Pagi-pagi bukak facebook dah ternampak perkongsian dari Cikgu Ghani dengan tajuk yang amat menarik hati dan bagi aku cukup bagus untuk dikongsi bersama.

Mungkin mana-mana perempuan yang menghadapi masalah cari jodoh dan bertekad untuk tidak berkhawin atas sebab-sebab yang tidak melanggar hukum, boleh gunakan hadis ini untuk terangkan pada yang mengecam pilihan korang.

Tak setuju macamana pun sila berlapang dada. Bukan nak menggalak, cuma bagi aku itu adalah pilihan masing-masing dan itu lebih baik dari terlibat dengan LGBT. Kaum yang akan dilaknat tuhan jika tak sempat bertaubat.

Jom kita baca apa perkongsian Cikgu Abd Ghani yang aku kongsikan balik dengan korang semua.

Masa bertugas dulu,saya diminta beri ucapan dan tetamu jemputan dimajlis itu seorang wanita yang telah agak berusia tetapi belum kahwin.Saya diingatkan oleh PA saya tentang hal ini,bermakna saya kena address atau mengalukannya sebagai ‘cik’.

Serba salah juga,apa perlu mengistihar taraf perkahwinan seorang tetamu wanita dalam majlis.Nak sebut puan,tak betul taraf,nak sebut cik,nanti ada orang berbisik,tak sebut langsung,dikata kurang sopan.

Jomlah kita bicara sikit hal kahwin berdasar pembacaan dan rujukan saya.

Hukum asal nikah adalah mubah bagi wanita. Allah berfirman,

dan para wanita tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin menikah, tidaklah berdosa menanggalkan pakaian luar mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan aurat, dan menjaga kehormatan adalah lebih baik bagi merek.” ( An-Nur: 60)

Kemudian, dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebutkan senarai orang yang mati syahid, di luar medan jihad.

Diantaranya, وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهَادَةٌ

Wanita yang mati dalam keadaan jum’in, termasuk mati syahid.” (HR. Ibnu Majah 2803, dan dishahihkan al-Albani).

Diantara makna ’mati dalam keadaan jum’in’ mati dalam keadaan masih gadis. Sebagaimana keterangan al-Hafidz Ibnu Hajar (w. 852 H) dalam Fathul Bari (6/43).

Ibnu Hazm dalam menegaskan bahawa menikah hukumnya wajib bagi para pemuda (yang berkemampuan) tetapi tidak wajib kepada wanita. Dua dalil di atas, menjadi alasan beliau untuk berpendapat sedemikian.

Pendapat Ibnu Hazm ini dikuatkan oleh Syaikh Mustofa al-Adawi – Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan, ada seorang sahabat yang datang menghadap Rasulullah SAW bersama putrinya.

“putriku ini menolak untuk menikah” kata orang itu.

Nasihat Nabi SAW “taati bapakmu”

“demi dzat yang mengutus anda dengan membawa kebenaran, saya tidak akan menikah sampai anda sampaikan kepadaku, apa hak suami yang menjadi kewajiban istrinya?” tanya si wanita.

Si wanita itupun mengulang-ulang pertanyaannya.

Sabda baginda, ”hak suami yang menjadi kewajiban isterinya, bahwa andaikan ada luka di badan suami, kemudian dia jilati luka itu, dia belum memenuhi seluruh haknya.”

Wanita itu berkata “demi Dzat yang mengutus anda dengan membawa kebenaran, saya tidak akan menikah selamanya.”

Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda,

janganlah kamu menikahkan putri kamu, kecuali dengan izin mereka.” (HR. Ibnu Hibban 4164, Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannaf 17122, al-Hakim dalam Mustadrak 2767, ad-Darimi dalam Sunannya 3571. Hadis ini dinilai hasan Syuaib al-Arnauth)

Rasulullah  tidak menyanggah perkataan wanita tersebut, yang bersumpah tidak akan menikah selamanya. Menunjukkan bahawa prinsip tidak mahu menikah itu tidaklah bertentangan dengan syariat.

Semua perkara ada pahit manisnya. Bagi kita yang muslim,kepahitan hidup itu adalah sumber ganjaran disisi Allah jika kita redho. Kepayahan isteri melayani suami, menjadi sumber pahala baginya.

Muncul konflik keluarga, boleh menjadi penghapus dosa jika dilalui dengan sabar. Sengsara seorang ibu ketika hamil, melahirkan, membesarkan, menjadi sumber pahala baginya.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

Tidak ada satu musibah yang menimpa setiap muslim, baik rasa letih, sakit, bingung, sedih, gangguan orang lain, resah yang mendalam, sampai duri yang menikam di badannya, kecuali Allah jadikan hal itu sebagai sebab pengampunan dosa-dosanya.” (HR. Bukhari 5641).

Kesimpulannya,bagi pemuda setiap diri tahu kemampuannya dalam maksud yang luas,maka berkahwin itu lebih baik jika mampu,untuk mengikut sunah dan menurunkan zuriat,menambah umat.Bagi wanita mereka mempunyai pilihan kerana nikah itu mubah bagi mereka.

Jika anak perempuan tidak bertemu jodoh,terimalah hakikat jodoh di tangan Allah.

Tidak berkahwin itu bukan rendah martabatnya,hanya orang Melayu sahaja yang menghukum sedemikian dengan berbagai istilah dan selalu menyebut-nyebut status nikah seseorang kerana terikut dengan budaya barat yang mengistihar status kahwin dalam meng’address seseorang dengan Miss dan Mrs, dan dalam budaya Melayu disebut Cik dan Puan, sedangkan jika difikir apa perlu diistihar seorang itu telah berkahwin atau tidak dalam menghormatinya.

Yang peliknya,orang perempuan sahaja kena diistihar taraf kahwin atau tidaknya.

Islam tidak mengajar sedemikian,dan jika gelaran ini menimbulkan rasa malu kepada empunya diri,lebih teruk orang mencaci,mengata,tentu menitik satu dosa.Jadi jangan bergundah gulana jika anda tiada jodoh,berpeganglah kepada hadis

Wanita yang mati dalam keadaan jum’in(gadis), termasuk mati syahid

Inilah penguat dan penghibur yg terbaik,suatu janji dari nabi,tetapi penuhilah tuntutan sebagai wanita muslim.

Wallahua’lam

Sumber dipetik dari FB : Abd Ghani Haron

Categorized in: