Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas pemohonan bantuan banjir dari Zakat Selangor sebanyak Rm600 selamat masuk ke dalam akaun DD. Ini kali pertama aku mohon bantuan zakat untuk diri sendiri.

Kalau sebelum ini aku cuma bantu mereka yang memerlukan untuk memohon bantuan zakat tapi telah ditakdirkan musibah banjir yang berlaku kali ini memaksa aku juga memohon bantuan banjir Zakat Selangor.

BANTUAN BANJIR ZAKAT SELANGOR

Sebelum mohon bantuan banjir Zakat Selangor ini pun aku tanya dulu pada pegawai zakat yang bertugas apa layak atau tidak untuk aku memohon bantuan ini ? Dan jawapan yang aku dapat ialah layak dan aku juga digalakkan untuk memohon.

Bantuan ini memang khas untuk rakyat Selangor yang terjejas akibat banjir besar tempoh hari.

Sedikit sebanyak bantuan yang diterima ini dapat juga membantu aku sekeluarga yang kini kena bermula dari bawah untuk mencukupkan keperluan hidup.

Baca : Bukti Petugas Zakat Pemalas Dan tak Buat Kerja

Borang Permohonan LZS Peduli

Kepada yang belum memohon bantuan banjir Zakat Selangor atau tahu ada keluarga , kawan-kawan yang duduk Selangor dan terkesan dengan banjir boleh cuba mohon disini Borang Permohonan Online LZS Peduli

Cuma aku tak pasti samada permohonan ini masih dibuka ataupun tak. Cara nak memohon juga sangat mudah dan senang. Pemohon hanya perlu upload report polis dan juga kad pengenalan sahaja. Boleh baca dulu soalan-soalan lazim dan boleh hubungi pegawai Zakat bertugas untuk lebih maklumat.

Pada yang tak terjejas pulak korang juga boleh bantu mereka yang mungkin tidak tahu cara untuk memohon secara online. Nak-nak mereka yang tidak punya smartphone atau yang tidak punya kemahiran untuk mengakses internet.

Baca : Cara Bayar Zakat Secara Online

Terima Kasih Pembayar Zakat

Sebelum mengakhiri entry ini ingin aku ucapkan dan zahirkan rasa terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembayar zakat di Selangor dan juga kepada Lembaga Zakat Selangor yang begitu prihatin dan amanah menyalurkan bantuan wang zakat kepada umat Islam yang memerlukan tanpa mengira taraf sosial seseorang.

Hanya Allah sahaja mampu membalas segalanya dengan sebaik-baik ganjaran.

Selamat mencuba !

Categorized in: