Tahukah kita semua tentang proses pembuatan makanan kesihatan yang berada dipasaran hari ini seperti pelbagai jenis juice untuk slimming , whitening , woman health dan detox juice, atau pelbagai jenis tablet seperti IQ booster ? atau juga minuman berasaskan teh dan kopi datang dari satu syarikat yang sama yang lebih dikenali sebagai OEM ?
APAKAH OEM ?
OEM adalah ringkasan kepada “original equipment manufacturer.” Ia bermaksud sesuatu produk dikilangkan oleh seseorang untuk orang lain di bawah jenama orang tersebut.
Sebagai contoh, sekiranya kita ingin mengeluarkan produk kosmetik, kita tidak perlu kilang. Tapi kita boleh minta kilang sedia ada mengeluarkan produk tersebut dengan meletakkan jenama kita sendiri di produk itu.
Banyak produk seperti kosmetik, makanan dan makanan kesihatan dikeluarkan secara OEM. Air mineral juga banyak dikeluarkan secara OEM.
APAKAH KEBAIKAN DAN KELEBIHAN KILANG OEM?
1. Kita tidak perlu membuka kilang untuk mengeluarkan sesuatu produk.
2. Kos pengeluaran produk permulaan agak rendah, di antara RM25K – RM50K bergantung kepada jenis produk. Manakala di Zy Phyto ada menyediakan pakej bajet serendah 5k yang aku akan kongsikan dibawah ini.
3. Pengeluaran lebih cepat. Dari proses formulasi sehingga pengeluaran, tidak sampai dua bulan.
4. Oleh kerana ia dikilangkan oleh syarikat besar, persijilan seperti halal, HAACP, MESTI, GMP dan lain-lain sedia ada atau boleh diperolehi dengan mudah.
5. Anda tidak memerlukan pekerja pengeluaran dan hanya fokus kepada pemasaran.
APAKAH KELEMAHAN OEM?
1. Sekiranya anda belum pernah menjual apa-apa produk sebelum ini, usah mulakan perniagaan dengan cara ini. Sekiranya anda belum berjaya menjual sebatang pen, apakah yang membuatkan anda yakin boleh menjual berkotak-kotak makanan kesihatan?
2. Walaupun kos pengeluaran rendah, namun pelaburan untuk promosi amat tinggi. Tak cukup sekadar ada modal untuk kilangkan produk. Berapa banyakkah wang yang sanggup anda laburkan untuk A&P?
3. Banyak masa diperlukan untuk membina jenama. Dengan bajet yang ada, berapa lama anda dapat bertahan?
4. Oleh kerana produk itu dikeluarkan dari kilang yang sama (mungkin dengan sikit variasi), apakah nilai tambah anda?
5. Memandangkan produk itu dikeluarkan secara kuantiti besar, adakah anda mempunyai saluran pemasaran yang sesuai bagi menampung pengeluaran tersebut? Adakah saluran itu sudah diuji dan terbukti berkesan?
PENTING UNTUK PENGGUNA KETAHUI ASAL USUL PRODUK MAKANAN KESIHATAN
Di Malaysia, OEM ini dilakukan oleh agensi kerajaan seperti Technology Park Malaysia dan syarikat-syarikat swasta seperti Zy Phyto.
Syarikat ZY Phyto (ZY Phyto) ialah sebuah syarikat bumiputera yang beroperasi di Puncak Alam telah menghasilkan lebih daripada 500 jenama di pasaran tempatan dari pelbagai versi pilihan seperti kecantikan dan kesihatan yang diiktiraf.
Dan bukan semua produk dari kilang OEM adalah sampah seperti sesetengah netizen suka isukan. Mungkin ada peniaga / pengusaha tersalah memilih kilang OEM yang tidak betul yang tak diktiraf dari segala aspek , termasuklah pensijilan GMP , sijil HALAL , sijil ISO dan sijil pengguna.
Makanya aku menulis ini untuk berkongsi maklumat dengan korang semua supaya kita tak salah dan silap melabelkan semua produk-produk OEM sebagai sampah.
King Of OEM , Puan Sharifah Ameelia sendiri sangat bertanggungjawab dalam memastikan setiap produk yang dijual kepada “bakal founder” adalah selamat dan tidak berbahaya kepada pengguna. Setiap produk yang dibekalkan telah akan melalui proses ujikaji makmal terlebih dahulu dan mendapat kelulusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
ZY MANUFACTURING DAN PENYELIDIKKAN YANG DIIKTIRAF
Ini antara produk makanan kesihatan beserta contoh packing yang digunakan. Syarikat Zy Phyto juga menyediakan khidmat nasihat untuk pemasaran suapaya ianya menepati kehendak dan konsep pengusaha agar ianya sampai kepada pengguna sasaran.
Katalog Produk
MAHU MENJADI JUTAWAN DENGAN JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL SERENDAH RM 3,000 ?
Haa ini salah satu peluang keemasan bagi korang yang bercita-cita nak jadi macam DSV 2.0.
Bagi korang yang berminat untuk menjadi founder makanan kesihatan atau kosmetik jenama sendiri, sila hubungi pihak Syarikat Zy Phtyo untuk sebarang pertanyaan dan maklumat yang diperlukan.
Antara pakej yang paling popular sekali ialah Pakej Chomey ! Terdapat dua pilihan produk :
Makanan
– Jus
– Powder
– Tablet
– Sachet
Cosmetics dan Skin Care
– Foundation
– Sabun muka
– Serum muka
– Lipmatte
– dan banyak lagi
Kelulusan : Jangan risau, kilang kami sudah bertaraf GMP dan mendapat kelulusan KKM. Kilang kami memproses produk di bawah piawaian ISO9001 di mana kualiti produk tidak perlukan diragukan lagi.
Formulasi Terbaik : Kebanyakan bahan2 produk kami diimport dari luar negara tau. Kenapa nak import? Semestinya untuk memastikan produk kami ini adalah eksklusif, unik dan tidak mudah ditiru.
Produk Berkesan : Rata2 yang sudah menggunakan produk kami memberi feedback dan comment yang positif.
Servis Tip Top : Kami tak buat kerja sekerat jalan, kami tawarkan servis kepada anda dari A to Z. Kami bagi jalan mudah kepada anda dan hidup anda senang. Apa yang kami offer? Terlalu banyak, antaranya:
1) Servis Pembungkusan
2) Servis Design dan Printing
3) Servis untuk dapatkan Pengkelasan/ NOT KKM
4) Kelas bimbingan pemasaran
Sebelum ni dok ingat kena ada kilang sendiri utk kluarkan produk jenama sendiri, rupanya ada servis mcm ni yg lebih mudah
Kalau sapa3 yg follower ramai mmg best lah kan. Boleh jadi founder
Oooo… Tak perlu ada kilang sendiri untuk keluarkan our own produk… Terima kasih atas maklumat..
Memang bagus ada syarikat macam ZY Phyto ni sebab dapat membantu ramai individu utk mulakan bisnes sebagai usahawan kecil dulu