Hari yang stress ,tapi agak lama aku tak rasa stress macam nih . First sekali aku stress pasal nasib si babang yang masih tak dapat peluang masuk mana-mana sekolah berasrama.

Walaupun ada yang kata sekolahkan jer kat mana-mana janji sekolah , aku rasa itu bukanlah jawapannya. Kalau aku nak anak aku sekolah tangkap muat aku rasa tak perlu kot aku hantar dia sekolah pagi petang.

Nak menyesal atas pilihan pun aku rasa dah tak berguna. If aku turutkan kata hati aku rasanya memang dah lepas kot , tapi oleh kerana ada yang berjanji nak usahakan maka aku pun pejam mata serah segalanya.

Yes aku faham semua tu ketentuan Allah, tapi bukankah ..ahhh malas pulak nak cerita lanjut , mau aku bertambah stress.

Dalam stress memikirkan tapi ada hikmahnya, mungkin inilah peluang untuk aku didik dia dengan lebih baik lagi.

Sepanjang dia tak bersekolah , inilah rutin dia kat rumah. Sidai baju , angkat baju , masak nasi , ambik serai , buang sampah , vacuum rumah dan kadang dia buatkan aku kopi bila tengok aku sibuk hadap PC memerah idea untuk ditulis.

Bila nampak macam ni lagilah aku bertambah sedih , anak orang lain pagi2 dah pegang buku , anak aku pagi2 sidai baju.

Tak apalah mama redha dan mama doa semoga anak mama dapat masuk sekolah agama yang anak mama nak dan berjaya dunia akhirat. Maafkan mama yer sayang…

Yang kedua pulak pasal perangai jijik artis dan selebriti kat Malaysia ni. Aku manusia paling benci nak follow perkembangan mana2 artis atau selebriti walaupun aku minat dengan bakat artis tersebut. Aiman Tino yang aku memang die hard pun aku tak follow ok .

Sebab aku tak nak ambik tahu kisah personal diorang . Mula2 memanaglah semua sebab kerjaya . Lama2 semua dah takder batas. Semua langgar macam takder apa2 jer.

Lagi popular lagi tunjuk perangai yang tak elok. Contohnya sorang artis perempuan ni yang baru bertunang tapi punggung dah diangkat tinggi oleh oleh si tunang depan anaknya.

Netizen tegur baik2 dan kata perbuatan si tunang tu haram dan salah dalam Islam , boleh pulak si artis tu manjawab “Allah lebih tahu mana halal dan haram..”

Aku yang baca macam , kau jawab apa dowhhhh ??

Hilang akal ker apa jawab camtu , its like macam kau minum arak yang jelas terang lagi nyata HARAM untuk orang Islam then ko jawab “Allah lebih mengetahui niat dan hati seseorang….”

Kau tahu kau salah tapi apa jadah kau nak bajet suci dengan jawab camtu ? serius aku stress baca..

Artis macam ni memang wajib dibenci perangainya. Unfollow diorang lagi bagus. Dan ada satu kes pasal instapemes yang muat naik gambar kemesraan mereka suami isteri sampai atas katil . Bila netizen tegur macam biasalah , dibahasakan netizen sampai kata kurang kasih sayang. Yakin sungguh perbuatan diorang tak salah sebab hubungan diorang HALAL suami isteri.

Sekali lagi aku stress..no wonder sekarang banyak ulamak meninggal , anak2 tahfiz meninggal beramai-ramai . Allah ambil yang alim dan tinggalkan yang jahil untuk kita semua.

Dalam stress tu terjumpa pulak huraian tentang topik bermesraan di tempat umum sekalipun suami isteri.

Categorized in: