Assalamualaikum and hai gais ! Korang mesti tertanya dan nak tahu kan kenapa ada bantuan zakat kepada golongan Al-Riqab. Siapakah mereka ?
So, topik blog aku kali ini ialah aku nak berkongsi dengan korang tentang salah satu dari 8 golongan asnaf yang boleh menerima bantuan zakat dan mereka ialah golongan Asnaf Al-Riqab.
Nanti kalau ada orang tanya kenapa pusat zakat beri bantuan kepada golongan LGBTQ , mak nyah, pelacur, gigolo, penagih dadah , gengster dan lain-lain yang dalam kategori Al-Riqab ni korang bolehlah jawab.
8 Golongan Penerima Zakat
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil
4. Muallaf
5. Al-Riqab
6. Al-Gharimin
7. Fisabiillah
8. Ibnu Sabil
Siapakah Mereka Golongan Al-Riqab ?
Ar-riqab adalah salah satu golongan yang berhak menerima zakat. Perkara ini disebut di dalam ayat 60 surah at-Taubah yang bermaksud :
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya (ar-riqab), dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
“Riqab adalah seorang yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya”
Haa macamana tu ? Tak faham ? Ok takper, aku pun mula-mula dulu tak faham.
Supaya korang pun senang nak faham, ringkasannya ialah Ar-Riqab ini adalah orang yang mempunyai atau memilih gaya hidup yang menyimpang dari ajaran Islam seperti golongan LGBTQ, Mak Nyah, Pelacur, Penagih Dadah, Gangster, suka hidup dalam kemaksiatan dan lain-lain lagi cara hidup yang tidak baik, tidak normal dan yang dilarang keras dalam agama Islam samada secara paksa ataupun rela.
Cara Menyantuni Golongan Al-Riqab
Korang mesti pernah tengok “live” Ustaz Ebit Lew yang menyantuni golongan-golongan di atas ni kan ? Haa kalau nak tahu sebenarnya itulah salah satu cara dakwah untuk mendekati golongan Al-Riqab ini.
Setelah ditarbiah oleh orang yang mereka suka dan percaya macam Ustaz Adam dalam cerita Nur, mungkin masa tu juga diorang ingin segera berubah.
Cuma mereka tak tahu macamana nak dapatkan bantuan ? Siapa yang sudi untuk bantu mereka keluar dari belenggu yang menghimpit kehidupan mereka ? Atau siapakah yang sudi bantu untuk tampung kos sara hidup mereka jika mereka meninggalkan terus pekerjaan yang mereka lakukan selama ini untuk meneruskan kehidupan ?
Aku atau kau ?
Oleh sebab aku dan kau sendiri tak mampu, maka wujudlah bantuan zakat untuk golongan Al-Riqab ini. Salah satunya ialah daripada MAIS yang menguruskan hal ehwal orang-orang Islam. Ok , Faham semua ?
Tak silap aku, dulu pun dah pernah ada isu yang viral pasal golongan Al-Riqab ni. Aku dulu pun tertanya jugak, “kenapa eh pusat zakat nak bantu golongan yang macam ni ?”
Lepas baca artikel-artikel berkaitan barulah aku faham rupanya memang ada bantuan zakat kepada Al-Riqab. Kalau tidak yang kita ambik kisah hanya bantuan zakat kepada fakir dan miskin sahaja.
Dan sejak tu aku ambik tahu tentang bantuan zakat kepada Al-Riqab

BACA : AKU TAK HALALKAN DUIT ZAKAT AKU BAGI PADA GOLONGAN LGBT
Dosa weih kalau kau main kecam, maki hamun dan fitnah Pusat Zakat salah guna wang zakat. Jadilah masyarakat yang bijak dengan mengambil tahu bukan jadi masyarakat yang hanya tahu mengecam sahaja.
Kategori Penerima Asnaf Al-Riqab
KATEGORI MASALAH SOSIAL
Terbelenggu Dengan Dadah
- Penagih dadah
- Bekas penagih dadah
Terbelenggu Dengan Masalah Jenayah Syariah
- Minum arak
- Zina
- Judi
- Khalwat
- Muncikari (Ibu Ayam)
- Sumbang mahram
- Buang anak
- Mengandung luar nikah
- Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan islam
- Persetubuhan haram
- Mempersendakan Al Quran dan Hadis
- Dan lain lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995
Terbelenggu Dengan Gaya Hidup Songsang
- Pelacur
- Lesbian
- Gay
- Maknyah
- Tomboy
- Gigolo
- Pengkid
- Homoseksual
- Biseksual
Terbelenggu Dengan Kes Juvana
- Gangster
- Jenayah melibatkan harta benda
- Kes rompakan
- Pergaduhan yang melibatkan kecederaan
- Pecah rumah
- Kes rogol
- Jenayah yang melibatkan senjata berbahaya
- Ugutan yang melibatkan keganasan
Terbelenggu Dengan Penyakit Kronik
• HIV / AIDS
• Hepatitis
• Kanser
• Tibi
• Lain lain
KATEGORI MASALAH AKIDAH
Terbelenggu Dengan Masalah Syirik Dan Khurafat
- Doktrin palsu
- Mengaku menjadi Nabi
- Menghina islam
- Pemujaan salah
- Mempersendakan Al Quran dan hadis
Memurnikan Akidah Orang Islam Yang Terpesong
- Orang yang ingin atau berhasrat murtad
- Orang yang dalam proses beristitabah (memohon taubat atau menganjurkan bertaubat. Juga disebut pemurnian akidah).

Kriteria Penerima Bantuan Asnaf Al – Riqab
Antara kriteria yang di ambil kira dalam pemberian bantuan kepada asnaf Al-Riqab ialah :
1. Beragama Islam.
2. Tiada mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
3. Tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain.
4 Telah mendapat pengesahan pihak MAIS untuk membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.
5. Dengan rela hati mengikuti program pemulihan dan rawatan spiritual Islam yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor dan bersetuju menghadiri kelas-kelas bimbingan agama yang telah ditetapkan oleh pihak MAIS.
Cara Penggunaan Wang Zakat Asnaf Riqab
Seterusnya kita ambil tahu pula bagaimana wang zakat untuk Asnaf Ar-Riqab digunakan. Semuanya mestilah melalui proses dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Paling penting golongan Ar-Riqab ini mestilah mereka sendiri yang sukarela, benar-benar ingin berubah untuk memulakan kehidupan baru dan juga bersedia untuk dibantu.
Segala maklumat peribadi mereka juga adalah sulit, selamat dan tidak akan didedahkan.
Konsep Agihan
- Pembayaran adalah berasaskan permohonan dan siasatan dan pengesahan
- Meringankan bebanan
- Pembayaran hanya kepada individu yang bersedia untuk menjalani pemulihan dan pemantauan yang diaturkan untuk mereka
- Usaha memulihkan akhlak dan akidah
Jenis Bantuan
- Bantuan pemurnian akidah
- Bantuan pemulihan akhlak
- Tabung pembebasan fi Ar-Riqab
Antara Kaedah Rawatan Yang Digunakan
- Rawatan Spiritual Islam
- Rawatan Klinikal
- Rawatan Secara Sokongan

Moga dengan kaedah rawatan ini menjadi salah satu ikhtiar kita bersama untuk membantu mereka pulih seperti sediakala dan kembali jalan yang lebih diredhai Allah SWT. InsyaAllah.
Masyarakat Islam Perlu Mainkan Peranan
So gais, lepas ni jika ada yang tanya mengenai bantuan zakat Al-Riqab atau korang kenal mana-mana golongan Riqab yang perlukan bantuan dan yang ingin berubah , korang boleh hubungi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di :
Nombor Telefon Bahagian Pemulihan Ar-Riqab : 03-33614080 / 03-33614000
Website : http://www.mais.gov.my/al-riqab/
Facebook : Majlis Agama Islam Selangor
Instagram : @mais_officialhq
Sama-sama kita sebarkan info ini kepada yang lain agar lebih ramai yang mendapat manfaat. InsyaAllah.
Comments