Orang tua dahulu , semuanya memelihara ayam di rumah mereka yang katanya untuk diberi makan nasi yang tumpah , yang tidak habis , untuk elak membazir , untuk makan telor ayam . Tetapi ada satu hakikat yang lebih besar dari itu iaitu kokokan ayam yang disebut oleh Nabi.

Sabda nabi dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mintalah kurnia Allah (berdoalah), karena dia melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar rengekan keledai, mintalah perlindungan kepada Allah dari setan, karena dia melihat setan.” (HR. Bukhari 3303 dan Muslim 2729).

Dalam riwayat Ahmad, terdapat keterangan tambahan, ’di malam hari’:

Apabila kalian mendengar ayam berkokok di malam hari, sesungguhnya dia melihat Malaikat. Kerana itu, mintalah kepada Allah kurnia-Nya. (HR. Ahmad 8064 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

Dari keterangan dua hadis ini,ternyata kokokan ayam adalah satu saat yang baik untuk berdoa , tentu ianya lebih mustajab,sebab itu nabi bercakap , menyuruh mengenainya . Kita yang mendengar kokokan ayam bagaikan Allah buka kesempatan untuk berdoa dan meminta kepadaNya.

tafsir-mendengar-ayam-berkokok

Jadi manfaatkanlah , jangan buat pekak saja , buat dono , membiar kesempatan ini berlalu . Ia satu kesempatan dan peluang , jika kita ke tanah suci , berebut ke multazam hanya untuk berdoa kerana dikatakan tempat yang mustajab , mengapa peluang yang Allah datangkan ditempat tidur kita , tak perlu bersesak,tak perlu habis beribu ringgit , tidak kita rebut ?

Maha Besar dan Maha Pengasih , Allah yang mendatangkan peluang dan kesempatan untuk berdoa diketika yang mustajab walaupun mereka tiada peluang ke tanah suci kerana ketidakmampuan.

Jangan pula dicela ayam yang berkokok kerana itu menyganggah hadis, menyanggah rahmat Allah . Setiap yang memberi kebaikann, tidak boleh dicela .

Dalam hadis dari Zaid bin Khalid al-Juhani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Janganlah mencela ayam jantan, karena dia membangunkan (orang) untuk solat. (HR. Ahmad 21679, Abu Daud 5101, Ibn Hibban 5731 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

Ini satu lagi hadis yang menerang manfaat kokokan ayam , langsung memuji ayam yang berkokok , lazimnya ayam jantan . Jangan celupar mulut dengan fikiran ayam jantan berkokok kerana mengurat betina , atau mengistihar kawasan miliknya , kerana dibimbangi kita bercanggah dengan sabda Nabi .

Mungkin lebih baik bagi mereka yang tinggal di kampung atau yang ada ruang untuk membela ayam sepasang dua , membela ayam untuk boleh terlaksana suruhan nabi ini , boleh terbuka kesempatan berdoa ketika malaikat ada bersama disekitar rumah kita , moga diaminkan juga oleh mereka .

Jangan pandang remeh kerana patuh pada saranan nabi , mengamal walau pada satu sunnahnya,mungkin menjadi bukti kasihnya kita kepada Rasulullah . Jika kita bela ayam jangan sekadar berniat simpan ayam jantan untuk dapat benih,niatlah untuk mendengar kokokannya untuk kita mengetahui masa dan kesempatan yang baik utk berdoa.

Dikampung,bila hampir Subuh, kokokan ayam bersahut-sahutan, bahkan terkadang didini hari ada yg berkokok sayup-sayup kedengaran, tentulah mereka melihat malaikat. Siapa yg mendengarnya ia sebenarnya bertuah,siapa yang terjaga ia sebenarnya dikejutkan untuk satu kesempatan yang baik untuk berdoa.

Dikeliling kita ada kesempatan berdoa , jangan dok bergantung pada petua ustaz , petua orang berubat, baca itu ini yang tiada pun sandaran pada hadis dan perbuatan nabi , bukan kerana baca sesuatu ayat kita dapat sesuatu , tetapi doa yang makbul itulah yang menyebab kita memperoleh yang kita ingini .

Wallahua’lam.

by Abd Ghani Haron

Share tanpa perlu mohon izin.

Iklan Untuk Berbuat Kebajikan 

Saya akan bersedekah 2000 beg beras 5 kg kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan pada 18.11.2016 dirumah saya dan di Masjid Permatang Tengah , Kota Kuala Muda.

Siapa nak joint, bank in 557410515106 Maybank / Abd Ghani Haron.

Categorized in: