Allahuakbar !
Aku tak tau apa yang harus aku katakan bila ada kawan-kawan yang tahu aku nak pergi menunaikan Umrah dalam masa terdekat ni . Semua yang tahu , tak putus ucapkan tahniah dan melahirkan rasa bangga dan gembira diorang pada aku .
Yer aku tahu tak ada salahnya apa yang diorang ucapkan sebab aku pun pernah rasa apa yang diorang rasa dan kata apa yang diorang kata bakal jemaah umrah .
Namun , jauh disudut hati aku , aku rasa sebak dan rasa sangat-sangat gementar nak jejak kaki ke tanah suci Mekah . Semakin dekat dengan tarikh berlepas semakin aku tak keruan . Fikiran aku hanya tertumpu pada diri aku sendiri .
Apakah Allah SWT akan menerima dan menyambut kedatangan aku ke rumahNya dengan kasih sayang ?
Sebab apa aku cakap macam tu ?
Sebab aku tahu , aku ke sana memikul segunung kesalahan dan selautan dosa dihadapan Allah SWT dengan harapan Allah SWT akan mengampunkan aku .
Dosa yang tak tertulis aku .
Dosa yang tak terpikul aku .
Dosa yang senantiasa berputar dihadapan aku .
Makanya , apa yang harus aku banggakan ?
Walaupun fikiran aku masih tak fokus tapi aku berdoa semoga Allah SWT berbelas dengan aku dan permudahkan urusan aku dan dd . Aku minta semoga Allah permudahkan segala yang menjadi kewajipan aku semasa disana .
Disana aku hanya seorang yang asing dan aku cuma ada Allah SWT yang maha pengasih lagi penyayang untuk membimbing aku .
Leave the negative thinking here. Focus. Focus. Focus. Selamat menunaikan umrah. Amin..
salam kak. seronok nya dapat menunaikan umrah. nak kesana walaupon berduit kaya raya, kalau Allah tak izinkan , memang tak dapat juga pergi. Lapangkan dada, fokus untuk tunaikan ibadat je. Take care kak dila.. semoga mendapat umrah yg mabrur..
selamat menunaikan umrah.
seronoknya dik.. em.. semoga ibadah umrah adik diberkati.. doakan rezeki akak – suami dan anak-anak untuk singgah menunaikan umrah satu hari nanti ya..
Jangan fikir yang negatif, sekurang kurangnya ada peluang untuk kesana. Moga dipermudahkan segala urusan kak long dan DD disana nanti.
semoga di permudahkan urusan akak..
Semoga Allah menerima apa saja ibadah yang kita lakukan. Selamat pergi dan selamat kembali
Selamat mengerjakan ibadat Umrah nanti ya kak long