Hari ni kat sotkabar ada cerita pasal 3 artis yg berkata itu hanya perkongsian bersama peminat dan pengikut mereka….memang betul apa yg dikata…nak sangkal atau nak kutuk jauh sekali…..
Sebab apa…sebab aku tak follow diorang dan aku bukan peminat diorang….nama pun artis….mesti ada jer gambar2 yg tak sesuai ditengok oleh mata….bila tak sesuai maka dosa mata’lah yg akan kita dapat….dia akhirat nanti mulut akan dikunci dari mempertahankan diri dan berdolak dalih….mata akan berkata-kata yg benar…apa kata mata nanti kalau korang nak tahu….apa yg korang tengok lihat baca itulah yg mata akan beritahu kepada penciptanya…
Kalau tak suka jangan follow….kalau tak nak dosa pun jangan follow….abih cerita…pertamanya dosa mata tak dapat bila diorang upload gambar2 dan video2 yang tak senonoh…pastu dosa mulut sebab mengutuk mencaci menghina mencarut dan bergaduh sesama peminat tegar diorang pun korang tak dapat…..kalau dah namanya peminat tegar…artis kesayangan dia bogel dikalayak ramai pun dia tetap ISTIQOMAH mengatakan artisnya tak salah dan sanggup berjuang demi mempertahankan HAK KEBEBASAN BERSUARA DAN BERPAKAIAN DAN BERPERANGAIAN….—> satu jer aku nak kata kat peminat2 tegar artis masing2…..palotak hangggg……!!!
Seriusnya aku tak follow mana2 perkembangan atau kekuncupan artis2 terutamanya artis malaysia yg tak elok perangainya dari segi lakonan dan peribadinya…..senang cerita artis yg tak menunjukkan contoh tauladan yg baiklah….artis perempuan yg menyanyi melalak bagai nak giler lagilah aku tak minat….
Cukup2lah diorang sekadar berlegar-legar dikaca tv…tak perlulah aku nak semak2kan wall FB ngan iG aku ngan muka diorang dan cerita diorang sentiasa…..aku ada kehidupan yg lebih baik dan lebih aman tanpa diorang….hahahahaha
Aku buat entry ni pun bukan sebab aku mengikuti apa yg diorang buat…tapi dah duduk kat FP sotkabar takkan tak nak baca….bacalah walaupun rasa cam haperrrr punya cerita darrrrr….baik up pasal jerebu dan cara nak uruskan kesihatan semasa jerebu….itu lebih baik dan lebih berpekdah…..—> menyesal giler siot aku hari ni baca sotkabar……baik layan #candycrushsaga
Yang ni last kopek…..tolong jangan taksub sangat dengan artis2 yg tak mendatangkan pahala buat diri sendiri…sebab kat akhirat nanti artis tu takkan tolong korang mengurangkan hukuman atas dosa yg telah korang lakukan semasa didunia…diorang takkan dapat bagi korang backstage pass untuk laluan mudah meniti titian siratul mustaqim meuju syurga…dan walaupun korang sebagai peminat tegar… diorang takkan mampu untuk ringankan dosa dan memberi syafaat pada korang pun……
Maka….korang pikir yg itu jerlah dah cukup….aku pun dulu pun minat jugak amik tahu hal2 artis ni…tetapi setelah aku pikir dalam2….tiada satu pun hal tentang diorang pun yg aku amik tahu akan memberi aku kebaikkan didunia mahupun akhirat….sejak tu aku berhenti mengambil tahu mengugel dan dan menskodeng hal diorang dimana-mana kecuali yg dah berada didepan mata yg tak boleh nak dielak…
Tapi jangan salah faham….bukan semua artis aku rejek….aku rejek artis yg boleh menyebabkan aku berdosa jer….artis lain yg boleh dan membawa serta mendatangkan kebaikkan pada keluarga agama dan masyarakat pulak…memang aku amik tahu…..harap fahammm maksud aku….
Oklah…..malam ni nisfu syaaban…adalah lebih baik aku layan Al-Quran dan doa2 serta hadis dan buku2 agama yg mak aku baru beli untuk aku baca…..
Comments