Assalamualaikum dan hai semua. Nak tahu tak ? Masa mula-mula aku dapat jemputan Aplikasi Pembelajaran ReLY tertanya jugak dengan kawan aku “ReLY tu apa yer..? macamana dia berfungsi ? ” . Oleh kerana aku nak tahu apa makna ReLY maka aku pun hadir ke Grand Launching ReLY baru-baru ini di De Palma Hotel Shah Alam.

Apa Itu ReLY

Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin Bin Abu Sohot , Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat

APLIKASI PEMBELAJARAN RELY

Apa Itu ReLY ?

Bagi yang tertanya apa itu ReLy. Ini jawapannya. Singkatan untuk ReLY membawa maksud :

R – Revolution of Learning
E – Electronically Economics
L – Leverage Approach
Y – Yeowman Service

Masih tak faham ? tak apa, nak tahu lanjut kena baca lagi sampai habis.

Walaupun anak-anak aku sekolah bersekolah asrama tapi tak salah aku ambil tahu tentang program yang bermanfaat seperti ini sebagai tujuan perkongsian dengan orang lain.

Yang bagusnya aplikasi pembelajaran ReLY ni dibangunkan disaat zaman anak-anak kena belajar menggunakan peranti seperti smartphone, tablet dan komputer.

Apakah Matlamat ReLY

Mana-mana ibubapa yang ada anak-anak susah nak belajar sebab tak nak berpisah dengan gadget, ibubapa masih boleh beri mereka pilihan untuk belajar melalui aplikasi pembelajaran RELY. Suka atau tidak ibubapa zaman sekarang kena jadi lebih kreatif.

Nak dihalang anak-anak dari mengadap gadget mungkin susah, jadi didiklah mereka mengikut kesesuaian dan peredaran zaman mereka bukan mengikut zaman kita.

Jadinya melalui aplikasi pembelajaran ReLY ini nanti, semua pelajar berpeluang dan berupaya untuk mengakses sistem dalam talian ini daripada mana-mana lokasi di seluruh negara, tidak terbatas untuk satu-satu lokasi sahaja. Semua pelajar di Malaysia berpeluang untuk belajar dan mendapat manfaat daripada aplikasi ini nanti

Education Is Life

Selain dari mudah diakses ini juga beberapa ciri istimewa ReLY :

KEUTAMAAN

  • Pelajar boleh memilih sendiri subjek kegemaran dan guru yang disukai.

FUNGSI

  • Mempunyai fungsi interaktif dan menarik

MODUL

  • Nota dan set soalan boleh dimuat turun bila-bila masa

PEMBELAJARAN

  • Kelas pembelajaran secara lintas langsung, rakaman disediakan secara PERCUMA

Manfaat Tawaran ReLY 

Apa yang lebih menarik perhatian aku ialah manfaat yang ditawarkan bagi yang mengambil pakej pembelajaran dengan ReLY, mereka akan mendapat faedah seperti :

  • Khairat Kematian
  • Tabung PIBG
  • Baucar
  • Bantuan Peralatan Pendidikan
  • Insentif Kewangan Permulaan IPT
  • Insentif Kecemerlangan
  • Peperiksaan

Kelas Percuma ReLY Selama 2 Minggu

Berita baiknya bermula 16 September nanti akan bermulanya kelas percubaan PERCUMA selama 2 minggu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengajak anak-anak menyertai kelas tersebut. Dari situ ibubapa boleh tengok dan tahu bagaimana ReLY mengajar anak-anak kita secara online.

Di ReLY bukan sahaja subjek teras yang akan diajar tetapi pelajaran agama Islam juga ada, barulah seimbang dunia dan akhirat.

Dan bermula 1 Oktober baru kelas berbayar akan bermula. Dibawah ini adalah pakej tawaran yang ada di ReLY.

Pakej Tawaran ReLY

Barisan Ikon Guru ReLY

Dibawah ini pula senarai barisan IKON di ReLY beseerta biodata mereka. Pendek kata ibubapa tak perlu risau siapakah yang akan mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak kita kerana semua IKON ReLY yang dilantik adalah guru-guru yang bertauliah dibawah KPM.

IKON ReLY 1
IKON ReLY 2
IKON ReLY 3
IKON ReLY 4

Maklumat lanjut mengenai ReLY , sila layari laman sesawang : www.relyedu.com

“EDUCATION IS LIFE”

Categorized in: