Hai gais ! Apa khabar ? uinaaa lama betul rasanya tak menulis blog. Tapi nampaknya kali ni korang memang bertuah sebab hari ni aku terasa nak kongsi dengan korang tentang pengalaman aku bawa youtuber Fikri Zamri pergi Dabong .

Tapi aku bukan bawa dia sorang jer tau tapi dengan bestie Fikri Zamri , ala orang yang selalu korang nampak sama-sama dalam video Fikri Zamri iaitu Nurhadi Beseri

Yang tak kenal mesti akan tanya “Siapa diorang berdua tu ?”. Ok, let me tell yaa, kalau korang kaki travel dan memang follow youtuber-youtuber yang buat video-video travel mesti korang kenal siapa Fikri Zamri. Tapi bagi yang tak kenal bolehlah teruskan membaca supaya nanti lebih kenal.

FIKRI ZAMRI YOUTUBER

Ni aku cerita bukanlah sebab taksub dengan diorang tapi nak cerita pengalaman aku yang bukan setakat jumpa tapi dapat peluang bekerjasama dengan diorang tak sampai kenal dengan korang tentang Jom aku cerita awal pertembungan aku dengan youtuber @fikri_zamri & @nurhadi31

Masa tu aku nak balik dari trip Aceh. Opkoslah bila bawak client fokus kita sebagai TL hanya pada client.

Masa beratur nak naik flight aku dah terpandang Hadi ni dulu sebab dia ada menoleh bila aku panggil client-client aku yang kat depan untuk bergambar.

Baca : Kembara Ekopelancongan Menaiki Keretapi Ke Gua Musang

Tetiba dalam hati aku terdetik sesuatu, eh awat muka dia cam familiar cam aku pernah tengok yer ? tapi di mana ya ?

So masa nak letak barang kat dalam flight aku nampak si Hadi ni macam tercari-cari ruang nak letak beg dia.Dalam hati masa tu cuma kata “alaa kesiannya…”

FIKRI ZAMRI DI ACEH

Lepas aku adjust beberapa barang dekat tempat simpan barang pastu aku pun offer ruang yang ada tu kepada dia. Waktu tu aku masih tak ingat lagi siapa dia cuma muka dia agak familiar pada pandangaan aku cuma sebab hari tu aku lupa makan kismis maka sampai ke sudah aku tak ingat mana aku pernah tengok dia.

Sampailah dekat nak landing tu ada peramugara tegur Fikri yang duduk tak jauh dari aku pun aku masih tak boleh recall siapa diorang sampailah kawan aku Tati kata itu youtuber yang kena scam pasal Gunung Kinabalu.

Masa tulah baru sel2 otak aku aktif dan recall segala video2 diorang yang aku dah tengok. Tapi nama diorang sumpah aku lupa.

Memang aku ada masalah mengingat baik nama orang dan wajah orang. So aku anggap itu sebagai kelemahan terbesar aku yang aku akan cuba usaha untuk perbaiki.

Sedangkan semua client yang pergi dengan aku pun aku tak boleh ingat nama diorang kecuali client tu rajin tegur aku atau client yang suka buat hal jer yang aku ingat.

Niat aku tegur masa tu just teruja jer sebab dapat jumpa youtuber hebat macam mereka berdua.

Mahu taknya, lepas PKP tapi masa tu kita hanya boleh jalan-jalan dalam negara aku dengan kawan aku masih dalam perancangan nak start buat trip travel balik. So video2 diorang lah yang aku layan dari pagi sampai santak petang. Kadang aku ulang-ulang tengok sebab nak ambik maklumat ke tempat-tempat yang dia pergi.

Kenapa Fikri Zamri ?

Apa yang aku suka tentang video Fikri Zamri ni ada beberapa sebab.

First time aku tertengok video Fikri Zamri ni mestilah pasal dia nak naik Kinabalu tapi kena scam. Waktu tu dalam hati aku cakap, adoi berani-beraninya orang tu tipu pengamal media sosial macam Fikri Zamri ni. Rasa kecewa dia dan kawan-kawan dia tu serius aku boleh rasa. And masa tu aku just berdoa semoga satu hari nanti Fikri Zamari ni berjaya naik Kinabalu dengan berjaya.

Lepas tu aku terus ter’hooked dengan video-video dia yang lain antaranya Trip dia ke Perlis dan Kelantan sebab video dia yang bagi aku sangat cinematic hingga menyentuh hati. memang effort dia untuk menghasilkan video nak bagi kita ni sebagai penonton tengok dan rasa seperti mengambara bersama memang A+++ . Dalam hati aku masa tu terus cakap bagusna budak-budak ni. Dia buat aku berimpian untuk travel macam dia. Santai-santai jalan walaupun sesat barat tapi layan jalan terus.

Selain dari tu aku suka cara dia bercerita tentang sesuatu tempat tapi sangat bersahaja namun bermaklumat. Ditambahkan lagi dengan trademark dia yang “hei hei hei..” sambil senyum tu buat aku auto terikut senyum sama. Aaaaaa co cuwitttt.

Hadi Yang Kelakar

Lagi satu suka sebab ada Hadi yang aku anggap dia sebagai cameo dalam setiap video Fikri Zamri. Serius dia tak cakap apapun kadang aku dah gelak. Aku sentiasa ternanti-nanti apabenda yang dia nak buat dan cakap.

Lepas kenal diorang baru aku tahu yang Hadi pun ada channel youtube dia sendiri. And satu malam tu aku tak boleh tidur aku terlayan satu video dia pukul 2:30pagi. Macam nak mampus aku gelak sebab video tu bagi aku sangat kelakar walaupun dia tak niat nak buat kelakar.

Samada aku ni mudah terhibur atau apa tapi serius aku memang berdekah masa tengok video tu. Walaupun Hadi ni nampak low profile tapi video-video yang dia shoot memang gempak.

Bersama mereka selama 6 hari 5 malam banyak beri aku kelebihan untuk melihat cara mereka bekerja, dari membuat persediaan, nak shoot macamana yang kadang kena berulang kali buat. Dan kunci dia ialah SABAR !

FIKRI ZAMRI DAN NURHADI BESERI

Oleh kerana aku memang memahami jadi banyaklah peluang rehat bersantai yang aku dapat nikmati bila bersama diorang. Biarlah diorang ambil masa selama mana yang diorang boleh untuk dapatkan hasil yang diorang mahukan. Aku duduk tepi healing-healing sambil layan view.

Kerana Dabong

Ok sambung balik cerita seterusnya macamana aku boleh approach Fikri Zamri untuk ikut aku ke Dabong. So lepas aku dah recall siapa dia dalam kepala aku terus aku bagitahu yang aku memang layan video dia dan aku ceritalah yang sekarang aku tengah bertugas bawa client and aku dari company mana.

Dalam mana-mana trip yang aku bawak memang aku akan sentiasa offer client-client aku untuk pergi ke Dabong. Entah kenapa aku terlalu suka untuk menjual Pakej Trip Train To Dabong dan membawa orang pergi ke Dabong.

BAWA YOUTUBER FIKRI ZAMRI PERGI DABONG

So macam biasa Fikri Zamri ni pun tak terlepas dari aku tanya soalan yang sama.

And aku tanya dia pernah pergi Dabong tak ? and Fikri Zamri tu kata tak pernah lagi dan dia memang nak pergi. Aku cakap kalau nak tahu pasal dabong boleh tengok TikTok TSM Travel . and tiba-tiba dia kata “ooo TSM saya tahu …”

Waktu tu aku terasa darah panas naik kat muka sebab rasa bangga sangat youtuber sehebat Fikri Zamri tahu apa itu TSM Travel dan tengok content aku dekat TikTok. Dia cakap macam tu jer pun aku dah tak sabar nak balik dan up status pasal ni. Pastu kawan aku Tati tanyalah macamana nak hubungi dia, and dia jawab boleh email dia.

FIKRI ZAMRI KE DABONG

Tapi oleh kerana aku terlalu nak sangat bawa diorang explore Dabong sebab aku nak tunjuk kat diorang yang Dabong ni sangat best so tanpa pikir panjang aku terus minta nombor phone Fikri Zamri. Dalam hati aku cuma berharap dan berdoa semoga ada rezeki company aku dapat bawa youtuber Fikri Zamri pergi Dabong.

Dan dia pulak tak cakap banyak terus bagi walaupun aku perasan jugak masa tu dia macam serba salah nak bagi ke tak. Tapi aku faham and masa tu aku pun terima jer kalau nombor yang dia bagi tu nombor phone yang dah tak function.

So sehari dua selepas tu aku try wasap dia siap hantar gambar yang aku selfie dengan dia kat flight supaya dia masih ingat siapa aku. Tapi lamalah jugak dia nak reply. So makin aku dah terima yang mesej aku akan kena seen jer. And aku dah bersedia pun sebab tahu tak mudah orang sepopular dia nak layan syarikat travel yang kecik-kecik nih.

Tapi rezeki tak salah alamat. So bila dia reply and maka betulah itu Fikri Zamri.

VIDEO FIKRI ZAMRI

So apalagi terus aku pun offer dia kalau berminat untuk pergi Dabong. And lepas aku explain sikit-sikit dia pun terima. Alhamdulillah.

Lepas tu aku pun aturkan satu perjumpaan antara Fikri Zamri dan beberapa kawan aku yang dari company travel. Bagi aku ada rezeki untuk dikongsikan dan kita semua sama-sama saling memerlukan.

Lepas perjumpaan tu dan terangkan sedikit sebanyak tentang bagaimana trip Dabong ni padanya baruah aku siapkan tarikh cadangan dan jadual trip. And akhirnya pada tarikh 19-24 September 2023 yang lepas aku , Tati , Fikri Zamri & Nurhadi pun memulakan perjalanan ke Dabong.

So gais kalau korang nak tahu apa ada di Dabong dari POV Fikri Zamri, tunggu video darinya siapa yang akan di keluarkan pada bulan November 2023.

Sementara tu jangan lupa untuk follow dan subscribe channel dia dulu ok.

Selamat Menonton !

Categorized in: