Korang tahu tak apa itu wafaq? Aku sendiri pernah dengar tapi tak tahu apakah ianya. Kisahnya masa lepas banjir hari tu aku terjumpalah kain hitam yang agak panjang dengan tulisan-tulisan arab atasnya. Tulisan-tulisan tu lebih kepada potongan ayat-ayat Al-Quran dan juga nama-nama Allah ataupun lebih tepat Asmaulhusna.
Masa jumpa tu semua orang macam tak kisah. And sampailah ada satu hari tu aku ternampak dekat TikTok ada orang kongsi pasal kain hitam lebih kurang macam apa yang aku jumpa. Dalam hati aku cuma kata “eh macam pernah nampak ..”

So aku keluar rumah dan tengok kain hitam tu memang masih ada dekat atas tembok tak berusik. Walhal dah sebulan berlalu.
Atas dasar ingin tahu aku pun tanya dekat semua orang apakah ia ? Tapi jawapan yang aku dapat banyaknya ialah tak tahu maka aku pun bertanya dengan warga TikTok.
Seperti yang aku jangka memang pelbagai jawapan yang aku dapat dari warga TikTok. Ada yang logik dan ada yang tak masuk akal. Tak kurang juga ada yang tahu termasuklah kegunaannya.
Nak baca macam-macam komen tentang wafaq ni korang boleh tengok dekat video ini : https://bit.ly/3tUOVFY
Apa Itu Wafaq ?
Wafaq adalah tulisan yang dilukis dalam bentuk simbol, gambarajah, nombor atau huruf yang tertentu dimana ianya membawa maksud yang tertentu.
Antara bahasa glamour yang digunakan dalam penghasilan wafaq adalah dari bahasa SURYANI, IBRANI, HIEROGLIF atau HURUF HIJAIYAH.
Gunaan wafaq membawa kepada niat yang tertentu seperti pengasihan, kekuatan, amalan, kebatinan dan sebagainya.
Baca : Peranan Dasim dalam Rumahtangga
Hukum Wafaq Pada Zaman Nabi
Ada 3 hadis / riwayat tersohor berkenaan wafaq ini iaitu :-
- Abdullah bin Makrumah bin Abdul Uza meriwayatkan kepada Abu Haqqah bin Makhsy dari Abu Mukhsyim Al Wahat, bahawa Rasullullah SAW sedang berada di atas unta bersama Ali RA, lalu berjalan seorang lelaki dari kaum Al Muhajirin, lalu Baginda bersabda kepada lelaki itu, “apa yang ada pada lehermu itu..?” Jawab lelaki itu “Azhiimah (awfaq atau wafaq) yang saya buat sendiri ya Rasullullah”
Setelah orang itu berlalu, Ali bertanya “Ya Rasullullah, tidakkan engkau melarangnya ?”. Sabda Rasul SAW “tidak mengapa, kerana azhiimah (awfaq/wafaq ) itu berisi kalamullah” - Abdullah Hannafi bin Abdul Yazid Al Harqani dari Hudzaifah Al Adawy dari Yahya bin Malik menceritakan, bahawa ada seorang lelaki dari kaum Al Khazraj sebelum perang Badar, mengatakan kepada kawannya dan didengar oleh Rasullullah SAW. Lelaki itu mengatakan “Azhiimah (awfaq/wafaq) dan ruqyah itu adalah haram hukumnya”.
Nabi SAW bersabda kepadanya “apakah engkau telah menerima wahyu Allah sebelum aku mengenai hal itu?” Dan lelaki itu pun berlalu pergi dengan perasaan malu atas ucapan sindiran Rasullullah SAW. Dan dari semenjak itu, dirinya tidak penah terlihat lagi sampai perang badar selesai (HR MUSLIM). - Ibnu Abbas RA menceritakan kepada Abdu Manaf Al Makhzummy bin Abi Al Arqam, bahawa ketika Rasulullah SAW melihat seorang lelaki dari kaum Ansar tengah mengikat sesuatu pada kepala orang yang terkena penyakit gila, lalu beliau bersabda “apa yang kamu ikatkan di kepala orang itu ?”
Jawab lelaki itu “Ya Rasulullah, ku ikatkan dia dengan azhiimah (awfaq atau wafaq)”. Rasullullah SAW bersabda. “tidak mengapa, jika mendatangkan manfaat pada orang itu” (HR Ibnu Abbas)
Dari 3 hadis di atas, ada beberapa point yang boleh kita perhatikan pada kisahnya iaitu:-
- Rasulullah tidak melarang wafaq yang berisikan nama Allah.
- Rasulullah mengatakan wafaq juga sebagai cabang ikhtiar dimana ianya boleh memberi manfaat kepada pemakainya (kuasa mutlak adalah milik Allah) . (lihat hadis no.3)
- Rasulullah menyindir pada orang yang suka-suka buat hukum sendiri. Maknanya, jangan jadi Mufti instant !
Allahualam dan selebihnya korang boleh baca dekat entry ini : Wafaq Ada Yang Halal Tapi Jauhkanlah
Buang Atau Simpan ?
Pada mulanya ramai juga yang suruh aku buang jauh-jauh atau bakar dan tanam. Tak kurang juga ada yang minta diserahkan padanya. Tapi sebab aku bimbang jatuh ke tangan orang yang salah so aku tanya pada orang-orang yang tahu pasal perkara ini.
Apa yang mengejutkan aku ialah katanya wafaq tu dibuat untuk pelindung diri dan buat masa sekarang tak ada pewaris or tuan tapi ia ada “penjaga”nya. Dan katanya lagi “penjaga”nya hanya minta ia disimpan elok-elok.
Malas nak pening-pening maka aku serahkan hal wafaq ni kepada orang yang lebih tahu.
Pengajaran dari hal ini, tak tahu tanya tapi dalam masa yang sama kita janganlah suka-suka jatuhkan hukum pada mereka yang memilikinya jika kita tidak tahu hujung pangkal.
Ilmu Allah ni luas sangat. Asalkan yang berilmu itu tahu batas, memberi manfaat kepada orang lain dan tidak melakukan hal yang syirik.
Comments