Tak payah nak sentap sangatlah dengan tajuk. Baca dulu baru komen yer.
Asalnya aku baca penulisan Doc ni yang di’forwad dari group wasap dan aku terus tertarik , agak2nya kenapa eh dia cakap camtu ? dia kata “nak rosakkan buah pinggang ? boleh try cara ini..”
Setelah aku baca artikel beliau tsumpahh aku gelak dan kata amik kau sebijik ! Kuat nganjing jugak doc nih. Tapi aku daham kenapa doc tu cakap camtu. Mungkin sebab dia geram sangat dengan orang yang pandang ringan pasal penyakit nan satu ini.
Umum tahu kot ini adalah kali 2 dd admit hospital gara2 kencing dia jadi so sweet. Lagi sweet dari zaman aku dan dia bercinta. First dulu aku ok jer boleh buat takper. Masuk kali kedua yang baru2 nih aku ada sikit hanginn.
Isteri kalau sayang suami sangat-sangat pun tak bermakna kau kena redha dan terima laki kau buat sesuka hati dia.
Kebanyakkan isteri bimbang dilabel jadi isteri derhaka sebab suka menasihatkan suami supaya jangan begitu dan begini. Maka dibiarkan sahaja suami makan minum apa sahaja semahunya tanpa kawalan.
Maksud aku bukanlah bermakna isteri kau tak boleh terima kalau kau sakit , tapi selagi dapat ubah maka ubahlah dan berubahlah.
Yang suami pulak janganlah bajet semuanya ok, kalau masa sakit atau dah mati tu tinggalkan harta banyak makan 7 keturunan tak habis untuk anak bini tak apalah jugak. Ni tengah bulan pun masih mintak duit kat bini yang tak kerja apa kes ?
Sudahnya bila kaki dah kena potong , pastu kena ulang alik ker hospital sampai seminggu 3 kali untuk dialisis buah pinggang pastu tak termasuk dengan belanja ubat , susu diabetic yang mahal, makan pakai tiub semua pastu bini yang kena kerja uruskan keluarga bayar itu ini nak jaga kau yang sakit lagi kau tak rasa apa2 ker ?
Ada sakit yang datang tanpa diundang dan ada sakit yang memang berpunca dari diri kita sendiri. Allah pun larang kita merosakkan dan memudaratkan tubuh badan kita sendiri.
Walhal kita sedia maklum keadaan kesihatan diri kita tu macam mana.Tak nak buat untuk keluarga tapi buat untuk diri sendiri sudah.
Tanpa membuang masa jom kita baca apa doc ni punya tips kalau korang rasa nak rosakkan buah pinggang sendiri.Boleh try sendiri kalau tak percaya dansemoga berjaya.
NAK ROSAKKAN BUAH PINGGANG ? BOLEH CUBA CARA INI
Ingat lagi pengalaman saya masa bertugas di klinik kencing manis dulu. Dalam masa 2 tahun, peningkatan bilangan pesakit diabetes naik lebih 2 kali ganda. Serius, memang berganda-ganda dari tahun ke tahun. Tak terperanjat jika keadaannya masih sama sekarang.
Off course, penyebab utamanya ialah pemakanan kita. Tetapi ada satu tabiat yang saya suka tanya.
Suka minum air gas tak? Sebab saya nampak perkaitan orang yang suka minum air gas ni akan mudah kena diabetis. Pernah ada pesakit saya, anak muda berusia 23 tahun. First time jumpa saya bila check kandungan gula dalam darah 26 mmol/l ! Unknown Diabetic.
Saya tanya tabiat dia. Buat apa sampai gula macam ni tinggi melangit? Dia kerja supermarket. Selalu penat turunkan barang, lepas tu sure akan minum air gas. Sehari dalam 15-16 tin! Buat hilang dahaga dan letih katanya.. aduss!
Tabiat ni baru je dia buat selama 3 bulan, tapi dah cukup untuk merosakkan sel pankreas dan insulin.
Ada seorang lagi, staff nurse saya. Muda lagi, umur dalam 25 tahun. Tinggal berjauhan dengan suami. Bila dah mula ada simptom-simptom Diabetis, saya check gula dia masa tu 16 mmol/l
Saya tanya apa makan? Jujurnya, dah balik rumah penat. Duduk seorang, memang rutin harian akan beli Pizza dan sebotol Soft Drinks 1.5 liter. Biasanya satu botol akan habis dalam masa 2 hari!
Binggo! Cukup 4 bulan, sistem dah mula rosak. Gula naik mencanak. Nampak tak penangan Air Bergas ni? Serius bahaya. Ini bukan rekaan saya. Realiti.
Dan apa yang saya perhatikan, apabila golongan penggemar tegar soft drinks ni bila dapat diabetis, selalunya berakhir dengan komplikasi buah pinggang. Apa kaitannya? Lama juga saya tertanya-tanya. Kenapa air gas suka ‘hentam’ buah pinggang??
Meh saya nak cerita.
Gula yang digunakan dalam air gas ni bukan gula biasa! Gula yang digunakan ialah High Fructose Corn Syrup (HFCS). HFCS ni apa pula?? Ia sejenis gula yang lebih murah dan lebih manis dari gula pasir. Dan LEBIH BAHAYA!
HFCS dihasilkan dari jagung melalui pelbagai proses dan tidak balas kimia. Gula ni lebih sesuai untuk industri makanan dan minuman, selain harga yang murah, ia lebih tahan lama. Tetapi, apa kesannya pada pengguna?? Fruktosa ni berbeza dari Glukosa. Cara badan proses pun berbeza.
Semua badan kita boleh guna glukosa sebagai sumber tenaga tapi Fruktosa tak boleh.Sel kita tak kenal dan tak boleh guna pun untuk jadi tenaga.
Haha.. nampak? Hanya HATI sahaja yang boleh handle fruktosa ni. Kalu sikit tak apa tapi masalahnya, kalu air bergas ni dah kira level Fruktose Bomb. Masuk menderu-menderu. Lama-lama sel hati memang tak boleh nak handle.
Air bergas mempunyai kandungan HFCS yang sangat tinggi! 12 ounce Coca-cola boleh mencapai 20.2 gram Fruktosa! Jika dibandingkan dengan buah, contoh 2 buah jambu hanya 2.2 gram sahaja, dan jambu pula banyak fiber dan vitamin lain tetapi Air gas ni kosong, hanya sugar bomb.
Kesannya? Hati lama-lama rosak. Berlemak sebab fruktosa tadi akan ditukarkan jadi lemak Trigeliserida.
Buah pinggang macamana? Selain lemak, Fruktosa yang berlebihan ni akan diproses dalam hati (berbeza dengan glukosa) dimana dalam proses ni URIC ACID akan dihasilkan.
Biasa dengar tentang Uric Acid? Lebih Uric Acid boleh dapat Gout dan Batu karang. Dan tahukah anda Uric Acid berlebihan pun boleh menyebabkan darah tinggi?
Bukan makan daging, seafood, ikan bilis je Uric Acid boleh naik ye. Gula HFCS dan Gula lain pun sama! (Sebab dalam gula pasir, ada juga fruktosa cuma peratusan lebih rendah)
6 Kesan minum ‘Fruktosa Bomb’ dalam Soft Drinks :
1. Insulin Resistance dan Diabetes.
2. Lemak Trigeliserida meningkat
3. Uric Acid meningkat
4. Inflammasi kronik meningkat
5. Risiko Darah Tinggi meningkat
6. Risiko batu karang meningkat.
Dan jelas nyata, semua faktor di atas akan menyebabkan kerosakan buah pinggang. Tak rugi berhenti ketagih minum air gas ni, kemanisan yang merosakkan. Ini baru kesan Fruktosa, saya belum cerita lagi tentang kandungan Carbonic acid, Phosphoric acid , Caramel colouring dan garam dalam soft drinks ni.
Semuanya akan ‘hentam’ buah pinggang. Saya selalu share dalam ceramah, mudah je nak rosakkan pankreas dan buah pinggang, kalau teringin nak dialysis, kalau teringin nak kena cucuk sana sini, amalkan air bergas ni setiap hari, cukup 4 bulan, ada potensi nama tersenarai dalam pesakit yang kena jumpa doktor setiap 3 bulan untuk check kencing manis.
Amalkan lagi minum air gas ni, cukup haul 5-10 tahun (kalu nasib tak baik, mungkin lebih awal) akan tersenarai nama untuk masuk nama dalam statistik pesakit dialysis pula. Anda ada kawan yang suka minum air bergas?
Boleh share artikel ni, mana tau hati dia terbuka untuk berubah.
Soft Drinks, Killing You Softly!
– Dr Malinda
www.drmalinda.com
We always have to be careful and look after those who need our urgent assistance. We need to see healthy eating instructions and food labels for kidney patients.