.com.my/…/zakat-h…/zakat-pendapatan/
Zakat / Sedekah Tidak Akan Mengurangkan Harta
Kita boleh ikut kadar zakat pendapatan seperti biasa iaitu 2.5% dari pendapatan . Kalau kita rasa 2.5% tu banyak , banyak lagi yang GST yang kita kena bayar untuk setiap barang yang kita beli .
GST takder jaminan , tapi zakat insyaAllah ada . ( inipun salah satu kelebihan buat orang-orang islam . )
Contohnya kita dapat bayaran rm100 , so tolak 2.5% zakat pendapatan .
Apa yang kita perlu zakatkan hanya Rm2.50 sahaja , nilai yang sangat-sangat sedikit dan kecil tapi pahalanya Subhanallah .
Atau kita boleh ambik sedikit keuntungan dari setiap produk yang kita jual ikut nilai yang kita tetapkan sendiri , mungkin 50sen untuk setiap produk asalkan tidak membebankan kita .
Ok faham semua ?
Kalau dah faham jom kita baca next step macamana nak keluarkan zakat pendapatan blog melalui online .
Langkah Demi Langkah Membayar Zakat Pendapatan Secara Online
- Masuk ke portal web bank yang korang ada . Ni aku bagi contoh kalau nak buat dengan Maybank
- Pilih “bill payment
- Pilih make “make a-one of payment
- pilih “view all payee by categories
- pilih “zakat & charity
- pilih kawasan zakat masing-masing , macam aku nak zakat kat Selangor so aku pilih “Lembaga Zakat Selangor ( LZS )
- masukkan jumlah nilai yang korang nak zakat ( minima zakat rm7.00 )
- masukkan no telefon kita sendiri
- pilih “zakat income
- sebelum tekan submit jangan lupa baca “akad zakat fitrah
- submit dan apply no tac
- confirm’kan
- alhamdulillah dan tahniah kerana anda memilih untuk berzakat
Untuk pembayaran zakat online , nilai minima mestilah berjumlah Rm7.00 , so agak-agak pendapatan dari blog korang bernilai Rm300 itu bermakna korang perlu keluarkan zakat sebanyak Rm7.50 sahaja .
Jangan tunggu kaya baru nak berzakat dan jangan tunggu pendapatan beribu riban baru terpikir nak berzakat .
Zakat dan sedekah tak sama tau . Ada beza dia . Itu next time aku huraikan .
Kalau masih tak faham aku siapkan video pendek ni untuk korang jadikan rujukan .
Selamat menunaikan zakat pendapatan . Biar kita miskin kerana berzakat jangan miskin kerana GST .
Ramai orang berkira-kira untuk berzakat tapi dalam tak sedar ramai yang tak berkira-kira membayar cukai . ( adakah cukai itu lebih baik , lebih besar dari zakat ? haiihhh entahlahhh )
( Video ) Cara Bayar Zakat Pendapatan Secara Online
Makaseh kak Long. Bagus info nya
Moga memberi kesedaran pada yang lain juga
betul jgn takut memberi dan takut untuk berzakat.
Baik kak long…senangnya boleh guna medium zakat pendpaatan online…alhamdulilah
bagus ni..thanks kak long.
nak kena check balik income lepas ni. 🙂
zakat menambahkan keberkatan, insyaAllah
Betul tu, perlu bayar zakat kerana ia adalah kewajipan orang2 yang beriman.
cukup sifat dan requirementnya, bayar je.
bukan banyak mana pun.
zakat pun dah boleh bayar online jer
Zakatkan lah harta dan pendapatan. Tak luak pun, kan 🙂
ZakatMelaluiMaybank2u
terima kasih atas info.. sepanjang berblogger, aku tak pernah bayar zakat.. aku rasa menyesal dan terpanggil utk bayar zakat pendapatan bg tahun ni. tapi untuk bayar zakat bagi tahun2 sudah memang sakit sbb duit tu dah takde. macamana ye?
Azhan recently posted…Telefilem Pentas (Astro Citra)
kalau kita memang takder tu saya rasa pendapatan yang kita dapat tu pun tak layak dizakat….tapi nak lebih jelas boleh tanya pada yang arif