Sabtu , 12 Disember 2015

Alhamdulillah….walaupun dengan masa yang agak suntuk , aku cuba menyempatkan diri memenuhi  jemputan seorang kawan untuk ke Tayangan Amal Telemovie BATAS di Auditorium Muzium Negara , Kuala Lumpur .

telemovie batas

Untuk pengetahuan korang , Telemovie tersebut masih belum ditayangkan dikaca tv umum…makanya aku salah seorang yang bertuah dapat menontonya terlebih dahulu.

Objektif tayangan amal ini juga adalah sempena mengisi Tabung Kaseh Kanser POKB (Persatuan Orang Kota Bharu)  Malam sebelum tayangan bermula beberapa orang pesakit kanser juga telah menerima cek bantuan hasil daripada derma dan sumbangan badan koporat dan individu yang dermawan .

Dalam majlis yang dianjurkan juga ada beberapa orang anak2 yatim yang dijemput khas untuk sama2 menonton telemovie khas BATAS bersama-sama.

anak yatim batas

Senarai pelakon Telemovie BATAS

Antara pelakon yang aku cam dalam telemovie tu semestinya’lah Eman Manan…paham2lah kalau Eman Manan yang berlakon….takder yang tak feel…

Selain tu jugak ada Pekin Ibrahim , AsrulFaizal Kamaruzaman , Hushairi Hussain , Raysha Rizzrose , Mat Over , Bea Rameshan Zek Zamri dan  Ruzaidi Abdul Rahman .

Oh kalau korang nak tahu….telemovie ni 90% menggunakan bahasa dialek Kelantan…mujur ada sarikata Bahasa Melayu… kalau tak….sepatah haram pun aku tak paham….ehehehe

Tapi tak paham dengan bahasa bukan bermakna aku tak menghayati…time kena bab lucu aku gelak ..dan waktu sedih pun aku terasa jugak…

Telemovie tersebut di arahkan oleh seorang pelakon legend malaysia satu masa dulu iaitu Ebby Saiful . Tak sangka senyuman beliau masih manis seperti dahulu sambil teringat cerita Ali Setan ….ehehehe

pengarah telemovie batas ebby saiful

Sinopsis Telemovie BATAS

Deraman seorang bekas banduan membawa diri ke Kuala Lumpur selepas penduduk Kampung Nering tidak suka dengan beliau. Deraman juga terpaksa menyerahkan anak’nya Mat Ju kepada Tok Imam untuk di didik dan dijaga sebaiknya.

Dalam waktu yang sama Hamdan , seorang pemuda kampung juga membawa diri kekota yang sama setelah dia kecewa kerana perempuan yang dicintainya iaitu Nik La berkhawin dengan pakciknya sendiri.

Sewaktu dikota maka terjadilah pelbagai konflik hidup . Deraman ingin belajar berubah menjadi baik manakala Hamdan ingin belajar menjadi jahat kerana dia merasakan hanya dengan kejahatan dia boleh mencapai impian dia untuk menjadi kaya .

Batas Kehidupan Seorang Manusia

Apa yang aku nampak dalam cerita ni ialah sifat menjaga sesama mereka cukup tinggi walaupun berlainan kampung …umpama berjumpa saudara di negeri asing . Yang sentiasa nak merosakkan sesama bangsa sendiri juga ada tapi jika kita berkawan dengan orang yang betul , insyaallah selamat semuanya .

Jadi nanti bila Telemovie ni dah release kat tayangan umum jangan lepaskan peluang menonton’nya…korang pasti suka dengan watak2 yang ada terutamanya watak Abang Doja ….

Ingat tagline ni……

antara keinginan dan kenyataan , ada batas yang sentiasa membataskan

Makanya….setiap perbuatan dan setiap kelakuan yang kita buat , jangan sampai melampaui batas . Kehidupan kita sentiasa ada batas’nya.

Ok korang…..kalau nak tahu sikit sebanyak cerita tu korang boleh hadap teaser’nya dulu…

Teaser Telemovie BATAS

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Telemovie BATAS

bonda batas

dikir barat batas

tetamu batas

auditorium batas

 

Categorized in: