Apa Itu Rukun Qauli , Qalbi Dan Fi’li Dalam Solat : Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita . Berbisik, TAK SAH , suara angin TAK SAH baca dalam hati, lagi TAK SAH .
Satu huruf tidak terdengar pun Al-Fatihah tu TAK SAH . Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun Qauli Itu Apa ?
– takbiratul ihram,
– al-Fatihah
– tahiyyat akhir
– selawat
– salam pertama
Ada 5 sahaja , yang lain itu rukun fi’li . Niat pula ialah rukun qalbi .
Rukun Solat Terbahagi Kepada Tiga Kategori :
1. Qalbi – di ingat dalam hati
2. Qauli – di ucap dengan lidah
3. Fi’li – perbuatan
Rukun Solat Ada 13 Perkara Iaitu :
1. Berdiri bagi yang mampu ( Fi’li )
2. Niat ( Qalbi )
3. Takbiratul Ihram – Allahu Akhbar yang pertama ( Qauli )
- Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah . Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut , dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati . Walhal , lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI , maka ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ .
- Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat . Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin ( seperti suara orang berbisik )
4. Membaca surah Al-Fatihah (Qauli )
- Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
- Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
5. Rukuk dengan tama’ninah ( Fi’li )
6. Iktidal dengan tama’ninah ( Fi’li )
7. Sujud dengan tama’ninah ( Fi’li )
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah ( Fi’li )
9. Duduk Tasyahhud akhir ( Fi’li )
10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir ( Qauli )
- Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya.
- Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli . Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. ( Qauli )
اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد
12. Mengucapkan salam yang pertama ( Qauli )
- Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ ( assalaamu’alaikum warahmatullaah )
- Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum” atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat .
- Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul .
13. Tertib ( Qalbi )
**mohon tegur jika ada terdapat kesilapan untuk diperbaiki …terima kasih
info yg bagus bgi yg masih tak tahu lagi…
lokmanamirul recently posted…Live Streaming Kedah vs Melaka United 4 Mac 2017
Serius julia suka perkongsian kak long…mmg informasi bab solat ni…ada yang kena di praktikkan semula ikut yg betul
masjaallah moga diberikan ku petunjuk. Cuba mencari dalam kitab al umm dan ihya tapi tidak berjumpa mengenai baca dalam hari atau angin tidak jumpa pula
Bantu mana2 kitab bermazhab shafei mengenainya
bacaan berbisik tetapi didengar di telinga itu adalah sah. jgn menghukum tdk sah bahaya
linknya
https://youtu.be/JPAK1X8n7zY
Kalo ada ditulis daripada mana ia diambil lagi baik.. Teranung kata baru kemah keming..
baiklah …saya akan usahakan sebab saya ambik dari pelbagai sumber termasuk majalah
As Salam Ustaz.
Rukun Qauli :
– takbiratul ihram,
– al-Fatihah
– tahiyyat akhir
– selawat
– salam pertama
Adakah tahiyat awal tidak termasuk dlm rukun Qauli? Sahkah solat jika saya sengaja meninggalkan/tidak membacanya?
walaikumsalam
solat sah tapi jika sengaja tinggal kena sujud sahwi
tahyat awal bukan dlm 13 rukun.
Tahiyat awal termasuk dlm kategori Sunat Solat iaitu Sunat Ab’adh.
Sunat ab’adh adalh sunat yang dikuatkan yang andainya terlupa mengerjakannya maka disunatkan sujud sahwi.
Zaipol recently posted…Pengambilan Pelatih Baru Darussyifa’ Sesi 2019
minta izin copy ya sis…ilmu yang sangat bermakna..
dipersilakan …jgn lupa credit ker sini balik …
Tertib tu qalbi ke fi’li?
Jika solat jemaah,adakah wanita pun kne tggu imam habes baca alfatihah baru makmum wanita baca alfatihah? Ataupun bolehkah jemaah wanita mgikut imam baca alfatihah ?
Alhamdulillah..terbaik penerangan yg jelas
Terima kasih dan mohon kongsi ilmu puan.
Assalamualikum.. mohon maaf andai sy trsalah. Betulkah rukun kolbi ada lg 7 bahagiannya lagi…? Mohon pencerahan..
1- Kosad
2- Takruf
3-Takyin
4-Ihram
5-Mikraj
6-Munajat
7-Tabdi
terima kasih.
Selama ni sy baca al fatihah ngan tahiyyat akhir dalam hati je sebab tak tahu.. adakah solat sy selama ni tak sah?
Assalamualaikum.. Maaf interrupt. Setahu saya, kesalahan kita yg lama (atas asbab tidak tahu) akan diampuni Allah setelah kita tahu dan beramal dengan cara yg betul.
Wallahu’alam.
Assalamualaikum. Terima kasih kepada penulis atas penerangan yg jelas dan ilmu yg dikongsikan. Saya minta izin copy dan share ye. Harapnya perkongsian ini dapat menjadi saham kita di akhirat nanti. Aaminn..
assalamualaikum.
Maaf nak betanya.. Kenapa TERTIB tu termasuk dalam rukun qalbi? Saya nak cuba paham tapi x boleh nak paham
Mohon tunjuk ajar. Terima kasih
Assalamualaikum.
Betul ke salam (no.12) wajib lafaz warahmatullah? Kerana dari pembelajaran saya, solat berakhir dgn huruf mim (assalamualaikum di salam pertama).
Mohon pencerahan, terima kasih.
tak wajib. Memadai “Assalamualaikum”.. (warahmatullah.. lebih baik).
Persoalan..
“Salam” dalam Rukun Solat tu.. “Salam” dari siapa kepada siapa?
Assalamualikum..memang silap tuan..rukun qalbi itu bukan tertib… Tertib itu keseluruhannya dilakukan dgn tertib..
Assalmualikum mf ingin bertanya sepatutnya rukun qalbi ialah niat dan tertib.. klu xsilap saya
Assalamualaikum, saya rasa ada yang silap disini. Tertib itu ada lah rukun QALBI bukan nya Fe’li
Rukun Qholbi hanya ada 2 sahaja.. iaitu NIAT DAN TERTIB.
Rukun Qholbi.. “Qholbi” itu adalah “HATI”.
Rukun Qholbi = Rukun Hati.
Pengertian TERTIB pada sudut Syareat.. “Mengikut Susunan”.
Yang dahulu didahulukan dan yang akhir diakhirkan.
Pengertian Rukun Hati pada sudut Tarekat dan Hakikat Solat.. Selama masa dari mula Wudhu’ sehingga Salam.. (lebih Sempurna sehingga Tasbih Tahmid Wirid).. “Hati-nya” Sentiasa “Bersama” Allah.. Hanya untuk Allah hanya kerana Allah.
Jadi.. Bertepatan TERTIB sebagai Rukun Qholbi.. Bermaksud.. Dari mula Wudhu’.. WAJIB HADIR HATI mengerjakan Solat untuk Allah.
Pada sudut Syareat difahamkan TERTIB hanya sebagai “Menikut Susunan”.. itu lebih kearah Rukun Fi’li. Pada sudut Kefahaman Melayu pun TERTIB itu melambangkan ADAB / AKHLAK.
Disebabkan Kefahaman Syareat yang Difahamkan kepada kita “Menyimpang”.. sebab tu dalam BerWudhu’ kita masih merapu masih berbual2 dsb.
Sedangkan Nabi s.a.w ketika BerWudhu’ seorang sahabat mengucapkan “Salam” sebanyak 3x kepada-Nya.. tapi Nabi s.a.w TAK JAWAB.
Sebaik selepas Solat.. Nabi s.a.w terpandang pada sahabat tersebut.. Lantas Baginda menjawab “Salam” sebanyak 3ax juga.
Bukankah memberi “Salam” hukumnya Sunat dan Menjawab “Salam” hukumnya WAJIB.. persoalan kenapa Nabi s.a.w TAK JAWAB dan TUNDA sehngga selepas Solat baru menjawab?
Itu menjelaskan bahawa Ketika Wudhu’ HADIR HATI SUDAH untuk Solat.
Dan dalam Hadis Nabi s.a.w yang lain.. Baginda bersabda.. “Bermula sesuatu AMAL dengan NIAT”.
Cuba PERHATIKAN balik senarai susunan Rukun Solat di atas.
Jika mengikut apa yang Diajarkan kepada kita selama ni..
NIAT SOLAT akan jatuh pada Rukun ke-3.
Disitu adanya “Penyelewengan” ke atas Mazhab Syafi’i.
4 Imam Mazhab termasuk Imam Syafi’i.. MENOLAK Bida’ah (suatu yang tidak Dibuat Nabi s.a.w)
Jadi.. dari mana datangnya Penyampaian Mengajarkan NIAT berkedudukkan pada Rukun ke-3?
Hadis Nabi s.a.w juga ada mengatakan..
“Akhir zaman akan Muncul Para Ulama’ Yang Jahat. Dari mereka bermula FITNAH dan kepada Mereka FITNAH itu akan kembali”. H/R Al-Baihaqi.
Ada juga Hadis Nabi s.a.w mengatakan..
“akhir zaman akan muncul Ahli Ibadat yang JAHIL dan Ulama’ yang FASIK”.
H/R Ibnu Ady
“Ahli Ibadat” (Abid) = Orang yang GEMAR Melakukan Amal Ibadat.
Bermakna.. Hadis Nabi s.a.w maksudkan RAMAINYA Orang GEMAR Ibadat tapi JAHIL sebab hape kebenda pun TAK TAHU.. dalam kata lain.. Makan Suap telan bulat-bulat TAK NAK BERFIKIR.
Ayat Quran juga mengatakan..
Mereka yang TIDAK MAHU BERFIKIR.. LEBIH HINA dari Binatang Ternak BAHKAN LEBIH SESAT lagi. (Allah yang Kata melalui KALAM-NYA yang terdapat dalam Al-Quran ). Q/S 7:179
Sejahat-jahat MAKHLUK yang melata.. iaitu orang-orang yang PEKAK lagi BISU yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan AQAL FIKIRAN-nya).. Q/S 8:22
Kitab yang BENAR tapi “Guru yang MERAPU” Menyampaikan.. Tetap MERAPU jugalah Kefahaman yang Difahamkan.
“Guru”.. Buku.. Kitab.. HANYA “Perantara” sahaja. Yang Memberi Kefahaman hanya ada 2.. Sama ada Allah atau Iblis Laknatullah dengan Izin dan Kehendak-NYA jua.
Kalau Allah bagi Kefahaman.. manusia jadi “hamba”.
Kalau Iblis bagi Kefahaman.. kita dengan Iblis SAMA dan SERUPA.
Saya copy ya sis…ada nk ajar anak2 murid dkt sekolah… Terima kasih
betul, saya sokong.. berbisik juga dikira SAH kerana telinga mendengar apa yg kita sebutkan…
mohon ijin ambil ilmu nya ustadah…….smoga Alloh mengganti dengan pahala yang besar…